Tuesday 26 December 2023

Memandang semua perbuatan Allah

 Takdir hidup orang semua tidak sama.Semua sudah ditulis 50 000 ribu tahun di loh mahfuz (langit) sebelum kita dilahirkan lagi.Tapi takdir boleh berubah dengan kekuatan doa.Terserah Allah untuk mengubah takdir kita bagaimana.

Soal rezeki,jodoh,ajal dan maut sudah ditetapkan.Begitu juga baju warna apa yang dipakai pada esok hari semua sudah tertulis dalam pengetahuan Allah.Daun sehelai yang gugur ke bumi juga dalam pengetahuan Allah.Allah itu maha mengetahui.

Memang kalau boleh pilih takdir tentulah kita inginkan takdir baik-baik sahaja.Siapa yang inginkan takdir buruk?Orang yang paling jahat sekalipun tidak mahukan takdir buruk berlaku di dalam hidup mereka.

Aku selalu berdoa selepas solat kepada Allah agar takdirkanlah aku dengan takdir yang baik-baik sahaja.Jauhi takdir tidak baik.Jadi di sini aku kena faham konsep tauhid.Walaupun pada pandangan akal kita yang cetek sesuatu itu nampak tidak baik tetapi kena memandang itu juga dari Allah.Kita manusia selalu menimang sesuatu mengikut akal dan hawa nafsu semata-mata.Allah tidak cipta sesuatu itu dengan sia-sia.Tersepak batu di jalan sampai luka sekalipun adalah baik.Boleh jadi Allah nak ampunkan dosa kita asbab kesakitan tersepak batu.Baik ataupun buruk semua datang dari Allah.Manusia itu tiada daya upaya.Jasad manusia pun dengan kebesaran dan kekuasaan Allah lah ia dapat bergerak.Manusia tidak mampu berbuat apa-apa tanpa izin kudrat iradat Allah bukan.


Ya Allah ya rabb sesungguhnya aku serahkan diri ini kepadaMu.Hanya Engkaulah maha bijaksana yang mengatur seluruh perjalanan hidupku.Esok sihat atau sakit,dapat makan atau tidak,dapat kerja atau tidak semua terserah kepada Mu.Allahuakbar maafkan segala kekhilafanku ya Allah.Sungguh benar dunia masih subur dalam jiwaku.Kehidupan dunia ini selalu membuat manusia terlupa kepada Engkau ya Allah.Dunia ini ibarat sihir yang menyihir mata manusia agar selalu terpesona.

Ya Allah bantu kami semua umat Nabi Muhammad.Tutuplah aib-aib kami umat Nabi Muhammad dan kasihanilah kami semua umat Nabi Muhammad..Jauhi kami dari mensyirikkanMu dengan sesuatu.

Monday 18 December 2023

Pusing butik h&m sekitar kl

 Bila dah penat bekerja seminggu suntuk mesti nak ada "me time" untuk diri sendiri kan.Walaupun dah puas berjalan dalam kl ni tetap juga nak keluar rumah release minda.Layankan saja ke mana kaki melangkah.

Sebenarnya aku dah malas nak keluar jauh-jauh sebab kawasan rumah aku juga dikelilingi banyak mall.Tapi sebab guna pas harian rapid kl unlimited rm5 sehari perjalanan maka aku gagahkan juga keluar naik LRT.

Sampai di stesen KLCC aku masuk ke mall
Avenue K sebelah kaunter tiket.Joining building.



Hiasan dekorasi sempena hari christmas dengan warna pink terang.Simple sahaja tahun ini.


Ini pula laluan tangga turun ke bawah.Ada tempat makan.Lawa kan macam konsep bar.

Disebabkan hajat aku ke sini nak tengok sale di butik pakaian h&m maka cepat-cepat singgah masuk.Butiknya agak suram kerana lighting gelap.Tak macam cawangan setapak sentral nampak wow menarik.

