Friday 12 January 2024

Bedak mistine thailand

 Hari ini nak cerita tentang bedak compact.Bedak yang sudah dikeraskan dalam bekas beserta cermin itu.Aku rasa 99% kaum wanita memakai bedak compact.

Aku masih ingat lagi bedak pertama aku gunakan ialah bedak Pixy.Waktu itu aku baru tamat sekolah dan melanjutkan pelajaran di universiti.Aku memang tak pandai soal kecantikan diri.Muka aku sentiasa kosong tanpa sapu apa-apa hinggalah kawan rapat aku semasa zaman sekolah memperkenalkan bedak Pixy.Aku tengok kulit dia pun elok rata selepas pakai bedak Pixy.Kalau tak silap,aku beli bedak ini di Mydin.Ok sesuai dengan ton kulit aku.

Sampailah tahun 2009 aku baru tahu kewujudan foundation (alas bedak jenis cecair) jenama Silky Girl.Aku pun pinjam orang punya pakai untuk hadiri majlis konvokesyen.Memang nampak lawa kulit aku.Sebelum ini bertahun-tahun kulitku berjerawat akibat hormon remaja.Dapatlah tutup ketidaksempurnaan kulit berparut ini.

Bila aku sudah bekerja aku diperkenalkan dengan jenama Sendayu Tinggi(ST) oleh kawan pejabat.Kebetulan butik Sendayu Tinggi terletak berdekatan dengan tempat kerja hanya jalan kaki sahaja.Pekerja-pekerja di dalam itu semua lawa-lawa pakai mekap ST.Sebagai perempuan sendiri pun aku dah tergugat tengok.Aku pun nak jadi lawa flawless macam mereka.Maka aku dan 2 lagi kawan pejabat belilah foundation ST setelah direkemen oleh beauty advisor ST.Untuk kulit berminyak disarankan ambil ST foundation HD mineralize.Aku ambil warna medium 02 seperti yang disarankan.Ada mineral di dalam foundation untuk memberi kesan tahan lama.Bukan murah tahun 2010 waktu itu rm 55 sebotol untuk HD foundation ST.



Memang lawa beb lepas guna.Sapu pula dengan bedak compact.Kawan pejabat aku dari kulit kusam selepas mekap dengan produk ST terus nampak berseri.Aku pun sama terus automatik cantik siapa tak suka.Pergi ke mana-mana jadi tumpuan.Memang elok berkesan set mekap ST.Cuma formula foundation nya likat susah untuk dibersihkan.Bau pun seperti kimia sikit.Lepas cuci muka kulit nampak macam kusam.Mungkin waktu itu aku tak pandai cuci dengan cara yang betul.Masa tu belum wujud micellar water cleansing.Aku guna mustika ratu lotion cleanser jeruk nipis sahaja beli di Mydin dalam rm6-7.

Secara jujur bila pakai foundation dan bedak dapat meningkatkan keyakinan dan penghargaan kepada diri sendiri.Rasa muka kita tampil elok berseri dan lain dari orang.Perasaan gembira tu ada bila orang tengok dan puji.๐Ÿคฉ

Masuk tahun 2012 aku dah kurang nak pakai foundation rasa beban muka.Rasa berat muka pun ada.Kalau nak solat kena ambil masa tanggalkan mekap.Rehat cuma sejam.Nak makan lagi.Aku pakai foundation kalau nak berjalan jauh saja.

Aku rasa nak beralih kepada produk kecantikan dari Thailand pula.Memang aku suka dan minat sungguh barangan Thailand ini.Selalu buka google dan baca blogspot penjual tempatan yang jual produk kecantikan dari sana.

