Friday 21 June 2019

Pantai Bagan Pinang Batu 3 Port Dickson

 10.15

Hari ini aku berkelah di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson.Bertolak pukul 11 pagi dah tiba di sini waktu tengahari.Waktu itu matahari sedang terpacak dan kami meletakkan bekas makanan dan minuman di atas meja batu.Tiada perancangan memasang khemah pun.Sekadar makan berkelah menghadap laut.

Kebiasaanya bulan Oktober-December,air laut menjadi keruh dan nampak surut dari biasa.Ketika aku sampai di sini,beginilah keadaan laut 



makan di atas meja batu

banyak pokok rhu di sini

tempat bergayut + view cantik

Ada banyak ayam liar berkeliaran mencari makan di sekitar kawasan pantai Bagan Pinang di sini.Di belakang pula terdapat beberapa buah rumah 2 tingkat .Aku tak pasti sama ada itu rumah atau pejabat.



Suasana masih lagi sunyi dan tidak begitu ramai orang.Mungkin belum masuk waktu petang






Aku lebih suka duduk berdekatan pokok dan merasa deru angin laut yang membuai-buai rambut dan juga jiwa.Luas pemandangan menatap hamparan laut di hadapan mata.




garisan pasir ombak satu seni semulajadi

anak-anak siput terdampar


Tidak lama kemudian air laut mulai pasang sedikit demi sedikit.Pengunjung pantai Bagan Pinang turut bertambah kebanyakan kanak-kanak yang teruja mandi pantai.


banyak batu karang terdampar di sini,hati-hati ya kalau mandi

Telur ketam
anak ketam jalan terkedek-kedek,jangan usik dia



lubang ketam yang dipenuhi anak ketam,such an amazing creation

Aku tidak berlama-lama di sini.Pukul 6.00 petang aku mula bergerak ke pantai depan di Batu 1,Port Dickson berdekatan kondominium lama terbiar.Di sana anginnya lebih kuat dan banyak bongkah batu besar,syok woooo melepak 



Adalah beberapa orang duduk di batu ini sambil memancing ikan.Pantai batu 1 ini tidak sesuai untuk mandi kerana lautnya tiada pesisir pantai,biasanya orang hanya memancing di jeti depan sana

Seronok melepak di sini,orang kurang,angin laut kuat dan sejuk.Kalau anda seorang penulis novel,tempat ini amat sesuai untuk mencurah idea.

Rumah terbiar di tepi pantai ini sudah lama terbengkalai akibat struktur laut yang membahayakan penduduk di masa akan datang.Rumah cantik,buka tingkap nampak laut tetapi sayang sekali...



















Tuesday 8 January 2019

Jadilah pendengar setia

Aku suka bercerita berkongsi kisah
Luahan perasaan,
rasa terpuruk tidak puas hati,
kejengkelan dan rasa gembira seperti burung terbang bebas.

Aku bisa menjadi pendengar setia
Segala apa jua kisah
Aku rekod dalam ingatan
Kerana kita harus menghargai orang
Apa sebab orang pilih kita untuk bercerita?
Kerana dia tahu kita layak mendengar kisahnya

Aku jadi hairan
Tiba giliran aku bercakap
Balasan ringkas sahaja sahutan
Seolah malas membahas
Mereka tidak selami perasaan aku
Jawapan bersahaja
Seperti melepas batuk di tangga

Bila aku jadi hipokrit
Maka ada hati yang terhiris
Aku tak bisa berlakon kejam
Itu bukan sifatku

Sekali aku rasa tidak nyaman
Aku pergi membawa diri
Tanpa jejak dan tapak
Barulah orang mencari
Di kala itu hati ini telah keras
Tidak lagi peduli apa mahumu

Jadilah pendengar setia
Maka kau akan lebih disayangi
Kehilanganmu dirasai
Pergimu dicari-cari

Sepi...
Aku akan menyepi
Kau pula mencari
Aku tak lagi peduli

Hairan

Aneh,hairan,pelik
3 kata tapi sama makna
Bekasan kerja
Pasti jadi dingin
Kala mahu mengundur diri

Sumpahan apakah
Membelit hidup


Entah apa merasuk
Sampai jadi sejuk beku
Dulunya ketawa
Kini kelat
Dulunya senyum
Kini meradang

