Sunday 20 March 2005

Bercuti di Cameron Highland kenangan sekolah 2003

Saat yang terindah,bahagia,suci murni dan tenang abadi di sini thn 2003
Tiada kesakitan,kekecewaan berat dan air mata sesalan






Siapa tak kenal tempat peranginan Cameron Highland kan?Ia sinonim dengan ladang teh yang menghijau.Kali pertama jejak kaki ke sini pada tahun 2003 waktu trip sekolah untuk Pengawas Pusat Sumber.Masih ingat lagi berkumpul di depan pintu pagar sekolah dan naik bas beramai-ramai dengan kawan-kawan serta cikgu.Ingat lagi Cikgu Esah,Cikgu Jehan,Cikgu Hazinah.Cikgu Jehan siap bawa anak lelakinya yang comel gila (anak campuran mat saleh).Jammy Amir namanya..keletah sgt.Mesti sekarang dah besar dan hensem.Hihiii...


Perjalanan naik bas sungguh mengujakan.Sampai di R&R Tapah,Perak kami berhenti melepaskan lelah untuk ke tandas,solat dan makan.

Apabila bas dah mula masuk kawasan berbukit dengan jalan berliku-liku yang curam kami mula terdiam.Ada yang tidur sebab pening.Aku memang dah standby plastik takut muntah.Cikgu Hazinah pandang je aku...
Sungguh menyeramkan dari tingkap bas boleh nampak gaung yang curam di bawah.Dalam hati berdoa banyak-banyak.Kiri kanan jalan mula kelihatan orang asli menjaja petai,buah-buah hutan dan sejenis pokok berupa bentuk seperti bulu ayam warna oren.Aku tak pasti apakah namanya.Memang unik!

Apabila sampai di Tanah Tinggi Cameron.bergambar sakan di ladang teh.Cantiknya ladang teh!Ketenangan terus meresap dalam jiwa,tak sia-sia datang.Masa tu aku masih guna kamera filem Kodak.Nak beli kamera digital macam pelajar mak pak kaya,memang tak mampu.Beribu ringgit tu.Geram je tengok pelajar Cina yang ada kamera digital.Boleh bergambar seberapa banyak yang nak,boleh padam gambar kalau tak suka.Kamera filem ni tak ada function begitu.

Kami menyewa di sebuah apartment di Tanah Rata,dekat dengan pasar malam.Sebuah apartment ada 3 bilik.Jadi muatlah sebilik 3-4 orang termasuk dengan cikgu.Pelajar lain sewa blok lain yang berdekatan.Yang aku tak boleh lupa ada seorang kawan berbadan sihat ni jatuh berdebuk bunyi masa lalu rumput berbukit.Agaknya lepas hujan,licin dengan tanah liat.Hahaha...nak gelak lahh haha...

Selepas check in,kami ke pasar malam di depan.Beli makanan utk makan malam nanti.Beli bunga ros sekuntum hehe...balik apartment rendam batang bunga ros dalam botol air tak nak bagi layu.Lepas makan malam,ingat nak tengok TV tapi arial pula bermasalah takde siaran.Bosanlah sikit.Apalagi kami duduk lepak di beranda tengok orang buat BBQ di bawah.Boring punya pasal kami menyanyi-nyanyi lagu Akustatik-OAG.Haaa masa tu lagu ni tengah popular.

Seusia malamku menantimu
Dihembus embun aku tersipu
Mungkinkah kau lupa temujanji kita
Kau gembira bersama teman-temanmu
Berlari-lari ku mencarimu
Selembut salju musim berlalu
Mengapa berubah sekelip mata
Hatiku gundah tiada terhingga
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Merbahaya
Seusia malamku menantimu
Dihembus embun aku tersipu
Mungkinkah kau lupa temujanji kita
Kau gembira bersama teman-temanmu
Berlari-lari ku mencarimu
Selembut salju musim berlalu
Mengapa berubah sekelip mata
Hatiku gundah tiada terhingga
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara

Ada gambar di album Kodak (cuci gambar) tapi kena scan kalau nak tepek di sini

Aktiviti kami di sini ialah melawat ladang teh Boh,Butterfly Farm,Rose Valley,pasar malam,

Sebelum balik KL keesokannya siap beli buah strawberry,itu wajib..kemudian bas berhenti singgah Air Terjun Lata Iskandar.Apalagi bergambarlah kita semua...weeee

Balik rumah,kisar kesemua buah strawberri buat jus,esoknya bawa ke sekolah.


Selepas itu aku langsung tak ke sana lagi,nak pergi dengan apa kan?Habis sambung study,aku mula ke sana semula.Kali ni dah ada kamera digital Samsung yang beli di Plaza Low Yat.RM650.00 lebih kurang.Ya sekarang harga kamera digital tak semahal tahun 2001-2005 mcm tu...

Nota:Kenangan terindah paling manis,bahagia dan mendapat ketenangan abadi.Diri polos yang jujur dan sayang dgn diri sendiri

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...