Monday, 8 January 2024

Pulang ke kampung tenang jiwa

 6 January 2024

Awal tahun baru ini tidaklah menjadi kebahagiaan sangat buatku.Risau dan tidak senang duduk bila mendapat berita orang tua sakit dan masuk wad hospital.Gelisah tiap kali menerima panggilan telefon adakah ada berita baik atau sebaliknya.

Aku merancang untuk balik ke kampung menjenguk orang tua.Inilah masa untuk menghayati keindahan kampung sekali.Sebenarnya aku jarang pulang ke kampung kalau tidak ada tujuan penting kerana kampungku memang nun jauh di pantai timur.Jarak perjalanan boleh memakan masa 7-8 jam.Kalau bertolak awal pagi akan sampai waktu petang.Seharian perjalanan menempuh jalan berliku dan hutan belantara.

Hari ini kami bertolak pukul 10.45 pagi.Cuaca elok tidak panas dan tidak mendung.Dari wangsa maju menuju ke tol Gombak.Perjalananku dihiasi hutan menghijau dan bukit kiri dan kanan jalan sepanjang highway Karak.Sejuk sekali mata memandang.Kabus sejuk tergantung menyelimuti bukit-bukau.Seronok sekali menjadi terapi mata.Aku sudah bosan hidup seharian dikelilingi bangunan batu di Kuala Lumpur.Bila dekat dengan alam semulajadi ini terasa segar semula fikiran dan jasad.

Sepanjang perjalanan 60km di lebuhraya Karak aku rasa terpesona dengan keindahan semulajadi alam sekitar Inilah suasana yang aku benar-benar rindukan.Lupa semua masalah dan tekanan hidup.Lapang fikiran luas mata memandang.Ada papan tanda menunjuk arah resort,Berjaya Hills dan lain-lain.Dalam hati teringin hendak singgah jika ada peluang kelak.


⬆️

Perjalanan diteruskan hinggalah menempuh terowong Genting Sempah.Terowong ini dibina pada tahun 1978.


Kemudian masuk ke Jalan Genting Sempah.Di sebelah kiri ada rnr Genting Sempah (rest & relax) tempat pemandu berhenti untuk makan,solat dan tandas.Ada kedai makan dan restoran juga di sana.Di sepanjang laluan highway Karak anda akan nampak perkampungan kecil di lereng bukit .Kampung ini tidak jauh dari bandar Bentong.Inilah kampung bukit  tinggi-genting sempah dan perumahan Selesa Hillshome.Rata-rata penduduk di kampung ini berbangsa cina.Rumah jenis batu di tanah tinggi.Jelas nampak kabus putih mengelilingi rumah mereka kerana dibina di kawasan perbukitan nan sejuk.Banyak restoran cina ada di sini.Tomyam pun ada kena pandai cari.

Masuk ke bandar Bentong Pahang kemudian Raub,Ulu Dong,Merapoh,Kuala Lipis,Gua Musang,Kuala Krai,Machang,Tanah Merah.Jauh perjalanan.Banyak haiwan yang mati dilanggar kenderaan.Sedih dan pilu mereka hanya berkeliaran mencari makan tetapi kerana pembangunan jalan raya tempat tinggal mereka diganggu dan membahayakan nyawa mereka setiap hari.

Gua-gua di sekitar kawasan Merapoh sangat menarik.Teringin hendak masuk ke dalam gua satu hari nanti.Ladang pokok kelapa sawit juga banyak di sekitar negeri Pahang. Alam kehijauan luas mata memandang..Hamparan bukit-bukau menambah ketenangan mata.




Perasaan pulang ke kampung memang menyeronokkan ibarat sirih pulang ke ganggang.Ianya tidak sama dengan keadaan tinggal di bandar besar.Aura alam semulajadi dan aura tenang itu bersatu menimbulkan rasa sejuk lapang di mata dan hati.Bila duduk di kampung terasa dekat dengan jiwa.Rasa seperti didakap dengan selimut nan suam.Di kampung ini tempat berkumpulnya darah daging sanak-saudara kita.Bila melihat wajah orang tua maka hilang segala keresahan dan masalah.Benarlah orang tua itu adalah syurga dunia.



3 hari di kampung ada khabar gembira.Akhirnya kembali juga ke bandar.Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.Singgah di stesen minyak Petronas Gua Musang.Duduk makan di meja batu nasi putih sambal ayam merah yang dibekalkan makcik pagi tadi.Nasi masih elok tak basi.Ayam pun sedap.Beberapa ekor kucing duduk berehat atas rumput.Sedekah secubit ayam goreng buat mereka.Semoga dipermudahkan semua urusan mereka yang menaiki kenderaan menuju ke destinasi.Bunga raya mekar berkembang di stesen petronas.Sungguh indah.

Lebih kurang 20 minit berhenti maka perjalanan diteruskan.




Hujan tidak berhenti sepanjang perjalanan dari highway Merapoh hinggalah ke Kuala Lumpur.Highway Karak juga licin mesti berhati-hati ketika memandu.Permukaan jalannya yang beralun akibat struktur bukit turut mendebarkan hati jika salah percaturan.Jalan ini sudah memakan ramai orang.Di dalam hati rasa kagum dengan pembinaan lebuhraya ini.Bagaimana mereka membelah bukit,meratakan tanah dan membuat jalan.Sudah pasti memakan masa bertahun juga.Kini lebuhraya Karak sudah mencecah usia hampir 45 tahun.Pelbagai kisah ada di sebalik lebuhraya ini.Jalan Karak lama pula ada di sebelah kiri tapi aku tak lalu.


Selamat tiba di KL dengan hujan renyai-renyai.Ulu Klang dihujani gerimis malam.Terasa letih dan lesu seharian dalam kereta.Perasaan tidaklah bersemangat seperti hari yang pulang ke kampung.

Hargailah orang tua sementara mereka masih bernyawa.Pulanglah ke kampung sementara mereka masih merindui kepulangan kita.Semoga orang tuaku sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah swt.Diberi kebaikan di dunia dan akhirat.Diampunkan semua kesalahan dan dijauhi dari kemudaratan.

Ternyata kepulanganku kali ini memberikan rasa ketenangan dan kelapangan jiwa.Tempat terbaik hanyalah kampung yang jauh dari aura hitam aura kotor nan kelam.Bila sudah makin menginjak ke bandar besar maka aura kejahatan makin terasa dan meresap.Itulah ibu kota yang penuh dengan noda dan dosa.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...