Thursday 19 November 2020

Kerinduan kepada kenangan lama dan sahabat lama

 Begitu cepat masa berlalu umpama titisan hujan yang jatuh ke bumi.Sedar tak sedar hampir berbelas tahun daku meninggalkan zaman persekolahan yang dahulunya inginku percepatkan prosesnya.Kini terkenang semula saat-saat datang ke sekolah,belajar,menghadapi para guru yang adakalanya menyenangkan hati dan adakalanya meresahkan hati.Begitu juga dengan kawan-kawan dan segala aktiviti di sekolah.Semuanya ada pahit,manis,tawar,kelat.

Pelajar kelas teratas disanjung dan disegani kerana ternyata lebih bijak berbanding pelajar kelas belakang.Nak menoleh pun segan apatah lagi menegur sapa.Dari zaman sekolah sudah ada jarak pemisah antara pelajar.Segalanya tentang akademik.Dimomokkan jika bijak belajar,peluang masa depan jadi cerah.Jika kurang bijak,gelap masa depan dan sudah tentu dicerca.Tiada satupun orang yang boleh mengatakan,akhlak itu lebih utama dari akademik.Akhlak baik Allah sayang..nasihat ini pun aku dengar dalam ceramah Prof Dr.Muhaya.Beliau turut kesal para guru dan ibu bapa terlalu mementingkan soal akademik dan membuat perbandingan pelajar cerdik dan kurang cerdik.Hingga kini...pelajar lemah selalu tersisih dan dipandang rendah.

Aku termasuk dalam kategori pelajar sederhana bijak.Bab ilmu kira-kira memang aku tak boleh bawa tambahan lagi aku kurang membuat latih tubi.Aku lebih minat subjek pembacaan seperti bahasa melayu,sejarah,geografi,sains,ekonomi asas dan segalanya berkaitan membaca.Ingatan aku kukuh bab membaca.

Cikgu yang aku kurang suka ialah cikgu Matematik dan cikgu Pendidikan Jasmani.Suaranya memetir memanah telinga dan bikin orang seriau.Aku yang ada darah gemuruh ni tak boleh bertolak ansur dengan perangai cikgu sebegini.

Aku pernah dimalukan oleh cikgu matematik ketika dalam kelas dahulu angkara tergagap-gagap menjawab soalan matematik.Cikgu gelarkan aku buta matematik.Pedihnya.Rasa terhina sekejap.Aku masih ingat ketika itu aku di Tingkatan 3 ,umur 15 tahun.Sejak dari itu bilamana ada sesi soal jawab kelas matematik atau Pendidikan Jasmani aku cari jalan untuk mengelak.Pertama,ke bilik sakit atau kedua langsung tak datang sekolah.Ha ha ha..ambik kau.Tempat sembunyi,dekat dengan rumah juga asalkan tidak dikesan.

Kebanyakan kerja sekolah soalan matematik aku dan kawan aku yang lemah matematik akan meniru sahaja buku latihan pelajar lain terutama pelajar cina,haha.Begitu juga dgn kerja sekolah subjek akaun.

Segelintir Cikgu pun aku perasan,gemar memilih kasih.Mana pelajar yang kononya "bijak dan aktif" akan disukai cikgu.Macam aku adalah seorang yang pendiam di sekolah.Aku tak banyak cakap,pemalu,penakut(cepat gugup),penyegan.Aku tak ramai kawan dan hanya rapat dgn orang tertentu sahaja yg boleh aku percaya untuk dijadikan kawan.Aku rasa rendah diri untuk bergaul.Mungkin kerana pelajaran matematik aku yang lemah.Terlalu risau diketawakan orang lain.Aku juga kurang aktif dalam bidang sukan dan kokorikulum.Salah satu faktor utama aku malu dengan fizikalku 😢.Kalau dipaksa sahaja barulah aku sertai.Aku tak suka menonjolkan diri seperti mana pelajar lain yang tergedik-gedik buat persembahan di pentas dan sukan.