Aku terus cari rak markdown sales rm10 rm20 rm30 rm40.Harga asal adalah rm39.95 ke atas.Aku rasa sales sampai turun ke harga rm10 ni hanya sempena hujung tahun untuk clearance stock.Biasanya tak ada maknanya sales murah sangat rm10.Aku dah survey di h&m setapak hari itu memang rambang mata.Membuak-buak keinginan nak membeli sebab nampak lawa.Tapi itulah baju rm10-rm20 semua jenis crop t shirt ala baju senteng tu dan singlet.





Aku dah cuba baju kolar bentuk U ni.Kainnya lembut dan sejuk.Amoi-amoi bolehlah pakai badan langsing sesuai sangat πŸ˜„




Kan aku dah kata sales rm10 rm15 rm20 semuanya baju jenis senteng,melekat ikut body saiz budak darjah 1 hahaha..tapi cute tau bila orang dewasa badan slim pakai.Memang confirm nampak pusat haha.*Edited 29 jan 2024.Nasib aku tak try baju di h&m avenue K.Aku baru tahu kes hidden camera dalam fitting room rupanya di cawangan sini.Dah jadi tempat sial lagi malang.Tempat couple berzina dalam ni.Dasar celaka.Patutlah hati aku kata tak payahlah try baju di sini.



Aku berkenan betul dengan crop t shirt light pink ni.Nampak lembut sangat.Kainnya memang best sejuk.Ada kualiti.Oleh kerana di rumah aku dah terlalu banyak baju yang kadang tak sempat pakai pun maka aku tahan keinginan aku untuk berbelanja.Aku tak mahu ada pembaziran lagi.Baju aku sendiri aku hantar ke h&m untuk recycle dow.


Sebab nak habiskan duit e madani aku beli jus boost all berries bang di sebelah kaunter LRT (masih dalam mall Avenue K lagi).Tak sedap beb..lain rasanya hambar tak juicy macam jus boost di cawangan kl gateway mall.Takkan dia kurangkan bahan?dah lah selang sebulan naik harga rm0.50.Memang tak puas hatilah.Sedih tauπŸ˜“


Aku singgah masuk ke NU sentral pula.Maklumlah ada pas rapid kl unlimited.Rugi tak pulun habis-habisan.Aku masuk butik h&m sana.Saja cuci mata tengok koleksi baju fash fashion terbaru.Aku hampir-hampir nak beli yang harga markdown rm20 tu nasib baik aku tahan moga terlindung dari godaan.

Memandangkan dah 4.30pm aku rasa eloklah beransur pulang.Aku naik bas go kl percuma depan perhentian teksi kl sentral.Syukur bas terus sampai tak perlu tunggu lama.Berhenti di chowkit stesen tepi petrol shell dan tukar naik bas rapid 250 ke setapak sentral.Tunggu 2 minit dah sampai.Dipermudahkan semua urusan hari iniπŸ‘Œ



Taman tasik danau kota ;sebelah setapak sentral.Dah berpagar sekarang untuk keselamatan.

Dulu tahun 2021 musim pandemik covid datang jogging di sini tasik ini langsung tak berpagar memang agak bahaya.Nasib masa tu aku ada bergambar kenangan di sini sebelum dipagar.Hahaha.Nampak gelap pula kawasan taman tasik ni mungkin dah petang.Aku berjalan mendaki jalan raya berbukit untuk menuju ke mall setapak sentral.Semput rasanya.

Tadaaa..masuk ke dalam butik h&m di sini.Baru ada semangat.Lighting cerah dan ceria.Aku saja melewati rak baju harga markdown.Banyak baju dah terjual sebab baju yang ada minggu lalu dah tak ada lagi.Ikut rasa aku memang nak beli sehelai buat pengubat tapi tidak...tidak..tak mau membazir.





Masuk fitting room cuba baju.Saja mengisi masa.
Tak beli pun.