Entah angin apa
Merasuk jiwa
Bertukar bara
Membaja benci
Menjadi api

Adat manusia
Bertukar sekelip mata
Tidak hairan
Angkara lidah bercabang
Bisanya menjalar mengalir racun


Sunday 6 January 2019

Bila hatimu menjadi keras

Iman di dada sering turun naik
Hari ini tawaduk sekali
Esoknya munafik
Keras sekali hati
Basuhlah kembali jiwamu
dengan mendengar zikir
Moga lembut dan tenang hatimu

Hari itu solatmu khusyuk sekali
Hari ini solatmu
seperti melepas batuk di tangga
Hatimu penuh dengan duniawi
Ingatanmu dikuasai amarah
sehingga lupa kau di rakaat mana

Dulu dalam solatmu
kau menangis meminta Yang Kuasa
agar mengabulkan segala hajatmu
Kini kau tak lagi bersedih
kerna gundahmu telah berlalu
Ibadahmu tidak enak seperti kelmarin lagi

Wahai Pemilik Langit dan Bumi
Janganlah Kau palingkan lagi hati kami
Setelah Kau beri petunjuk
Kami hanya makhluk yang lemah
Tidak berdaya meskipun dengan mengelipkan mata
Jika tanpa izinMU
Baikilah seluruh hidup kami
Kami ingin pulang kepadaMU
Membawa hati nan suci

Friday 4 January 2019

Palmolive Lavender Aromatherapy

Biasa posting aku tentang percutian di tempat-tempat menarik sahaja,tapi kali ini nak juga bercerita tentang mandi.Semua orang tiap hari mesti mandi.Sabun jenis apakah yang anda gunakan?

Aku memang teliti bab memilih sabun mandi.Memandangkan duduk satu famili yang ada di antaranya sakit kulit (kurap),maka lebih selamat aku membeli sabun mandi jenis picit dalam botol (shower cream).Kalau sabun jenis buku risau bergilir nanti ada penularan sakit kulit pula,wallahualam.

Sekarang dah jadi macam hobi aku untuk survey mandian apa yang paling best di pasaran.Aku penat kerja dari pagi-malam.Saat paling indah hanyalah ketika mandi membersihkan diri.

RED BELLA BODY WASH versi 2014

Dalam banyak-banyak sabun yang aku guna,paling awesome dan terbaik ialah jenama Red Bella.Ianya hanya dijual secara online sahaja.Aku dulu pernah jadi agen jual sabun ni,ianya dwifungsi iaitu untuk memutihkan dan menguruskan badan.Kalau dah sedia kurus,cepat-cepat bilas selepas guna.Nak berak pun lawas,macam tak percaya kan?

Kulit tangan aku dulu memang cerah sekata,pakai beberapa kali dah nampak kesan cerahnya.Kulit bukan main lembut sungguh.Ini bukan auta ini fakta benar.Memang aku sukakan batch pertama sabun RB ni keluar tahun 2014.Kesannya memang tip top.Botolnya leper begini.Baunya memang wangi-wangi dan bau sejuk menthol.Dah mandi pun kesan wanginya masih tak hilang.Entah kenapa selepas keluar batch botol seterusnya,botol pun dah bertukar bentuk,konon formula diaktifkan lagi,aku tak nampak kesan pencerahan yang ketara dah.Kesan dah kurenggg...



MAREAH SHOWER CREAM


Asalnya aku kenal sabun ni masa tumpang mandi rumah kawan.Baunya seakan-akan ginseng dan madu lebah,bau herba gitu.Botolnya juga besar maka boleh jimat lama.Sabun ni banyak dijual di pasaraya Speedmart 99.Harga sekitar RM 6-7 sahaja waktu itu.Boleh tahan hampir 3 bulan dengan isipadu 1500ml.Banyak kali juga aku ulang beli sabun ni.Harga murah,penjimatan lebih dan serasi dengan kulit aku.

