Sunday 21 March 2021

Jalan-jalan ke Genting Highlands-Dinasour Park tbt


 Siapa yang tak kenal Genting Highland kan?Rata-rata orang pasti pernah berkunjung ke sini walau hanya sekali.Mungkin di zaman kanak-kanak ke barangkali?

Di sini aku ingin introduce sedikit sejarah Genting.

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.Diusahakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong.-credit to Wikipedia

Genting Highland 2008

Habis kelas di kampus kami semua ke Genting,kawan dari Johor yg ajak.Siapa tak excited pertama kali berjalan sambil berhibur

Dinasour Park,Genting Highlands


Oh manisnya..manisnya senyumanmu




seronok kayuh bot hehe

jambatan gantung paling epik di Genting

zaman pakai skaf di leher,smart seyh

masa untuk naik cable car

Taman dinasour,aummmm

Genting Highland 2010

Kami berlima naik bas Go Genting dari stesen LRT Gombak.Tambang waktu itu sekitar RM 40 (bas+theme park games).Ada geng yang buat hal datang lambat alasan jem dari Cheras!Rancang awal pagi bertolak ini sampai hampir 11am lebih di atas sana.



People killing people dying
Children help and you hear them crying
Can you practice what you preach
or Would you turn the other cheek?

Singgah di Mac Donald untuk sarapan pagi sekitar jam 11.45am



Lagi 2 orang geng kami sibuk jalan-jalan ke lain cari pasal...


Nahhh sekarang kami berempat dah berkumpul,lagi seorang hilang entah ke mana...sesat di dalam kabus agaknya wakakaka 

Mika,Fuzz,Janna,Ena and Zara will rock on Genting today!




we are young,we are free,we are fun




Beg masing-masing penuh dengan makanan hahaha.Tengah sibuk nak cek in themepark



Bas London,port wajib bergambar

Belakang ini ada air terjun &kolam ikan koi yg cantik

                                                                                     

Puas pusing-pusing dan bermain permainan di outdoor themepark,kami ke Snow World bayaran RM 22 kalau tak silap,sejuk sangat sampai selsema
                                                   
get ready to enter Snow World yeahh



Gambar curi-curi sebab camera not allowed :P


sejuk betul..grrrrr


seram naik Space Shotbenda ni,nak tercabut otak

Pernah dengar Sir Danny tempat tuisyen cerita,ada orang putus kepala naik benda ni sebab rambut tersangkut di atas waaaaa adoyai..


Times Square can't shine as bright as u


Godek apa tu dalam beg tu





Lawak beb cara korang pose










Beautiful memory with cold fog


Seronok sangat-sangat datang ke Genting bulan 11 kerana sejuk,berkabus,kita enjoyyyy.....



Posing dulu sebelum balik


Seiring dgn putaran waktu,geng kami telah terpisah dan bawa haluan masing-masing.Sudah 10 tahun lamanya kan..krik krik
************************************^_^****************************************************

Macam aku,tiap tahun mesti lepak Genting.Kadang 2-3x setahun naik atas sana.Bukanlah apa cuma saja nak hirup udara nyaman,lari sekejap dari kesibukan kota.Seronok bila naik bas dan menyusuri jalan berbukit,penuh pokok kiri kanan.Pemandangan yang amat menyenangkan bagiku.Menjadi satu ketenangan bagiku melihat gunung-ganang dan bukit bukau yang menghijau.

Kebanyakan orang tentu tahu sekarang taman tema Genting masih ditutup untuk membina pembaharuan taman tema baru bernama 21 Century Fox seperti di US tu.Hampir 3 tahun juga ditutup(bermula Mei 2013) sehingga tarikh hari ini.

Saja aku ingin berkongsi sedikit gambar sewaktu di Genting.

Kabus hutan menyapa aku disusuli bunyi unggas bernyanyi




Shot Hotel Theme Park hanya boleh diambil melalui Taman Astakona sahaja


Morning glory nan ungu

Malas nak menapak ke Ria Apartmen belakang sana,naik bukit..semput nanti

Kabus keluar melalui saluran?Apakah??


Polis trafik mana ni..

Pemandangan Ria Apartmen dari cable car


Lobi First World Hotel.Lampu bergelimpangan buat kau rasa nak tidur tau

Pemandangan pagi melalui bilik Hotel First World

Nampak tak ?Bangunan putih inilah Amber Court!

Bangunan terbengkalai dan laluan jalan berliku ke Amber Court

Spectacular indahnya pemandangan!


Lif hotel ting.5

Ada juga pengalaman tidur di hotel sini dulu.

Waktu check in ialah jam 3 petang.Bertolak dari KL jam 1 petang.Pada mulanya aku dapat bilik tingkat 17.Kemudian aku tukar tingkat bawah sikit dan dapatlah ting.5.Tak nak tinggi-tinggi sangat.Haha lagipun ada dengar cerita ting.17 tu ada something wrong.Aku tak percaya sangat tapi sebelum apa-apa berlaku kepada roomatte aku yang lemah semangat tu,baik tukar bilik.Hahahaaa.
Dapat ting.5 pun kunci bilik bermasalah.Lepas turun melepak di lobi,nak naik ke atas kad pintu buat hal.Terpaksa 2x tukar kad.

Malam tidur tak berapa lena.Berteman TV saja.Kejap terjaga kejap tidur.Panas je rasa.Grrrrr....Esoknya bila pagi menjelma segera mandi,sarapan roti (bekalan dari rumah) hahaaa....











Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...