Aku singgah masuk butik cotton on pula.Ada juga promosi harga markdown rm15 untuk crop t shirt.Saja cuci mata kan.Eh baju cardigan sulam warna pink ni menarik pula.Rm 129.90.Macam aku kata tadi orang badan kurus,tinggi lawalah pakai macam ni.





Aku tak masuk semua butik pakaian.Hanya h&m dan cotton on sahaja.By the way aku suka tahap kebersihan tandas mall setapak sentral aras 1.Tandas hujung tepi kedai foto.Bersih.Kalau kau sakit perut nak lama-lama di dalam tandas pun selesa.Tak busuk dan tak ramai orang.Orang lebih tertumpu tandas di aras bawah.

Aku pernah kerja di sini tahun 2016 so aku tahu.Cuma kedai sahaja banyak yang dah bertukar-tukar.Company tempat aku kerja di LG itupun dah tak ada.Hanya tinggal kenangan.

Aku sebenarnya nak makan di Boat Noodle tapi kedainya ramai orang dan kena menunggu order siap.Bau tengik hanyir pula masakannya jadi aku keluar cari kedai lain.Masuk ke kedai asam laksa baba nyonya.




Set asam laksa percuma air cincau Rm 14.80 semuanya tambah cukai.


Punya lama aku nak habiskan asam laksa peranakan baba nyonya ini kerana kuahnya panas berasap.Pada aku tak kena dengan seleraku sebab kuahnya banyak rasa kunyit hingga hilang manis ikan.Masam-masam pun tidak rasa.Disebabkan mahal maka aku gagahkan diri habiskan juga tak baik membazir rezeki kan.Kalau nak banding dengan Aceng Laksa sudah tentu Aceng Laksa lebih sedap.Aceng pun dah kurang umphh kuahnya.Ikan pun semakin sikit.Dulu-dulu tahun 2015 2016 makan sedap sangat.Rasa seketul-seketul isi ikan.

Jomlah balik dah malam....syukur atas perjalanan yang selamat hari ini.πŸ€²πŸ˜‰







Wednesday 13 December 2023

Genting bila dapat naik

 Bila tiba musim hujan hujung tahun ni aku tiba-tiba teringat kenangan naik ke Genting Highlands dulu-dulu kala.Sekejap saja masa berlalu pergi.Yang tinggal hanya kenangan manis yang tak mungkin lagi aku dapatkan.Evergreen sangat bila selak posting lama blog tentang Genting beb.

Kawan-kawanku rata-rata sudah berumah tangga dan ada life masing-masing.Lain weh kalau nak berkawan dengan mak-mak orang ni.Serabut kepala.Dia dah ada komitmen sendiri.Takkan dapat bercampur dengan kawan bujang macam dulu.Lemas otak berbulu rasa.

Aku dah lalui benda ni..sungguh annoying gila.Kami semua pun dah bertahun lost contact.Tambahan lagi aku pun tak minat nak ambil tahu sebab tak ada media sosial

Kalau boleh putar masa aku nak duduk terus di umur 20an.Wajah pun semanis gula Bunga baru hendak berkembang begitu.Zaman tu belum berkembang media sosial.Pakai pun telefon Nokia kamera 3gp dan kamera digital kalau nak tangkap gambar.

Apa yang aku melalut ni weh.Sekarang pun aku masih lawa aged gracefully gitu.Jadi wanita dewasa di usia matang.Tidak minat lagi nak berkaroake nyanyi di ktv.Buang duit.Tidak minat lagi untuk pakai foundation muka yang berminyak.Keluar rumah kulit bebas bernafas hanya sapu krim siang ada spf dan calit lip balm.Penat dah nak cantik.Masa awal 20an merata-rata jadi perhatian orang.

Aku bersyukur dengan diri yang kini.Lebih berani dalam berfikir dan membuat keputusan.Tidak terlalu terikat dengan orang.Aku bebas sendirian.

