Sunday 16 February 2014

Menara Alor Setar,Kedah

030214

Pertama kali menjejak kaki ke Kedah Darulaman di musim perayaan Tahun Baru Cina.Berpusu-pusu kereta menongkah arus jalanraya.

Dari KL-lalu ke Juru,Penang-Sg Petani-Alor Setar,Kedah.Singgah makan di kawasan Sg Petani dahulu kemudian balik hotel mandi dan bersiap untuk pusing bandar Alor Setar di waktu malam pula.


Sg Petani,Kedah pada hari siang memang panas.Berpeluh serupa hendak demam.Makan di gerai yang tiada kipas bertambah bahangnya.Apa boleh buat memang ditakdirkan panas di sana



Dari jauh nampak sudah bayangan menara Alor Setar.

Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.
Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan RamadhanSyawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan RamadhanHari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.



Dapat duduk melepak begini pun dah bahagia

Pintu gerbang



Boleh duduk-duduk di kerusi kawasan sini.Sekali imbas apabila melihat struktur bangunan berwarna putih dilimpahi cahaya lampu malam ini,terasa seperti berada di sekitar Dataran Merdeka,Kuala Lumpur.Cuma ini hanya bandar kecil sahaja tidak sebesar Dataran Merdeka.Aku dah muak dengan bandar KL.Rasa seronok jauh dari KL kali ini.

Ada juga budak motor duduk melepak di sini tapi bilangannya kecil.



Hajat nak naik ke atas Menara,tapi susah dapat parking kosong memandangkan hari itu ialah hujung minggu.Ramai pengunjung.

Sekadar ambil angin malam di sini bolehlah.Di bandar Alor Setar juga kelihatan istana Sultan Kedah yang begitu indah dilimpahi cahaya neon.Bandar Alor Setar di kala malam sungguh menarik dan selesa di pandang.

Memang seronok berjalan cuci mata kawasan negeri orang.Kadangkala terasa macam nak menetap dan bekerja di sini.Lupakan bandar KL yang penuh kepalsuan.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...