Wednesday 29 October 2014

Gombak Batu 16


Gombak Batu 16,anda pernah singgah?nun jauh di Karak tau.Memang ada perkampungan orang asli di sini.Pak Hamid nama tok batinnya.

Gombak Batu 12 pasti kaki camping dah tahu.Kali pertama menjejak kaki ke Gombak Batu 12 sewaktu tahun 2004 ketika aktiviti perkhemahan motivasi bawah kelolaan pihak sekolah di Kem Alang Sedayu.Naik bas beramai-ramai di depan pintu pagar sekolah kemudian menyusuri Jln Gombak (pasaraya Ong Tai Kim),jalan lurus menghala ke Gombak Batu 6,7,8,9,10,11 dan 12.Nampaklah muzium orang asli Gombak.Kawasan kiri kanan penuh hutan rimba yang menghijau,ditemani bunyi anak sungai yang sungguh damai.

Kali ini nak cerita tentang camping di Gombak Batu 16.Bukannya Gombak Batu 12 yang popular dengan Sg Pisang tu.Gombak Batu 16 ini bermakna jauh lagi ke jalan depan.Untuk sampai ke sini pertama mesti lalu tol Gombak-Jln Karak-Terowong Pesekutuan
Terowong kawasan Jalan Karak


Sedikit info tentang terowong ini:

Lebuhraya persekutuan 2 lorong
Lebuhraya Karak pada asalnya dibina pada tahun-tahun 1970an oleh kerajaan Malaysia sebagai alternatif kepada Jalan Gombak - Bentong (Laluan Persekutuan ) yang sempit dan bengkang-bengkok. Lebuhraya ini juga adalah sebahagian daripada Laluan Persekutuan 2 (jangan terkeliru dengan Lebuhraya Persekutuan). Lebuhraya tersebut mempunyai sebuah terowong sepanjang 900 m di Genting Sempah yang merupakan terowong jalan raya pertama dibina di Malaysia.
Walau bagaimanapun, kos pembinaan lebuhraya tersebut adalah agak mahal bagi Malaysia pada masa itu memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara pertanian pada masa tersebut. Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk menjadikan Lebuhraya Karak sebagai jalan raya tol bagi membantu mendapat pulangan bagi kos pembinaan. Hasilnya, 2 plaza tol dibina di Gombak dan Bentong dan lebuhraya tersebut diletakkan di bawah pentadbiran Lembaga Lebuhraya Malaysia. Lebuhraya ini dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1977.


Selepas melalui terowong ini,kena buat pusingan u-turn di hadapan.Kem Batu 16 ini terletak di sebelah kiri anda (selepas u-turn)

Tak ramai yang tahu tentang Kem Batu 16 ini.Ia tak terkenal seperti Kem Alang Sedayu di Batu 12.Kem Batu 12 ni sudah lama hidup beroperasi untuk pelajar sekolah jalankan aktiviti kerana terdapat Sg Pisang di situ.Jangan terkejut,masih ada orang KL yang tak tahu kewujudan Sg Pisang di Gombak ni!Sebabnya mereka bukan kaki pencinta alam kut.Ha ha ha


Kem Batu 16 ini pula diasaskan oleh Abang H.Mulanya dia di situ sekadar duduk menginap membina bangsal menjadikan tempat tinggal.Lama kelamaan dia usahakan penternakan kolam ikan,tempat bermain Paint Ball. Kawasan sekitar pun dia telah bersihkan dari semak samun untuk membina pondok,tandas,bilik air,bangsal kayu yang cantik.Tanah di Kem Batu 16 inipun sudah menjadi hak milik Abang H.Jadinya dilarang menceroboh ya.Namun ada juga kadang-kadang orang yang tidak beradab datang mandi-manda di sungai tanpa meminta kebenaran.Siap berbogel pula tu bagi yang lelaki.Kita datang tempat orang,minta izin baik-baik kalau nak masuk.Pintu pagar pun mereka main redah lompat.(Nasihat berguna) ha ha ha...









Seronok dapat mandi sungai.Airnya bersih,jernih dan sejuk




Menu masakan ala kampung kami ialah ikan kelah goreng,sambal mulberi,gulai ikan masak lemak.
Memang fresh ikannya kerana kami pancing sendiri dari kolam.Dalam kolam ni ada pelbagai ikan sebenarnya antaranya ikan kelah dan keli besar.Kalau dapat ikan kecil,kami lepaskan semula.Yang terror memancing tentulah isteri Abang H,iaitu Kak L.Campak makanan ikan,berduyun-duyun ikan datang,kemudian masuk jerat mata kail!Kebanyakan yang makan umpan ialah ikan kelah.

Selepas kumpul seberapa banyak ikan untuk menu makan malam,Kak L memberi aku tugasan menyiang ikan.Ikan hidup beb.Ngeri jugalah tapi Kak L bagi tips agar pegang kepala ikan dengan kain supaya tidak terlepas.Ada setengah ikan,masih nyawa-nyawa ikan dan berketik gerak sewaktu Kak L menggorengnya.

Kemudian petang senja itu,Abang H menyiapkan menu yang sangat special.Sambal Mulberry.Biasanya kita dengar sambal belacan kan?Ini sambal Mulberry.Wow...berwarna ungu gelap.Aromanya fuhhh.Memang unik!Maklumlah di sini ada pokok Mulberry yang ditanamnya.

Kolam ikan.




Hasil tangkapan ikan kelah.Ada lagi bukan ini sahaja hehe


Laluan menyusur ke sungai


Pokok tumbang,malam tadi hujan lebat



Sungai yang damai



Sungai yang masih belum tercemar


Buah mulberry segar di sini


Anjing kem ini bernama Gegirl





Di kem ini memang amat-amat tenang,damai,segar.Bila kita masuk hutan,kita boleh bau hutan itu bagaimana.Udaranya segar,belum tercemar boleh menimbulkan satu ketenangan tiada tara.Aku pula tak bawa smart phone kerana tidak mahukan gangguan bermain media social.Niat ke sini betul-betul nak back to nature

Makan malam kami,di meja makan yang diperbuat daripada kayu balak asli (dipotong rata untuk dijadikan tempat duduk) dan ditemani lampu dari sumber generator.Menu makan malam memang menambah selera.Aku betul-betul kenyang.Sambal Mulberry memang terbaik!Tak buat gatal hidung macam sambal belacan tu!Rasa pun sedap habis.



Selesai makan,Abang H menolong memasang khemah.Khemah dipacak di bawah bangsal berbumbung dan berlantai simen.Malam itu tidur lena ditemani bunyi unggas hutan yang sayup berirama.Dalam pukul 4 pagi terjaga akibat bahagian kaki seluar terasa basah.Hujan lebat rupanya.Khemah dah masuk air sikit.


Pagi esoknya kami mandi di sungai.Aku mandi ala kadar sahaja bukanlah berendam.Sungai di sini memang bersih dan masih belum tercemar.Ini kawasan persendirian jadi memang terpelihara.


Setelah 2 hari di sini,tibalah masa untuk pulang ke KL.Selamat tinggal Kem Batu 16 yang memberi seribu ketenangan.Tiada tempat yang lebih mendamaikan jiwa selain melihat keindahan ciptaan NYA.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...