Aku nak ke Genting nanti tidur sana 1 malam.Sejak Genting buka taman tema baharu pada 2021 aku belum lagi menjejak kaki.Dah lama aku punya impian nak jalan-jalan di Awana Genting.Terletak di bawah sana sebelum naik ke puncak.Aku suka baca blog penulis cina yang cerita pengalaman berhantu tidur di situ.Biliknya nampak luas cantik dan romantik dengan lampu kuning.

Entahlah dengan siapa aku nak pergi kelak.Aku tak ada kawan yang boleh faham aku.Aku berharap 1 masa nanti satu orang kawan aku ni jadi keluar dengan aku.



Monday 11 December 2023

Celebrate duit e-madani RM 100

 Syukur kepada kerajaan Msia Madani kerana menghadiahkan rm100 ke dalam e wallet setiap rakyat yang berpendapatan kurang rm 100,000 setahun.Golongan profesional bergaji rm 8000 sebulan turut dapat merasai e madani rm 100.Bolehlah buat topup touch n go,isi petrol atau beli makanan di pasaraya terpilih seperti Mydin,Lotus,Mr DIY,Econsave dan lain-lain.Berbelanja di restoran makanan segera pun boleh asalkan mereka menerima bayaran e wallet seperti MAE,shopeepay,touch n go.

Aku jarang pakai e wallet untuk berbelanja.Prefer duit tunai/kad debit bank sahaja.Malas nak topup.Disebabkan nak tuntut duit e madani aku buat jugalah.Boleh buat belanja makan senang hatiπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ

 Hari ini aku off day.Keluar berjalan di setapak central mall.Seronok rasanya me time hari ini.

Aku ke tandas sebab perut kembung dengan air.Kemudian pusing-pusing saja tengok baju dalam butik h&m.Aku dah banyak baju dan tak berniat pun tambah koleksi.Aku cuba baju di fitting room.Saja untuk hiburkan hati.Kebetulan ada sales besar harga meletup.

Akhirnya terbeli juga 1 helai kain memang best.Ada 4 pilihan warna iaitu kelabu cair,hijau khaki,hitam dan biru lembut.Aku pilih hijau saiz s.Aku utamakan saiz m kerana lega sikit bernafas.S terlalu sempit.

Masuk saja ke dalam kelihatan poster 50% off butik h&m.



Seperti biasa cari mall yang berdekatan dengan rumah sebab malas nak jalan jauh-jauh

Cerita sedikit tentang mall ini.Dulu kawasan ini dipenuhi semak samun.Hutan menghijau.Aku masih ingat tiap kali lalu nak ke uptown danau kota dulu.Mall ini siap dibina sekitar tahun 2011.2012 barulah penuh semua lot kedai.Di atas mall ini ada villa kayangan penthouse Zeta Park.Senang penduduk di sini nak beli barang,makanan,shopping,tengok wayang dan lain-lain semua dah siap dalam satu bangunan.Turun lif sahaja dah sampai tak perlu pergi jauh.

Ramai orang cina muslim dari negara china nun duduk di Zeta Park ini.Dalam mall ini selalu nampak mereka membeli belah di Econsave.Kalau yang perempuannya kebanyakan tinggi badan lebih 165cm ke atas.Jarang aku nampak yang rendah.Muka pun cantik-cantik dan kulit putih melepak.Lagi lawa dari cina sini tau.Lelakinya pun ada rupa tetapi semuanya bertubuh tinggi.Kalau lelaki cina muslim yang sudah berusia pula mereka akan memakai kopiah putih dan menyimpan janggut.Ciri-ciri muslim ada pada mereka.Aku tak pasti mereka beli rumah di sini atau hanya menyewa.Yang pastinya tentulah mereka itu golongan berada.

Aku masuk ke Texas Chicken makan set rm7.50 iaitu bubur ayam + air serta bebola cheese pedas.Kebetulan meja di dalam tidak penuh.Pilih untuk duduk di single table menghadap dinding.