Kini aku telah dewasa untuk menyimpulkan bahawa semua ini terjadi kerana zaman kanak-kanak dulu dari darjah 1-6 aku dibesarkan oleh makcik dengan penuh rasa takut,risau dan ganas.Tiada self awareness dalam diri.Sering dimarahi,disekat cara aku membesar sebagai kanak-kanak,dikongkong,diherdik,dibuli,diperkecilkan,direndahkan.Seingat aku tiada langsung kata semangat dan pujian buatku.Kerana itulah di zaman sekolah menengah aku menjadi seperti kura-kura yang suka bersembunyi di dalam cengkerang.Terlalu takut untuk keluarkan kepala.Aku memang tak akan maafkan kejahatan makcik aku padaku.

Sambung semula bab sekolah.Dulu di sekolahku ada pelajar campuran mat saleh dan cina.Menjawat jawatan sbg pengawas.Tinggi,kurus,putih.Rambutnya perang seperti ekor kuda.Dia aktif dalam persembahan dan acara cheerleader seramai 5 orang.Pelajar cina lain tak sukakannya.Jadi dia hanya berkawan dgn pelajar melayu.Sekarang dah jadi model di australia dan malaysia.Untunglah berwajah pan asian dan cantik.Kami tak pernah bertegur semasa di sekolah kerana kelas berlainan.Dia pelajar kelas atasan,aku cuma biasa-biasa.

Aku sekolah jenis perempuan sahaja.Jadi biasalah jika minat kepada senior yang berkaliber.Jadi kakak angkat dan adik angkat,hehe..aku pernah minat dgn 1 pengawas cina.Aku suka tengok giginya yg berlapis.Aduhai kawan-kawan cina lain salah sangka yg aku lesbian pula.Disebabkan aku ni penyegan orangnya maka aku tak berani nak menegur pengawas itu,dia senyum pun aku buat tak nampak.Mana-mana pelajar perempuan yg agak boyish dan "tampak kacak" memang jadi pujaan,mungkin sebab tiada pelajar lelaki haha...

Di zaman sekolah dulu kulitku agak gelap kerana berjemur panas saban hari,pergi dan balik sekolah berjalan kaki.Aku selalu idamkan kulit cerah seperti Kristine Hermosa pelakon drama Filipina Pangako sayo.Dia sangat cantik bagiku.Kebiasaanku balik sahaja sekolah akan menonton drama Pangako Sayo di tv2.

Aku juga suka menonton cerita lagenda cina di ntv7.Aku paling minat heronya Richie Ren.Aku rasa tahi lalat atas bibirnya buat dia nampak manis serta gigi arnabnya haha.

Aku juga mengikuti drama Taiwan iaitu Meteor Garden.Kerana tak ada tv di rumah aku sanggup tengok di rumah kawan.Kacak-kacak pelakonnya.Aku juga ada menonton beberapa lagi filem dan drama cina.Sekepala dengan kawanku lagi seorang.Pernah terdetik di hatiku andai bisaku punya kekasih berbangsa cina sperti yg diidamkan.

Masuk ke Tingkatan 4,perangai aku mula berubah watak sedikit demi sedikit.Aku bukanlah pendiam sangat seperti dahulu.Aku sudah mempunyai geng seramai 6 orang.Yang pasti kepala gila-gila.Serba sedikit merubah sikapku kepada yg lebih optimis.Tiada lagi rasa perbezaan darjat pembelajaran.Aku juga semakin rajin ulangkaji.Kami balik sekolah jalan bersama,adakalanya buat study group bersama di taman tasik dan berehat di rumah besar dua tingkat kawan kami.Untunglah dia anak org kaya,gaji bapanya sahaja rm16,000 sebulan maklumlah bekerja di syarikat minyak.Untung jadi anak orang kaya ni.Bapanya cina mualaf.Yang pasti kawanku ini tidak menyombong diri.Mungkin latar belakangnya yg membesar di kampung dgn nenek.

Bila hujung tahun selepas tamat peperiksaan akhir tahun,ramai pelajar yang langsung tak datang sekolah.Tapi aku berbeza.Aku datang kerana tinggal di rumah bukanlah situasi yg menyenangkan bagiku.Rumahku sempit,adik beradik tengah lasak dan nakal.Baik aku ke sekolah habiskan sisa waktu sebelum bermula cuti sekolah yg sebetulnya.Cikgu benarkan kami main catur,kad terup,saidina,bawa novel dari rumah.Kalau hari biasa bawa novel Ahadiat Akashah memang kena rampas.

