Wednesday 29 August 2018

Novel seram melayu

Siapa di sini suka baca novel seram?Tentu anda antara berani dengan tidak.Baca siang hari bolehlah kalau malam buta dikala semua penghuni rumah sudah tidur?

Aku dari dulu memang suka betul movie seram.Masa sekolah dulu (tahun 2003),buka TV3 ada cerita hantu main pakau lakonan artis Hong Kong tu (lupa nama).Kisah mereka berlima pergi bercuti di sebuah pulau dan menyewa rumah tumpangan,kemudian diganggu roh nenek tua rumah tersebut.Ini kisah komedi seram.Cerita ni berapa kali sudah diulang di TV3 tiap hari Isnin 10pm.Kemudian ada cerita The Eye,The Eye 2 (lakonan artis Hong Kong dan Thailand).Suka dan teruja nak tengok sebab hero cerita ni adalah pelakon kegemaran aku Tik Jasdaporn Pholdee.Punya kacak wei.Beliau berasal dari Thailand.Banyak juga drama Thailand yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2003-2004 dulu.Antaranya The Princess (lakonan Aom Piyada & Tik Jasdaporn), Ice Lemon Tea (lakonan Tik Jasda) juga.The Pheonix & pelbagai lagi.

Amboi melalut dah aku.

Kalau berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC KL pasti tak terlepas dari membeli novel seram.Dari zaman persekolahan memang pasti ke sana cari buku rujukan teks.

Bila dah masuk era pekerjaan maka kuranglah aku berkunjung ke Pesta Buku.Kadang terlupa,terlepas tarikh pun ada.

Pernah beli novel seram karya penulis lagend Ahadiat Akashah.Beliau pernah dianugerahkan Malaysian Book of Record tau.Bukan calang-calang penulis.Restoran Golek-Golek di Gombak tu beliau punya idea lah..(aku pernah pergi makan,fuh lawa seyh...boleh rujuk entry lama aku).Cerita ini adalah kisah benar dari pencerita yang bernama Joni Tongo.Kisahnya agak aneh dan tak masuk dek akal tapi kunfakun kan?Tiada yang berkehendakkan ia terjadi dengan izin Allah SWT.Itu tagline Joni Tongo.
Ada 5 siri aku beli.

Novel pendek tapi seram hingga menusuk ke tulang hitam.......


Yang ini pula novel tebal ada 4 kisah.Semua kisah unik berbeza.Ada salah satu kisah adalah dari novel nipis di atas (dibukukan semula).Yang ni aku dah selamat jual kepada peminat.
-cerita seram penjual nasi lemak sambal gagak
-kisah adik Ryu bermata biru
lain kisah aku dah lupa.


Kemudian aku lebih gemar membaca novel di Perpustakaan Negara.Novel yang sah untuk dipinjam maka aku pinjam.Had meminjam buku hanya 6 buah.Tak perlu buat kad ahli cuma guna IC sahaja.Lebih mudah kan?

Paling aku minat penulis Zaifuzaman Ahmad.Beliau memang bijak mengolah ayat dan susunan plot.Penghujung helaian novel baru kau tahu kisah di sebalik penceritaan itu.Dari apa pengalaman yang aku ada,aku lebih cenderung meminati hasil karya penulis lelaki.Bahasa senang faham,tidak serabut otak dengan watak yang terlalu banyak hingga bebankan fikiran dan rasa lancar pembacaan.

 Novel pertama aku beli di Pesta Buku ialah Teratak Kenari.Kisah pasangan suami isteri yang baru bernikah tinggal di banglo bernama Teratak Kenari.Si isteri sering dirasuk sesuatu dan akhirnya membawa kepada kisah silam banglo tersebut.


Novel Misteri Julia ini amat menarik olahan plotnya sehingga kita tidak tahu siapa lelaki misteri yang suka melukis potret tersebut.
 Trauma pula kisah sahabat yang bercuti di sebuah pantai peribadi yang belum dikenali ramai.Akhirnya membawa kepada pembunuhan seorang demi seorang.Amat mendebarkan cerita ini.
 Kisah Bicara Sebuah Diari pula ialah; seorang isteri yang curiga dengan sikap misteri suaminya yang akhirnya membawa kepada pertemuan roh seseorang melalui sebuah dairi misteri.
Novel ini pula ada 4 kisah.Agak tebal.Semua berlaku dalam satu malam.Kisah pembunuhan,bunuh diri.Bangunan pejabat berhantu.

Semua menarik sekali.Kalau korang dah mula membaca gerenti tak nak berhenti.Novel seram karya Zaifuzaman Ahmad ini seolah berhantu dan memanggil-manggil anda untuk habiskan membaca.Terbaik beb!


Ini novel paling terbaru aku beli.Keluaran terbaru juga karya Zaifuzaman Ahmad.Novel ini ada 4 kisah.Kesemua kisah adalah dari 4 orang penulis berbeza.Kesemua kisah berkisar di hospital.Hantu hospital.Setakat ini semua kisah memang terbaik.Lain daripada yang lain apabila cerita seram membabitkan lokasi hospital,doktor,nurse,pesakit.

Yang ini pula cerita tentang anak patung (kedai baju) berhantu malah dimasukkan nyawa.Semua jin syaitan punya angkara sehingga boleh membunuh orang.

Roh Rumah Sewa.Best jugak.Kisah cikgu yang menyewa rumah di Perak ,rumah lama yang berciri zaman purba akhirnya diganggu roh tersebut.Ada juga selingan kisah lucu terjadi.Santai je membaca....tak jemu.



wowww karya Ramlee Awang Murshid penulis dari Sabah juga sangat menarik.Ia lebih kepada novel thriller.Bukan hantu seram.Novel sebegini lebih mendebarkan pembaca kerana kita tak tahu siapa yang jahat.Akhir cerita baru tahu.

Pernah tengok filem Tombiruo?Ianya adaptasi novel ini lah.Best sangat kisah ni.Kisah "penunggu" hutan keningau Sabah.Penuh aksi,misteri dan kejam.

Aku peminat novel seram.


***Kalau korang berminat nak novel prelove ni sila komen di ruang komen ok.Aku nak tolak murah-murah je kasi clear almari.

Novel yang ada ialah: 

Tombiruo
Projek seram WAD
Fiksyen 302
Mannequin
Teratak Kenari
Joni Tongo (Ahadiat Akashah) novel pendek,buku nipis



Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...