Aku rasa bahagia hari ini dapat mesej dengan kawan baik aku sambil makan.Lagi 1 seronok makan seorang diri tak perlu dengar cerita merepek orang jika berdua.Entah kenapa mood aku perasaanku rasa tenang,seronok,bahagia hari ini ketika duduk di Texas chicken.Jarang aku dapat ketenangan begini.2x aku minum air lemon siap tambah.Sedap dan segar betul tekak.




Air di sini boleh minum tanpa had.Pilih saja nak air apa di mesin air tepi kaunter.Aku tak minum air gas nanti perut meragam.Pilih air lemonade.Segarnya tekak.Hampir 3x tambah air sebab pedas makan bebola cheese jeopado entah menatang apa.Seronok duduk di meja tepi menghadap dinding muat-muat untuk seorang.Tiada gangguan tiada tenungan.Privasi terjaga gituπŸ˜„πŸ€­

Dalam pukul 7 lebih malam aku masuk ke h&m saja-saja tengok fesyen apa yang terbaru.Macam biasa fesyen baju crop t shirt senteng buruan amoi-amoi budak kolej tar.Haha..ada juga melayu free hair yang beli.Ada jualan murah hujung tahun harga markdown dari rm10 rm15 rm20.Tergoda tau sebab comel-comel bajunya walaupun bila pakai ibarat sarung nangka kau.Hahahaha...

Entah kenapa hari selasa ini ramai pula pengunjung.Aku pilih beberapa helai untuk cuba sekadar mengisi waktu hiburkan hati.Bilik fitting room penuh sampai kena tunggu giliran.Hari biasa pun ramai.Mungkin sebab ada tawaran sales hebat.Orang Thailand pun ada shopping di h&m ini.Yang mencuri pun ramai sebab bersepah-sepah sensor magnet baju dibuka dalam bilik fitting.Pandai betul dia orang buat kerja jahat.Baju pun nak curi ke...entahlah ...

Aku terbeli juga sehelai baju lengan panjang rm 10 harga sales.Biasanya rm 34.90 harga asal.Siapa tak rambang mata.Ikutkan hati aku nak beli lagi dua tiga pasang yang harga markdown tu tapi sabar..sabar..aku pujuk hati jangan buang duit aku dah banyak sangat baju di rumah.Baju yang ada pun hantar ke recycle h&m.

Kemudian aku ke Tea Live di kedai hujung.Belilah 2 jenis ini Matcha Green Tea dan Chicken popcorn cheese.Rm 20.50 beb gulppp telan air liur.Sekadar isi perut buat sementara bolehlah.





Balik rumah terus sakit perut keluar isi hijau air green tea ni.Perut aku memang tak serasi minum air pelik-pelik di luar.Sebab itu aku biasa minum air mineral sahaja.Membazir duit aku beb rm9.90 bukan murah.Walaupun guna e madani tetap juga rasa no worth kalau sakit perut sampai cirit.Suweii betul.





Sekian sahaja coretanku kali ini.Seronok dapat keluar hari ini.Tiada siapa yang boleh membahagiakan diri kita melainkan dalaman kita sendiri.Itu saja prinsip aku.


Saturday 9 December 2023

Nak jalan ke Port Dickson bila

 Kali terakhir aku makan angin di Port Dickson (PD) pada tahun 2018 bersama kawan-kawan.Lepas tu seorang demi seorang dah berumahtangga dan berpecahlah kumpulan kami.Lepas tu aku ada ke PD seorang diri naik ktm dari KL-Seremban-naik bas.Situasi apabila sendirian terasa sangat kesunyian dan kesepian.Aku toleh kiri kanan kebanyakan datang dengan keluarga atau teman.Hatiku kosong dan kosong sekosongnya.

