Friday, 25 June 2021

Teluk Dalam Resort Pangkor ditutup dan berhantu

 Teluk Dalam Resort secara rasminya telah terbengkalai dan ditutup pada tahun 2015 kerana masalah pengurusan dan kewangan.Jadi blog saya akan backlog semula saat kegemilangan resort ini.Di bawah ini serba ringkas penerangan tentang kemudahan yang ada di Teluk Dalam Resort.

Teluk Dalam Resort mula beroperasi sekitar tahun 1990 an lagi.Ianya adalah resort berkonsepkan kampung yang terletak di belah utara pangkor.Ia agak terpencil dari pulau-pulau lain.Chalet di situ dikelilingi padang dan taman bunga yang luas untuk kegunaan aktiviti permainan (reunion).itulah ciri-ciri kampung melayu lama.



Sumpah,cantik sangat view Resort Teluk Dalam ini,senibina chalet juga amat unik dan lain dari yang lain.Tidak rugi jika anda ke sini suatu ketika dulu.Rata-rata pengunjung memuji keindahan resort ini.Semua puas hati dengan layanan staf,lokasi resort dan keindahan private beach nya yang amat menyenangkan mata.



Untuk sampai ke sini anda boleh menaiki teksi dari jeti Pangkor,bagi yang menyewa motor anda bolehlah datang meronda-ronda kerana di sini banyak burung hornbill

akan akan jumpa menara ini sebelum sampai ke Teluk Dalam

Teluk Dalam Resort menawarkan pengunjung chalet atau banglo yang mempunyai pemandangan luas seperti taman atau laut.Nama chalet dan banglo adalah seperti berikut;

Chalet Melati (1 bilik/pemandangan taman)       RM 300-350

Chalet Tanjung (1 bilik/pemandangan laut)        RM 400

Banglo Cempaka (2 bilik/pemandangan taman) RM 420

Tambahan tilam                                                   RM 40


Restoran

-Restoran Sekampung Kafe -menyajikan makanan kampung dan makanan barat
-Kopitiam Temu-minuman petang

Kemudahan

-Tempat kursus/seminar
-Terdapat juga tempat karoake untuk menyanyi yang diberi nama Pentas Bangsawan

Menurut penduduk kampung di sekitar Teluk Dalam,asal usul resort ini adalah sebuah perkampungan penduduk kampung dan kolam renang di resort ini adalah tapak perkuburan lama orang-orang dahulu.Aku tidak pasti adakah mereka telah memindahkan kubur-kubur ini ke tempat lain.Mungkin sudah mungkin tidak.

Pernah mendengar cerita dari penduduk tempatan ketika kubur lama di sini di korek untuk proses pemindahan,ada 1 jenazah wanita yang masih sempurna sifatnya.Kukunya panjang dan rambutnya juga masih panjang.Menurut sumber wanita itu pada masa hayatnya suka mengaji al Quran.

Nama-nama chalet seperti Melati,Tanjung dan Cempaka mempunyai kisah tersendiri yang pastinya ada kisah misteri di situ.Menurut penduduk kampung yang melalui kawasan resort ini pada waktu malam,akan terbau bunga-bunga di atas.Walaupun kini sudah menjadi resort tinggal namun bau bunga melati,tanjung dan cempaka masih melekat di situ.Seram juga dibuatnya,dari manakah datangnya bauan bunga itu?Adakah ada "penduduk ghaib" yang tinggal di sini?grrrrr.Di sini juga banyak kera-kera hutan liar bermain di kawasan resort.

Teluk Dalam Resort pernah terkenal kerana menjadi lokasi penggambaran filem Senario Beach Boy dibintangi kumpulan Senario,Maria Farida,Marsha Milan,Mek Saidah,allahyarham Datuk Jamali Jamlus (sedekah al-Fatihah).