Pengawas pusat sumber juga ada sediakan aktiviti menonton filem di skrin projektor.Antaranya ketika tahun itu vcd Entiti dari Lando.Ternganga kami semua tengok cadar hotel bergerak sendiri kemudian darah melimpah keluar.Ada juga tengok filem The Phantom of the Opera.Silibus buku Tingkatan 2 tu.

Ketika masuk Tingkatan 5,aku sedikit hyper dan mula nak memberontak mengikut jiwa remaja.Aku yang gemarkan lagu -lagu pop punk Barat beberapa tahun lalu mula melayan terus lagu-lagu terkini dari sana.Antara band yang paling aku minat ialah Simple Plan,Good Charlotte,30 second to Mars,Avril Lavigne,Linkin Park.Video klip mereka juga banyak dimainkan di ntv7 dan tv8.Malam-malam layan drama Ghost di tv8,video klip lagu artis,rancangan hiburan Malaysian Idol.Aku juga suka mendengar radio hitz.fm dan traxx fm.

Apabila dapat tahu Simple Plan nak buat konsert di Malaysia akulah orang paling teruja sekali.Membuak-buak rasa nak pergi.Mana tidaknya vokalisnya yg aku puja tu akan datang ke sini.Teruja yg amat sukar untuk aku gambarkan.Aku beli siap siap tiket konsert bernilai Rm100.Mana dapat duit?ha ha ha...aku cuba ajak kawan sekolah join teman aku tapi mereka kata tak ada duit.Susahlah....mak memang tak benarkan aku pergi,katanya aku ni degil.Apa-apa jadi tanggung sendiri.

Kebetulan kawan sekelas nak hantar kakaknya ke KDU dan dia perlawa untuk tumpangkan aku,siap pakej pinjamkan kamera digital.Baik sungguh kawanku ini.Aku masih ingat aku pakai jaket B.U.M maroon.Sampai di sana...meloncat macam orang histeria,kahkahkah punya seronok Simple Plan depan mata.

Datang sekolah dengan bangganya aku cerita dengan kawan-kawan.Aku cuci semua gambar konsert SP.Tunjuk dgn kawan rapat.Yang sedih bila balik rumah,bapaku terjumpa sekeping dua gambar album SP lalu dia koyakkan.Entah kenapa tegar dia berbuat begitu.

Semua keratan majalah dan akhbar yg menyiarkan berita konsert SP aku beli dan simpan.Semuanya kenangan terindah buatku.Aku ada tempah T shirt merchandise SP di Central Market,tempah buat button gambar SP.Bangga dapat pin di beg sekolah.Bangga dapat jadikan poster SP sebagai cover fail kertas.

O.m.g...itulah aku dulu..berubah drastik hanya kerana bintang pujaan hatiku.Aku sukakan lagu SP kerana ia berkenaan dgn semangat,motivasi,kehidupan dan isu semasa.Bukan lagu cinta yg mengarut.Ia buat hidupku bersemangat.

Paling aku naik semangat dengar lagu Shut Up,Welcome to My Life dan lagu emosi pula How could this happen to me.Mengisahkan salah seorang ahli SP pernah melanggar seseorang dgn kereta.

Aku paling suka dan gilakan vokalis SP ,Pierre Bovier tu.Pernah berhajat nak kahwin mat saleh (kalau dapat).Itu sebab terlalu crush sangat.Budak-budak lagi biasalah.

Panjang pula sembang bab artis pujaan wow.Seronok pula bila kenang kembali semuanya menjadi 1 kenangan manis buatku.Budak zaman dulu tak urban pelik seperti budak sekarang.Dulu tiada telefon pintar.Nak cari maklumat kena pergi cyber cafe.Berpuluh ringgit dah aku habiskan duit ke cybercafe untuk salin lagu dalam buku,dengar mp3 lagu kegemaran,cari gambar artis pujaan.

Ya Allah...tenang dan damai hatiku tatkala menulis kisah yg panjang lebar tentang memori zaman persekolahan.Kalaulah boleh kembali ke saat itu...aku tak mahu menghadapi saat sekarang.....


Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...