Tuesday 30 January 2024

Beli lipstick Simply Siti yeahhh

 Aku seperti baru tersedar dari tidur setelah diketuk kawanku sendiri.Katanya kita kena pakai sedikit mekap untuk serlahkan seri wajah.Jika tidak muka nampak kosong sahaja dan orang akan fikir ini orang sudah berkahwin.Orang yang dah kahwin kan tak gemar bermekap sangat macam bujang.

Sebenarnya dalam almari rumah aku banyak alat mekap.Bukan tak ada bedak,foundation,lipstick,blusher,maskara,
Celak kening dan lain-lain.Aku suka membeli SAHAJA tapi tidak dipakai secara berterusan.Pakai beberapa kali dan tinggal bertahun-tahun dan expired-buang.Terbakar semua duit.Paling banyak ialah skincare.Pakai sekali dua tak sesuai dengan kulit maka akan ditinggalkan terus.

Kenapa aku terlalu susah nak pakai mekap ya walaupun pergi kerja?Tak nak ke nampakkan diri cantik manis berseri?Alasan pertama aku sebab susah nak cuci mekap tiap kali nak solat.Jadi biarkan wajah kosong pucat lesi nampak berusia.😐Nak cantik bukan susah pun cuma aku yang malas.Konon nak muka natural bare face.Tapi tak juga lawa flawless macam kulit Song Hye Kyo pelakon korea tu wuwuwu



Pakai face mask anti jerawat Jovian.Kenapa aku rasa mask ni macam panas.Kata mekap tak melekat tapi aku cek ada sisa bedak melekat dan gincu.Ke sebab harga markdown rm15 sekotak jadi..kualiti lain?Kalau yang lama tu rm 29.00 sekotak kain lembut dan tak melekat bedak.Ermm upset lah macam niπŸ™„πŸ˜

Panjang lebar cerita jom balik ke topik asal.
Aku saja jalan-jalan di KL Sogo hari ini selepas habis appoinment di hospital.Aku naik ke tingkat 3.Baru perasan ada kiosk produk Simply Siti by Siti Nurhaliza.Ada diskaun pula.Harga memang terbaik.Semua mekap ada harga promosi.Promoter ni kata best selling adalah lipstick fresh colour mosturizer kod Cappuccino.Ia adalah kombinasi dari kod 1 & 2 (lupa nama kod).Tambah promoter ini lagi kod capuccino ni akan buat muka tampak cerah dan berseri.Bibir pun lembap berkilau.Wah aku dah mula terpengaruh.Aku cuba calit di tangan.Warna nude oren gitu.Aku teringin nak cuba sendiri di bibir.Memang cantik sangat!!

Memang lama dah aku cari warna begini.Mengingatkan aku lipstick jenama Bobbi Brown yang pernah aku beli tahun 2018 dulu dengan harga rm80.Warna memang cantik merah oren nude.Terus aku buat keputusan nak beli 1.Harga promosi rm25 sahaja dan harga asal ialah rm39.Tapi lipstick ni tetap melekat pada mask muka.Sebab tekstur lembapnya ini bukan matte.Promoter kata sapu bedak sebelum sapu lipstick.Ok baik good tips.

Sebab lipstick Bobbi Brown yang aku beli dulu dah tak ada kod tu.Aku pernah tanya.Simply Siti ada pula warna ni nampak lebih kurang sahaja cuma cerah sedikit.





Promoter hantar barang ke kaunter untuk buat bayaran.

Ikut hati nak beli krim muka Dermagic.Rindu dengan bau plant endorphin nya.Aku pernah beli di tahun 2012 dulu dengan harga rm 29.90.Sekarang dah jadi rm 49.90.Tapi formula dah ditingkatkan dengan bahan aktif niacinamide dan gabungan 2 lagi produk krim Simply Siti lain lalu dimasukkan menjadi Dermagic.Ermm tak nak lah sebab bau pun dah tak sama macam Dermagic yang asal.

Bedak 2 way cake Argan pun masih ada.Dijual semula atas permintaan.Memang bedak tu bagus sangat.Aku pernah cuba pada tahun 2018 dulu muka automatik berseri bercahaya.Finishing bedak memang jadikan kulit mulus.Sapu 2 lapis dah gebu.Tahun 2019 aku beli lagi sekali tapi tak habis guna.Sampai sekarang masih simpan dan ok aku mulai continue.Cantik kulit muka lepas guna.Tak susah pun nak jadi lawa hanya pakai bedak dan lipstick cukup.Produk Siti Nurhaliza pasti berkualiti setanding dengan nama besarnya.Jangan beli bedak tak ada jenama.Rosak kulit .

Bila kita tata rias diri kita maka diri sendiri gembira.Bukan untuk orang lain tapi untuk keyakinan diri sendiri.Aku dah mula sedar kata-kata kawan aku bahawa perempuan kena mekap untuk tampil menarik jangan biar muka terlalu kosong.

Ok inilah gambar produk ;


Moist Lipstick

Hydrating
Nourishing
Sheer shine finishing






Balik rumah baru perasan made in PRC (china).Kilang di sana agaknya untuk cut cost.Dulu made in Korea.Mana boleh duit Korea mahal beb sekarang.


Cantik kan bibir pakai lipstick Simply Siti kod Cappuccino ni.Nampak fresh dan nude.Aku tak suka warna merah menyala.I really like 🀩🀩🀩🀩 this kod warna.


Cari lighting terang dalam butik Uniqlo.
Tiba-tiba rasa gembira tengok muka dan bibir sendiri lepas pakai lipstick Simply Siti.Terus naik seri dan tidak kusam.πŸ€©πŸ€©πŸ‘πŸ‘.Lepas ni kena pakai sampai habis.Jangan sekadar beli tapi simpan.Jangan segan untuk tampil cantik menawan.Kita cantik untuk hargai diri sendiri,tingkatkan mood gembira dan meyakinkan.

*Kadang-kadang bukan perlu sangat pun beli sesuatu barang,tapi keseronokan dapat keluar dan membeli.Itu sebenarnya walau hakikatnya dah jadi membazir








No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...