Bedak Mistine Plantinum

Aku tertarik dengan satu bedak jenama Mistine dari Thailand.Disebabkan aku minat dengan model bedak iaitu Aom Patcharapa maka aku terjebak.Konon nak jadi cantik mulus menawan seperti Aom.Seingat aku perkara yang menarik hati untuk aku beli bedak Mistine Plantinum ini bila membaca keistimewaannya diperbuat dari serpihan batu kristal menjadikan wajah berkilau.Aku sms penjual bedak yang tinggal di Kuala Lumpur.Disebabkan nak pakai dengan segera maka aku sanggup ke Selayang naik motor dengan kawan sepejabat.Kalau tunggu dia pos tentulah sehari dua baru sampai.Harga bedak rm30 cas dia datang ke Selayang rm10 kau.Aku rasa dia bukan tinggal di kawasan Selayang tetapi situ sajalah kawasan paling dekat untuk dia datang.Aku pun ingat-ingat lupa sebab perkara ini berlaku pada tahun 2012 ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„



*sumber gambar dari google sebab aku tak ambil gambar bedak sendiri*

Inilah rupa bedak Mistine Plantinum.Banyak lagi bedak Mistine jenis lain tapi aku tertarik dengan Plantinum.Aku pilih kod s2 sesuai untuk tona kulit warna medium sederhana.Perasaan aku selepas memiliki bedak Mistine Plantinum ini sangatlah seronok.Dalam hati berangan kulit aku nanti jadi cantik mempesona macam Aom Patcharapa pelakon terkenal Thailand.๐Ÿ˜๐Ÿค—




*Antara jenis bedak Mistine yang ada ketika itu.Bekasnya pun dah menarik hati sangat

Aku masih ingat lagi betapa terujanya aku ketika itu beb...๐Ÿ˜…gembiranya ibarat barang kemas jatuh ke tangan.Sebenarnya aku beria-ia sebab nak pakai bedak ini semasa naik ke Genting Highlands bercuti dengan kawan-kawan esok lusanya.

Seingat aku bedak ini bertekstur ringan dan ada kilau-kilau.Aku rasa seperti tidak serasi dengan kulitku.Hari ini pakai esok naik jerawat halus macam ruam.Aku pakai hanya beberapa kali dan bagi kepada mak aku.Aku tak rasa pun mak guna.Elok tersimpan atas almari.Sob sob sob ๐Ÿ˜ช kecewanya.Kulit aku sensitif bedak rupanya.

Harapan aku untuk cerah cantik mempesona seperti pelakon popular Thailand Aom Patcharapa musnah berkecai.Aku belajar satu perkara bahawa tidak semua benda itu sesuai dengan kita walaupun orang lain pakai jadi elok.Bedak Mistine itu kemudian disedekahkan kepada sepupu di kampung.

Sekian sahaja cerita bedak yang ada memori indah di dalamnya.

Cathy Doll L-glutathione magic cream

Tahun 2012 - 2013 barangan kecantikan dari Thailand memang amat popular di kalangan semua negara asia.Aku terjebak dengan losen badan jenama Cathy Doll.Bekas tiubnya juga menarik ada gambar kartun comel.Selalu nampak iklan losen ini naik.Katanya losen untuk kesan cerah segera dengan bahan glutathione.Membuak-buak keinginan nak beli mana tahu dapat kulit cerah gebu macam orang Thailand.

Aku pun mesej dengan penjual barangan Thailand dari Perlis.Kakak ini selalu keluar masuk kedai Karmart iaitu butik menjual produk thai yang terkenal.Kakak ini pun cantik putih gebu macam perempuan thai.Aku selalu berurusan beli sabun gluta collagen dengannya sampai beratus ringgit.Dia memang baik hati selalu bagi free gift.

Sebelum beli losen Cathy Doll L-glutathione spf 30 ini aku tanya dulu adakah losen ini asli sebab banyak baca review ada yang palsu.Kakak ni kata asli sebab dia ambil terus dari butik di Thailand.Jadi aku percayalah.



