Saturday 13 January 2024

Kegilaan produk gluta collagen pemutih kulit

Tiba-tiba teringat suatu ketika dahulu aku banyak membeli produk supplement untuk cantikkan kulit.Bila dijumlahkan kesemuanya agaknya sudah beribu-ribu ringgit.Ada kesan ke?Putih gebu mulus seperti yang dijanjikan?

Semuanya hanya penipuan semata-mata.Yang makin kaya raya tauke produk.Kita orang marhean ibarat makan produk sampah.Duit tu baik simpan buat beli benda berfaedah.

Tahun 2009-2010 aku dah mula obses nak cantik sebab aku kurang puas hati dengan kulit sendiri.Aku ke klinik swasta minta nasihat doktor untuk produk kulit.Doktor zamrud cadangkan aku beli produk collagen ikan apa entah.Harga sekotak hampir rm 150 rasanya.Ada ekstrak minyak biji anggur sekali di dalamnya.Sekotak ada dalam 30 biji.Pil besar gedabak beserta sarungnya sekali.Tahan sebulan.Katanya ramai pelanggan yang beli beri feedback bagus.Kulit nampak muda remaja.Aku sempatlah beli beberapa kotak.Kesannya aku rasa kulit jadi lembut.Alaa lagipun aku muda lagi masa tu umur awal 20 tahun dah tentu kulit masih anjal.Pipi naik macam pau.

Tahun 2011 aku dah kerja dan mula berjinak-jinak beli collagen drink jenama tempatan di kedai menjual jamu belakang Chowkit KL.Kawan pejabat akulah yang suka ajak pergi sana.Berbagai jenis produk disusun dalam almari kaca dan atas rak.Memang rambang mata.Kawan aku kata kawan dia kulit cantik gebu minum produk collagen drink jenama Ati** beauty.Aku dengar pun dah terpengaruh lalu aku pun beli sekotak.Harga masa tu dalam rm 20 kot.Collagen jenis serbuk dalam paket kecil.Ada berbelas paket dalam sekotak.Rasanya seperti buah oren tapi payau.
Aku makan dalam berapa bulan dan macam tak ada kesan apa pun.Kulit tetap tak nampak cerah.Entahlah macam mana boleh terpengaruh dengan cerita kawan aku sedangkan dia sendiri tak minum pun produk ni.

Bila aku dah ada duit lebih aku makin terpengaruh dengan produk pemutih jenis minum dalam facebook dan blogspot.Aku jadi percaya lihat testimoni bergambar dari kulit gelap jadi cerah.Meronta-ronta hati ni nak beli.Ada yang sampai rm 499 harga pakej.Itu aku tak belilah.Konon testimoni seorang artis yang dulunya gelap lepas tu putih melepak lepas minum.Padahal artis sabah tu memang dah sedia cerah.

Aku cuma beli produk harga bawah rm 100.
Aku pernah telan produk glutathione dari thailand.Menjanjikan kulit cerah dalam masa 3 bulan,anjal dan sihat dari penyakit.Beli dengan seller dari perlis namanya sis mellisa.Dapat info produk pun dari carian google blogspot.



Bahan-bahan di dalam semuanya semulajadi seperti lemon,gluta,acai berry,pine bark dan lain-lain.Ada status halal Thailand.Produk ni dikhabarkan dari teknologi Switzerland dan pek di thailand.Entahlah kadang-kadang teknik pemasaran sahaja tulis macam-macam tapi aku tetap ada keyakinan dan harapan untuk cuba.Siapa tahu lepas ni dapat kulit idaman.

Berbotol-botol juga aku cuba tapi tak nampak pun putihnya.Tapi aku perasan jerawat susah tumbuh.Walaupun kulit tak cerah putih tapi masalah kulit tak ada.Pipi dan kulit rasa anjal.Tapi memang pipi aku pipi pau dari dulu.Aku teruskan juga makan sebab percaya testimoni.Sebotol harga rm 40 ke atas hingga rm 80 ok lah harga mampu milik.Lagipun aku pernah ke hospital sambil tu tanya doktor bolehkah aku makan supplement glutathione;doktor kata tak ada masalah pun.

Zaman 2013 hingga 2015 tu produk pemutih jenis telan dan serbuk memang top.Ramai sangat yang terdesak nak jadi putih termasuk aku.Aku bertukar pula kepada produk tempatan.Dapat info dari penjual dalam instagram.Belilah produk Dewy yang dutanya artis Zila Bakarin.Setahu aku Zila tu dah sedia putih gebu.Sebab rm50 sebotol aku cubalah.Produk Dewy ni jenis serbuk.Kena bancuh dalam air suam dan minum.Aku telan macam tu saja sebab sedap masam manis.Yang aku perasan tumit kaki aku yang kasar merekah ni jadi halus sedikit.Padahal aku tak sapu skrub atau apa-apa pun.Untuk kesan putih tu rasanya tidak.

Aku tukar pula ke Ola candy.Rm 50 sebotol beli di kedai jamu belakang Chowkit tempat biasa.Lebih kepada gula-gula sahaja.Tak ada apa-apa kesan kepada pencerahan kulit.

Aku juga pernah terjebak beli set suntikan pemutih dalam instagram.Aku percaya bulat-bulat testimoni dalam tu.Konon dulu gelap kini cerah melepak.Sebab nak cantik punya pasal aku beli rm200 beb kongsi dengan kawan.Lepas bawa vit c tu minta upah doktor klinik swasta cucukkan aku rasa pening kepala tangan menggigil tak sampai 15 minit.Aku mesej penjual tu katanya kena minum air banyak-banyak dalam 3 botol selepas cucuk.Aku ikut arahan aku habiskan sebotol besar air barulah aku rasa ok sikit.Takut aku.Aku tak lagi berani cucuk.Kawan aku pula sampai masuk wad dan tak datang darah period.Aku lagi seram.Rasa bersalah pula..😥Bila doktor tanya ada ambil apa-apa ubat ke kawan aku tak mengaku.

Aku juga pernah beli Perlak coffee.Diperbuat dari serbuk mutiara dan glutathione.Sepupu aku kata lepas minum kulitnya nampak cerah.Aku pun percaya jadi nak juga cuba.Produk ni tak mahal mana ianya mampu milik.Kopinya sedap tapi jantung aku jadi laju dan kepala pening.Mungkin tak sesuai.Tiba-tiba jadi sakit perut cepat buang air besar.Sempatlah aku merasa dalam 2 kotak.



Bodohnya kan percaya benda dalam internet.Benda yang semua scam duit orang.
Ada satu produk collagen popular yang guna artis top sebagai duta sebenarnya guna collagen 🐖🐷..mesti ambil stok dari china agaknya.Kasihan kepada orang islam yang dah minum produk ni.Tauke dia tak kisah janji produknya berjalan laju.

Bila dah masuk tahun 2024 ni baru aku sedar semua orang sudah tertipu dengan segala macam produk pemutih jenis minum atau telan.Hasilnya hampir tidak nampak.Buat beban buah pinggang dan hati.Tauke juga kaya raya hidup mewah hasil menjual produk.Ramai sudah dilaporkan terkena penyakit buah pinggang akibat terlebih dos produk pemutih.Ramai dah sedar bila doktor bagi kesedaran dalam fb.
Yang berkesan cuma makan makanan seimbang,bersenam,jaga rutin penjagaan kulit dan minum air mencukupi.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...