Thursday 2 September 2021

Jalan Jalan Japan September 2021

 


Akhirnya tercapai impianku untuk masuk ke kedai Jalan Jalan Japan di M3 Mall,Taman Melati kali ini setelah sekian lama terkurung dalam rumah angkara cobis.Bosan dah terperap di rumah lama-lama,nak juga belek-belek baju cuci mata yang dah berhabuk ni.Entah kenapa hatiku terbuka nak masuk kedai bundle/preloved.Dua tiga menjak ini aku sukakan barangan vintage seperti beg LV.Rasanya kedai bundle tepi jalan masih belum beroperasi sepenuhnya menurut info.

Sebelum ini tahun 2018 aku pernah masuk ke kedai Jalan Jalan Japan di Setia City Mall,USJ.Walaupun baju nampak menarik tetapi aku tak terbuka hati untuk membelinya.Cawangan sana lebih besar ada 2 tingkat.Sekejap saja masa berlalu kan kini sudah masuk penghujung tahun 2021.4 tahun ke belakang.


Bergambar kenangan di Melawati Mall.(no photo to show) 

Member tersalah book grab ke Melawati Mall sepatutnya M3 Mall.Kena cas RM10 di sini.Pemandu pula kerek,asyik membebel saja tentang SOP kereta.Tempah grab car lain untuk ke M3 Mall,cas RM 10 juga.Membazir duit memandangkan kami berdua kerja menanam anggur saja ^_^

Sampai di M3 Mall kami terus menuju ke kedai baju Jalan Jalan Japan.Aku ke rak beg untuk kali pertama.Banyak beg murah bermula dari harga RM 5-RM 35.Aku berkenan dengan satu beg silang berharga RM 15,warna coklat muda dan menarik.Memandangkan aku dah tempah beg bundle dalam online maka aku hentikan keinginanku kerana ingin berjimat.Jimatlah sangat lepas ni habis beli benda lain juga,kakakaka

Lama juga aku di rak pakaian wanita.Rambang mata memilih baju murah bermula dari 
harga RM 3-RM 40.Bila usia makin meningkat dah tak ada keinginan untuk membeli pakaian berjenama mewah kerana rasa membazir.Baju bundle juga cantik kalau bijak memilih.Sebelum ini dah beberapa helai seluar jeans bundle Uniqlo aku beli di kedai bundle jalan TAR.Elok sampai sekarang seluar itu berbanding seluar berjenama dalam shopping mall.Pakai sekejap jadi lusuh dan kembang.

Nasib aku agak baik aku bertemu dengan baju jenama Uniqlo dan sweater jenama Champion women.RM 10 sahaja.Condition masih baru,warna kegemaran aku pula tu hijau!


Uniqlo budak rupanya cuma singkat




jegging merah rm 5



6 helai pakaian berjumlah RM 29.wah satu penjimatan hebat.Inilah kali pertama aku membeli baju bundle.Sebelum ini hanya seluar jeans.





*Edit cerita.4 helai baju ni aku dah bawa pergi berjalan.Baju kain knitted putih ni amatlah panas bila dipakai.2 helai baju knitted aku beli rasa membazir tak sesuai dgn iklim di negara ini.Kalau tinggal di negara sejuk bolehlah

Bagi aku barangan di cawangan M3 mall ini tak banyak sangat tapi ok juga.Singgah beli charger di Mr DIY.Balik tu kami makan burger otai di tepi stesen LRT Taman Melati,lapar beb...

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...