*kena ada stiker hologram karmart untuk produk original


Aku beli dengan harga rm35 tak silap.Mahal juga beb tapi sebab nak sangat kulit jadi cerah maka aku tak kisah.Pos rm7.Bila sampai losen itu aku cuba sapu.Memang putih betul macam sapu cat.Nak tunggu meresap memang lama.Warna putih itu nampak palsu seperti ditampal ke kulit.Kalau sapu di muka lagilah kelakar.Losen ini cuma meninggalkan white cast di kulit bukan meresap sebati.Aku sapu di kakiku yang dah sedia gelap kerana hari-hari kena matahari.Jadi kelabu putih warna kaki aku lepas sapu losen ni.Rasa pelik dan aku basuh semula.

Kesudahannya aku biarkan saja losen ini atas almari bertahun-tahun hingga expired aku buang.Rugi sangat beli.Terpedaya dengan iklan.Habuk pun tak ada.Baik guna losen pencerah biasa seperti produk Safi,Nivea,susu kambing.

Masker Mistine Egg White

Alang-alang dah backlog cerita produk dari Thailand aku nak selitkan juga cerita terbeli mask putih telur jenama Mistine di tahun 2014.Al kisahnya aku selalu nampak kakak yang jual produk kulit iklankan produk Egg White ini dalam facebooknya.Dia jual dengan harga rm20.

Aku beli dan guna dua tiga kali sahaja.Bau mask seperti putih telur yang telah bercampur dengan kimia pengawet.Selepas guna tunggu 15 minit hingga kering dan kupas mask keluar.Lembut kulit muka.Aku pernah dengar penyanyi Siti Nurhaliza juga suka amalkan petua sapu putih telur di wajah untuk kulit lembut.

Lama-lama aku biarkan saja dalam almari sampai bertahun dan buang.Buang duit beli tapi tak habiskan.Selalu ada keinginan nak jadi cantik tapi tak cantik juga.Kena perdaya saja dengan iklan-iklan menjual produk.Beli semata untuk puaskan kehendak diri.Rasa untuk memiliki sahaja.

Matcha Hand Wax Beauty

Pada tahun 2013 juga tak silap aku terpengaruh lagi dengan iklan produk dalam facebook.Aku ternampak satu iklan mask untuk tangan dan kaki.Mask ini berfungsi untuk mengembalikan keremajaan kulit tangan yang sudah berkedut dan nampak berusia serta mencerahkan.Aku belilah dengan harga rm26 rasanya.Pos tambah rm7.


Baunya seperti teh hijau dan pisang.Memang itu bahan-bahannya.

Besar bekasnya boleh pakai lebih 15x.Aku guna sekali dua sahaja sebab rasa melekit sementara tunggu mask mengering.Rasa lembut tangan dan kaki selepas cuci.Rasa tak suka pula dengan produk melekit ni.

Lama tak pakai mask dah masuk angin dan mengeras.Aku pun buang.Ya duit membazir begitu sahaja.๐Ÿ˜ชAsal produk viral saja terus nak beli tapi tak gunakan sebaiknya.Semua sebab nak cantik punya pasal.

*************

Dalam hati ini selalu berkata untungnya orang kulit cerah tak payah fikir nak beli bedak,foundation dan krim pencerah sebab dah cantik.Orang kulit kusam ini sentiasa berdepan dengan isu tidak yakin diri.Rasa diri hodoh,tidak cantik dan terpinggir.Sebenarnya bila aku dah cukup dewasa baru aku terfikir bahawa keyakinan itu datang dari dalam bukan dari luar.Maksud aku jika dalaman kita yakin diri dan tidak mudah goyah maka kita tak akan mudah digugat oleh sesiapa.Bukan kerana ohh kulit cerah kulit putih baru keyakinan datang.Ianya dari dalam diri ke luar.Kita yang tentukan siapa diri kita.Kita kena terima siapa diri kita seadanya bukan memaksa diri mengikut-ikut diri orang lain




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...