Dahulunya resort ini popular dan laku kerana keindahannya tetapi makin lama makin suram.Di dalam filem ini menceritakan kesukaran pengurus resort untuk menyelenggara dan menaik taraf servis resort akibat kekurangan pegunjung dan kurang daya tarikan.Mazlan Pet-Pet yang berlakon sebagai pemandu van dalam filem ini merungut kerana dia terpaksa melakukan pelbagai tugasan dalam 1 masa.Dialah receiptionist,dialah pemandu van,dia jugalah pemandu pelancong.

Di dalam kisah realiti memang benar resort ini kurang menyengat dalam perniagaan dan sentiasa mengerah seorang staf membuat 3-4 kerja dalam satu masa sama.Undang-undang kerja juga amat merepek dan memberi tekanan hebat kepada staf.Gaji pekerja juga tidak dibayar dan selalu delayed (ditunda).

Check in dan check out adalah 24jam.Jadi staf sentiasa kena siap sedia untuk bekerja.Malam buta pun kena sediakan bilik untuk tetamu dengan keadaan gelap dan seram lebih-lebih lagi bilik di kaki bukit.Siapa yang tahan.Staf sentiasa merungut tidak puas hati dan dipaksa membuat kerja housekeeping berlebihan dari tugas yang ditetapkan (pengalaman sebenar staf di sini).Sampaikan ramai staf yang tidak tahan dengan tekanan kerja lalu memberi surat berhenti 24jam.

Antara pengalaman misteri staf dan pengunjung resort ialah;

-Ada sebuah resort bernombor 404 yang didakwa paling angker/seram.Resort ini pernah dibuka untuk pengunjung dari awal operasi tetapi menurut satu pengalaman staf housekeeping ,dia menerima panggilan dari bilik 404 meminta sabun.Ketika dia datang dan mengetuk pintu,tiada siapa di dalam dan dia terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu.Dia mendakwa lantai basah dan rambut panjang berselerak atas lantai sedangkan bilik 404 itu tiada sesiapa menginap menurut supervisor. Apabila kerap mendapat aduan gangguan maka bilik ini tidak lagi dibuka sehinggalah resort ditutup.Tentu ada misteri yang tidak dapat dirungkai-menurut bekas pekerja resort

-Di resort Teluk Dalam ini terdapat sebuah kelab malam bawah tanah.Staf yang bekerja di kelab itu pernah diganggu oleh sesuatu.Makhluk itu turut sama menari dengannya di dalam kelab

-Pengalaman seorang staf yang bekerja di bahagian kitchen pada waktu tengah malam untuk mencuci pinggan.Dia mendakwa ada seseorang memanggil namanya di dalam kitchen.Bunyi suara itu dari atas siling.Apabila dia mendongak ke atas ekzos fan kelihatan sipi-sipi bayang makhluk yang bergerak menyorok di tepi ekzos fan

-Bunyi bayi menangis waktu malam sedangkan tiada bayi yang menginap bersama keluarganya di sini.Staf itu terus lari ke kantin kerana ketakutan tinggal di asrama pekerja

-Seorang pengunjung yang baru habis melepak di kolam renang jam 12 malam ingin kembali ke resort dan perasan ada benda terbang melintas atas kepala.Apabila diamati ianya adalah pontian*** dan pocon*.Kedua makhluk ini gemar menyorok di tepi chalet yang gelap dan membuat orang terkejut.Tawa hilai pontia*** akan memecah keheningan malam untuk menganggu pengunjung bertuah.

-Bunyi ketukan di pintu chalet seorang pengunjung pada malam hari.Ketukan yang tiada henti.Akhirnya reception menukar bilik lain .

-Surau pekerja turut diganggu jin islam.Bunyi orang mengambil wuduk tetapi tunggu punya tunggu tak ada sesiapa yang keluar.Bangsa jin islam juga solat bersama di surau ini

-Penampakan monyet jadian bersaiz besar di bilik atas bukit ketika waktu malam

-Seorang staf ditugaskan untuk siapkan 1 bilik vip di atas bukit pada suatu malam.Ketika sampai di atas ternyata bilik tersebut terang benderang dengan lampu dan bunyi air dalam bilik air.Bau bunga melur semerbak 1 bilik.Meremang staf itu kerana pelik.

