Thursday 16 April 2015

Air Terjun Templer Park Sg.Kanching

161009

Jika anda ingin mengalami keseronokan dan kesejukan bermain air terjun tropika berdekatan Kuala Lumpur, silalah ke air terjun Templer Park,berhampiran Rawang (30 minit memandu dari KL).




Hutan lipur Templer dinamakan sempena Sir Gerald Templer, pentadbir British, kaya dengan keindahan alam, terletak sekitar 21 kilometer di utara Kuala Lumpur. Hutan simpan seluas 1,214 hektar membentuk kawasan hijau bagi penduduk bandar, ia menarik para pencinta alam, jurugambar, dan beriadah.
Dengan persekitaran yang menghijau serta aliran sungai yang sejuk dari gunung menyegarkan kawasan itu bersama air terjun bertingkatnya, hutan lipur Templer dianggap sebagai pelarian kepada mereka yang mahukan suasana damai terutama pada hujung minggu. Lumut lembut menghampari lantai hutan dengan pokok pakis dan dikelilingi pokok matang yang membentuk lelangit hijau. Terdapat banyak haiwan liar seperti monyet, burung dan pelbagai spesies serangga boleh dijumpai. Hutan ini masih tebal dan orang mampu tersesat sekiranya tidak berhati-hati ketika merentasinya. 
Setiap hujung minggu, beratus-ratus pengunjung datang ke taman ini untuk menikmati suasananya yang redup dan kehijauan. Para pengunjung boleh merasailah kesegaran hutan ini dengan menyusuri jalan-jalan kecil di dalam hutan yang pasti menyeronokkan. Selain itu, mereka boleh menikmati bersama kejernihan air terjun dan mandi-manda bersama keluarga dan rakan-rakan. Pondok berkelah dan bilik salin pakaian turut disediakan. Laluan dan jambatan disediakan di mana perlu bagi menjamin keselamatan. Terdapat kedai makan, gerai makan dan tempak letak kereta yang mencukupi. Bagi mereka yang ingi tinggal bermalam, calet dan kemudahan berkhemah juga disediakan.
Kedamaian hutan dan persekitaran terasing menjadikannya tempat yang ideal bagi perkhemahan. Pada waktu malam, bunyi aliran air dengan bunyi katak sahut menyahut sementara dahan dan ranting tergantung menjati tempat haiwan bertenggek.(sumber wiki)

Saja nak throwback kisah mandi di Templer Park,Rawang ni atau digelar Sg.Kanching.
Air terjun di sini ada 7 tingkat.Ianya berperingkat,bawah dah ada sungai cetek.Makin mendaki ke atas makin nampak lambaian air terjun.Kesegaran mula menguasai minda.

Sini banyak monyet liar minta makan.Kena berani hadapi monyet di sini.Pastikan anda sediakan ranting kayu untuk menghalau monyet liar yang bila-bila masa akan mencuri makanan anda.Di dahan pokok,mereka bergayutan.

Di Hutan Lipur Sungai Kanching ni ada laluan trek bagi memudahkan pengunjung yang datang. Tapi treknya berbukit sikitlah, kena hiking. Kami jalan termengah-mengah tapi sampai juga.Sungai ini memang berperingkat-peringkat.Kami buat BBQ di aras tengah dan mandi di puncak atas sekali duduk bawah batu sambil air mencurah-curah turun ke kepala.Wuuuu tenang sungguh.

Sebenarnya kat area bawah-bawah tu pun ada jugak sungai, cuma kat situ air dia cetek sikit. Apa barang kitorang ni nak mandi kat kawasan air cetek kan? Itu yang gagahkan diri jugak hiking tinggi sikit, demi nak mandi air sungai yang sesuai dengan taraf kitorang :p








Seronok beb beriadah di sini...tenang,nyaman,aman dan damai.Kepada ibu bapa yang bawa anak kecil,tolong jaga kebersihan sungai.Jangan sesuka hati campak buang pampers kotor di dalam sungai wahai baghal sekalian.Tong sampah sudah disediakan,sila guna akal untuk membuang sampah.Siapa lagi nak jaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar kalau bukan kerjasama dari kita semua sebagai pengunjung.


Air kadang agak dalam,beringat dan berjaga-jaga okeh


Bila korang panjat bukit atas akan jumpa aliran air terjun dari lapisan atas


Zaman sekarang ni,warga asing terutamanya bangla yang selalu melepak di sini.Apa-apa pun di mana sahaja anda berada,sila berhati-hati jaga keselamatan.Awasi diri anda dari kemalangan jiwa,lemas,kecurian dan sebagainya.Seronok tapi dalam masa yang sama harus beringat.

Lama dah tak lepak sini.Rindu pula....

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...