Aku tidak lagi ke PD walaupun jiwa ini merindukan suasana laut dan angin pantai.Memang beberapa kali aku bercadang nak ke PD lagi tapi dengan siapa?Aku nak ajak keluarga semua macam sibuk dengan urusan hidup masing-masing.Ajak kawan?Janji dicapati adalah.Mulut saja cakap ok nak tapi langsung tak ada perancangan.Sedih aku.Kadang aku terfikir adakah kawan aku fikir aku nak gunakan dia jadi pemandu,atau dia segan keluar dengan aku.Bukan itu masalahnya kita ni kalau keluar beriadah/berkelah kenalah beramai-ramai sekurang-kurang berdua.

Entahlah.Aku dah sekat nombor telefon kawan aku yang dua orang tu.Rasa seperti dipermainkan bab nak berjalan ni.Aku dah penat nak tanya bila ada masa lapang?Bila nak jalan?Sudahnya tergantung begitu saja.Aku pun memang tak gemar diperkotak-katikkan orang.Apatah lagi orang yang suka menjatuhkan diri aku bila bercakap.Rasa tak nyaman di situ bila orang judge kita by their own standards.No no no

Tak apalah Allah berserta di mana-mana.Di situ kamu menghadap ada 'wajah' Allah.Kadang-kadang bersendirian merenung ciptaanNya lebih bernilai dari bergaul dengan manusia-manusia palsu.

Zaman yang telah berlalu biarkan ia pergi meninggalkan kita.Kenangan yang manis dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan/pemisah.Semua yang berlaku sudah ditetapkan dalam qada & qadar Allah.Jangan pernah menyesalinya.Kita manusia bukan sempurna.Ada akal,perasaan,hawa nafsu dan kehendak yang kadang menyelewengkan kita.

Insya Allah ada rezeki aku akan ke PD lagi sewa apartment tepi laut dan memasak.Aku nak ada 'me time' .Tunggulah dengan siapa Allah tentukan untuk aku pergi bersama-sama kelak.

Port Dickson tunggu aku datang yooooπŸ‘πŸ‘





Friday 8 December 2023

Jauhkan diri dari ancaman buat emosi

 Lama aku teringin hendak menulis blog tapi kekangan masa membataskan niatku.Kini telah masuk penghujung tahun 2023.Sekejap sahaja masa berlalu begitu pantas.Pejam celik sudah menginjak ke hujung tahun.

Banyak kisah hidup yang ingin aku nurkilankan di sini tapi malas nak tulis.Aku nak cakap hal penting sahaja.Aku nak pergi dari sesuatu yang merimaskan aku.Aku selalu doa agar Tuhan jauhkan aku dari manusia yang buat aku kusut,risau,berfikiran negatif dan merosakkan.Biar Tuhan tarik bawa pergi mereka jauh dari hidupku ini.

Aku akan perlahan-perlahan atau mendadak jauhkan diri dari org yg ganggu emosi

Monday 6 November 2023

Don Don Donki di Bukit Bintang

 Hari ni aku cuti dan jalan-jalan cuci mata masuk di kedai Don Don Donki dari Jepun.Terletak di Lot 10 Bukit Bintang Kuala Lumpur.Teruja juga pertama kali datang.


Aku tak pernah tahu kewujudan kedai sebaneka dari negara Jepun ni sampailah suatu hari kawan aku recommend minum teh hijau Jepun.Katanya beli di Don Don Donki cawangan Bukit Bintang.Terus  rasa teruja nak pergi bila dengar ada green tea made in Japan jual di Malaysia ni.Orang Jepun biasanya jual barang elok berkualiti.Oleh sebab itu aku nak beli green tea Jepun.


Masuk sahaja ke dalam bersimpang siur rak makanan.Pelbagai jenis makanan segera dijual antaranya keropok,biskut,coklat,jeli,makanan kering lain.Aku ada buat kajian menerusi info di internet bahawa tidak semua makanan di sini HALAL.Ada yang bercampur dengan tidak halal.Jangan main beli sahaja kena ada info.Tak semua label dilekat dalam bahasa inggeris kadang ada yang bahasa jepun.