Tidak semua staf atau pengunjung diganggu oleh makhluk halus ketika berada di Teluk Dalam Resort ini.Ada juga yang mendakwa mereka gembira dan tiada apa-apa peristiwa aneh di sini.Atas nasib masing-masinglah.

Tahun 2011 aku pernah pusing-pusing sekitar Teluk Dalam ini tapi hanya di kawasan jeti.Memang menarik,aman damai sekali pemandangan di sini,private area dan kurang crowds


tulisan Pangkor Beach Resort di bumbung




Suatu ketika dulu,di tepi batu besar Teluk Dalam inilah saya melepak ambil angin petang



Menurut you tuber Faizal Rozi dan NaemJD,resort Teluk Dalam ini telah ditutup 7 tahun lalu,bermakna tahun 2015 tamatnya operasi resort ini.Kini pemandangan resort ini amatlah menyeramkan walaupun pada siang hari dan menjadi tempat penginapan makhluk ghaib apabila seminggu tidak diduduki,kata ustaz.Ini pula telah melebihi 7 hari iaitu 7 tahun!!!

Jom saya kongsikan gambar-gambar terkini Resort Teluk Dalam yang telah ditinggalkan,seram beb!





Pemandangan di atas menggunakan drone.Memang seram dan kelihatan terpencil sekali


Selepas melalui signboard Casuarina,anda anda berjumpa laluan untuk ke Resort Teluk Dalam.Palang ini adalah pintu masuk utama,ianya sudah ditutup tapi anda boleh sahaja masuk



Keadaan di dalam resort.Cengkerang terbelah


Bas pelancongan Teluk Dalam Resort yang usang

Bumbung itu ialah lobi utama



Ruang lobi kelihatan berselerak sekali dgn longgokan tilam


Pentas Bangsawan (karoake lounge) dahulu

lobi bawah telah ditenggelami air
Di bawah ini sebenarnya pub(menurut bekas pekerja)

lorong untuk ke pejabat




binatang liar juga banyak berkeliaran di sini






seram meremang tengok tempat ini dgn kolam hijau errrr

dahulunya sebuah kolam biru nan cantik kini berlumut


dewan seminar





Credit: NaemJD video

Sayang sekali .Beginilah keadaan Resort Teluk Dalam setelah 7 tahun ditinggalkan tanpa penghuni.Banyak barang dan peralatan yang ditinggalkan mereput begitu sahaja dimamah waktu.Mungkin ada sahaja penceroboh yang masuk ke tempat ini mengambil apa saja barangan berharga kerana ianya tiada pemilik lagi.

Aku tidak merasa akan ada pemulihan/baik-pulih resort akan dilakukan lagi memandangkan sekarang sektor pelancongan sudah diambang kejatuhan kerana masalah pandemik.Maka resort Teluk Dalam ini akan terus berkubur dan bersemadi tanpa manusia.

Nota:Jika anda mahu copy gambar sila mohon izin/creditkan nama blog saya













5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dengan informasi mengenai resort ni...dari YouTube channel FRV membawa saya kesini
    .nasib baik jumpa blog ni semata-mata nak tau kisah seram yang pernah dilalui bekas staf2 dan misteri tapak resort tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ..terima kasih kerana berkunjung ke blog saya..ya ambil masa juga untuk mencari kisah-kisah seram bekas pekerja/pengunjung resort ini..terasa syg pula resort yg indah ini terbengkalai

      Delete
  3. Saya pernah ke sini pada tahun 1987 kerana program anak angkat USM di sini. Masa itu Kg Teluk Dalam masih original. Belum ada airport lagi. Airport tu dibina di atas tanah orang kampung di Kg Teluk Dalam. Teringin nak ke sini lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih 30 tahun dah tu...lama dah..mesti waktu tu sungguh indah dan semulajadi teluk dalam ni kan?Kalau ada gambar kongsilah di sini...pengalaman berharga dari tuan :)

      Delete

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...