Monday 6 November 2023

Don Don Donki di Bukit Bintang

 Hari ni aku cuti dan jalan-jalan cuci mata masuk di kedai Don Don Donki dari Jepun.Terletak di Lot 10 Bukit Bintang Kuala Lumpur.Teruja juga pertama kali datang.


Aku tak pernah tahu kewujudan kedai sebaneka dari negara Jepun ni sampailah suatu hari kawan aku recommend minum teh hijau Jepun.Katanya beli di Don Don Donki cawangan Bukit Bintang.Terus  rasa teruja nak pergi bila dengar ada green tea made in Japan jual di Malaysia ni.Orang Jepun biasanya jual barang elok berkualiti.Oleh sebab itu aku nak beli green tea Jepun.


Masuk sahaja ke dalam bersimpang siur rak makanan.Pelbagai jenis makanan segera dijual antaranya keropok,biskut,coklat,jeli,makanan kering lain.Aku ada buat kajian menerusi info di internet bahawa tidak semua makanan di sini HALAL.Ada yang bercampur dengan tidak halal.Jangan main beli sahaja kena ada info.Tak semua label dilekat dalam bahasa inggeris kadang ada yang bahasa jepun.



Tangga berpusing ini boleh naik ke tingkat atas.Aku ke rak jualan teh.Mata melilau cari japanese green tea.




Pelbagai jenis green tea ada di sini rambang mata nak pilih yang mana.Ada yang green tea kosong,ada campuran matcha,ada juga rice tea.Aku pilih jenama Jonetz.Nampak seperti jenama recommendation.Harga pun boleh tahan rm 18.90 sekotak.Status halal memang tiada cop halal jadi kena tanya staf.Dia kata kena cek bahan-bahannya juga pada label kotak,biasanya teh tiada campuran apa-apa.(terpulang kalau yakin boleh beli kalau was-was jangan)



Buah-buahan segar import dari negara Jepun pun ada seperti anggur,strawberi,pear,epal.Harganya kau tengoklah berapa Rm 149 sebab convert matawang yen ke ringgit.Ada duit melimpah ruah dan mampu boleh saja beli buah yang ratusan ringgit ni.Nak cuba rasa anggur Jepun fresh manis lemak ke tidak.Mungkin rasa buahnya berbeza dengan buah di pasaran sini.

Kemudian aku naik ke tingkat paling atas tingkat 3.Ada jual barangan kosmetik seperti barang mekap dan skincare.Aku teruja tengok sabun bentuk punggung wanita (bentuk love terbalik) hahaha.





Sabun dari arang kayu khas untuk kulit belakang badan berjerawat.Ada promosi rm26.90


Sabun Pelican diperbuat daripada buah peach.Inilah sabun bentuk punggung tu.Unik sungguh comelnya warna peach juga.Harga rm35




Rangkaian skincare dari Jepun seperti Hada Labo,Senka,Biore dll.Aku dah pernah tengok dalam Watson.Aku beli sleeping mask jenama Momo Puri.Bau buah peach wangi dan soothing sangat.


Beli Japanese matcha green tea rm8.90.Sangat sedap kalah semua green tea yang dijual di sini.Rasanya lemak padu umphhh lain macam.


Air buah campuran 8 jenis buah + sayur.Minuman sihat untuk perut.Aku cuba sekotak

Jom lah kita balik.Selfie sekali di luar Lot 10 bb

Kenapa blur kan muka?I have privacy concern and i love faceless photo because the focus is less on the person but focus on the beauty around.Nampak fesyen baju pun jadilah kan



Pedas nak mati menyesal beli.Aku bukan pemedas





Inilah sabun peach.Khas untuk hilangkan dan licinkan bahagian punggung berkerak,berjerawat dan kasar.Sebenarnya boleh guna di seluruh tubuh tapi biarkan dalam 5 minit baru menjadi.Aku dah cuba memang lembut betul kulit,wangi pula bau peach.




Jumlah keseluruhan perbelanjaan aku rm 196.00.Beli skincare dah rm96.00 selebihnya beli teh,barli kotak,seaweed,maggie Jepun tapi buatan Indonesia (tak sedap magginya kenyal seasoning nya pedas gila!)

*Balik rumah terus bancuh green tea.Sedap sangat rasa semulajadi seperti dari ladang.Tak payah letak gula dah lemak.Membantu masalah susah tidur,lepas minum sejam kemudian mata boleh tidur.Nak buang air besar pun mudah.Memang recommended sangat.Aku bagi 5 bintang.


Sebelum balik aku pusing-pusing di Lala Port Bukit Bintang iaitu bekas tapak penjara Pudu.Kalau ke Bukit Bintang mesti aku akan singgah di sini naik ke rooftop taman atas tingkat 5.Layan bergambar sambil memandang hamparan langit biru yang indah.Bukan setakat datang bergambar semata-mata nak masuk instagram sahaja.Aku tak ada media sosial fb ig bagai.Semua dah tutup sekian lama malas nak guna.Hanya blogger sahaja menjadi tempat aku mencoret kenangan cehhh syahdu :)































Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...