Tangga berpusing ini boleh naik ke tingkat atas.Aku ke rak jualan teh.Mata melilau cari japanese green tea.




Pelbagai jenis green tea ada di sini rambang mata nak pilih yang mana.Ada yang green tea kosong,ada campuran matcha,ada juga rice tea.Aku pilih jenama Jonetz.Nampak seperti jenama recommendation.Harga pun boleh tahan rm 18.90 sekotak.Status halal memang tiada cop halal jadi kena tanya staf.Dia kata kena cek bahan-bahannya juga pada label kotak,biasanya teh tiada campuran apa-apa.(terpulang kalau yakin boleh beli kalau was-was jangan)



Buah-buahan segar import dari negara Jepun pun ada seperti anggur,strawberi,pear,epal.Harganya kau tengoklah berapa Rm 149 sebab convert matawang yen ke ringgit.Ada duit melimpah ruah dan mampu boleh saja beli buah yang ratusan ringgit ni.Nak cuba rasa anggur Jepun fresh manis lemak ke tidak.Mungkin rasa buahnya berbeza dengan buah di pasaran sini.

Kemudian aku naik ke tingkat paling atas tingkat 3.Ada jual barangan kosmetik seperti barang mekap dan skincare.Aku teruja tengok sabun bentuk punggung wanita (bentuk love terbalik) hahaha.





Sabun dari arang kayu khas untuk kulit belakang badan berjerawat.Ada promosi rm26.90


Sabun Pelican diperbuat daripada buah peach.Inilah sabun bentuk punggung tu.Unik sungguh comelnya warna peach juga.Harga rm35




Rangkaian skincare dari Jepun seperti Hada Labo,Senka,Biore dll.Aku dah pernah tengok dalam Watson.Aku beli sleeping mask jenama Momo Puri.Bau buah peach wangi dan soothing sangat.


Beli Japanese matcha green tea rm8.90.Sangat sedap kalah semua green tea yang dijual di sini.Rasanya lemak padu umphhh lain macam.


Air buah campuran 8 jenis buah + sayur.Minuman sihat untuk perut.Aku cuba sekotak

Jom lah kita balik.Selfie sekali di luar Lot 10 bb

Kenapa blur kan muka?I have privacy concern and i love faceless photo because the focus is less on the person but focus on the beauty around.Nampak fesyen baju pun jadilah kan



Pedas nak mati menyesal beli.Aku bukan pemedas





Inilah sabun peach.Khas untuk hilangkan dan licinkan bahagian punggung berkerak,berjerawat dan kasar.Sebenarnya boleh guna di seluruh tubuh tapi biarkan dalam 5 minit baru menjadi.Aku dah cuba memang lembut betul kulit,wangi pula bau peach.




Jumlah keseluruhan perbelanjaan aku rm 196.00.Beli skincare dah rm96.00 selebihnya beli teh,barli kotak,seaweed,maggie Jepun tapi buatan Indonesia (tak sedap magginya kenyal seasoning nya pedas gila!)

*Balik rumah terus bancuh green tea.Sedap sangat rasa semulajadi seperti dari ladang.Tak payah letak gula dah lemak.Membantu masalah susah tidur,lepas minum sejam kemudian mata boleh tidur.Nak buang air besar pun mudah.Memang recommended sangat.Aku bagi 5 bintang.


Sebelum balik aku pusing-pusing di Lala Port Bukit Bintang iaitu bekas tapak penjara Pudu.Kalau ke Bukit Bintang mesti aku akan singgah di sini naik ke rooftop taman atas tingkat 5.Layan bergambar sambil memandang hamparan langit biru yang indah.Bukan setakat datang bergambar semata-mata nak masuk instagram sahaja.Aku tak ada media sosial fb ig bagai.Semua dah tutup sekian lama malas nak guna.Hanya blogger sahaja menjadi tempat aku mencoret kenangan cehhh syahdu :)































Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...