FRUISER SHOWER


Aku kenal produk ni sebab nampak bos tempat kerja aku beli.Punya jahat mulut kawan sepejabat kata "bos ni apa daa pakai sabun murah je,beli kat Mydin"
Biarlah dia dah dia suka dan serasi guna mandian ni.
Aku cari sabun ni di Mydin.Try hidu bau memang best.Selalu aku akan beli dua botol terus.Tapi yang ni tak ada botol pam.Kena tuang di telapak tangan.

So far Fruiser ni banyak juga jenis sabun mandiannya.Antaranya yang aku pernah cuba ialah susu kambing.Bau wangi juga,selesa dan nyaman.Banyak kali juga aku ulang beli jenama ni.Murah dan selesa digunakan.


Dah lama tak singgah ke Mydin maka dah tak ada peluang beli sabun Fruiser ni..sedih...



FRUITALE



Baunya segar epal hijau.Kaya dengan buih.Selesa dan segar selepas mandi.2x juga aku ulang beli sabun fruitale ni.Harga boleh tahan rasanya RM 8-9

SABUN SUSU KAMBING 

Beli di Mydin juga,harga RM 3 agaknya.Pakai di muka jadi gelupas maka habiskan sabun ni di badan sahaja.Best juga bau susu.Rasa bersih kulit.

SABUN TAWAS 


Pakai di muka untuk efek putih cepat.Rasa cekang muka.Sambung pakai di badan.Memang daki hitam cepat keluar.Rasa kulit bersih sebersih-bersihnya berbanding guna sabun lain.

SABUN BETIK


Pakai di muka pada asalnya untuk kesan putih segera tapi rasa kulit makin menipis.Perit apabila terkena pancaran matahari.Kulit gelupas halus.Sambung pakai di badan,wow best.Tonyoh-tonyoh cepat daki keluar tapi masalahnya kulit badan juga sama menggelupas.Pada aku asid sabun betik ni agak kuat menghakis kulit.

SABUN GERVENNE


Sabun ini juga aku beli di Mydin.Mydin kan macam-macam ada,dari jenama biasa hinggalah yang top masuk tv.Itu yang best.Ia mesra pengguna.Dari harga murah hinggalah mahal.Bau sabun ni seperti segar bunga.Lembapkan kulit dengan adunan sarang burung.Entah ya ke tidak ada letak extrak sarang burung tu...huhuhu.

SHOKUBUTSU LULUR BALINESE ESCAPE



Tak pernah aku rasakan seperti mandi di sebuah spa.Sabun inilah yang bawa aku ke alam mandian ala-ala spa.Baunya seperti aroma tradisional lulur.Siapa pernah masuk spa dan terhidu bau aromaterapinya pasti sukakannya.

Daki senang luntur dengan sabun ni.Kaya buih pula tu.Rasa bersih sangat lepas mandi dan tidak tinggalkan lekitan sabun.Tuang sikit sahaja dah cukup satu badan sebab sabunnya likat dan buihnya banyak.Jimat sekali.Aku beli botol kecil ni tahan 2 bulan,habis botol aku beli pek refill,sampai sekarang masih belum habis.

PALMOLIVE AROMATHERAPY LAVENDER GEL


Kebelakangan ini aku memerlukan suatu bau yang boleh buatkan aku berasa nyaman dan rileks.Maka aku cuba beli sabun ini.Terkini memang ini yang aku gunakan.


Aku cuba botol kecil 70ml.Harga dalam RM 7.50.Ok la tu...baunya wangi lavender dan ditambah minyak terapi serta bunga ylang-ylang.Lembut sangat kulit lepas cuci tapi kesan lekitan susah hilang.Cuci banyak kali juga masih melekit.Mungkin sengaja dibuat begitu untuk kekalkan aroma harumannya di kulit.Buihnya tak banyak.Rasa rilek dan mudah tidur.Jenis mandian gel ni cepat habis.Tahan sebulan lebih sahaja aku fikir.

SABUN ASAM JAWA




Sabun ni asalnya aku pakai di muka tapi rasa cekang kulit maka aku sabun di badan.Wow tersangatlah lembut kulit badan.Cuma kerana asidnya tinggi jadi kulit aku gelupas halus...sayang sekali...cerahnya juga cepat.Baunya bukanlah 100% asam jawa kerana sudah jadi sabun.Kalau nak sabun celah ketiak dan kangkang sesuai kut.


Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...