Saturday 22 February 2020

Ajar diri besangka baik kepada sesiapa

Balasan terburuk untuk orang yang pernah buat keburukan kpd kita ialah dengan kebaikan..Belanja apa yang kita miliki yakni kebaikan,doa yang baik-baik kepada org buat keburukan kepada mereka.

Doakan dia mendapat kasih sayang ALLAH,hati yang bercahaya,dipermudahkan urusannya.

Hati yg positif sentiasa membawa andaian dan sangkaan yang baik-baik.Jikalau ada yang mengata buruk-buruk kepada kita,cuba andaikan yang baik-baik ;mungkin dia tengah stress,terlepas pandang,sedang beremosi

Jangan jadi judgemental kepada org.Kita ada dua pilihan,sama ada untuk bersangka baik atau buruk.Berfikiran positif atau negatif.

Rasulullah jenis suka memilih sesuatu yang mudah,yang tidak membawa kepada meleret-leret serta mudah diselesaikan.

Bebaskan hati kita daripada expect makhluk,jika nak hati tenang jangan jangka apa-apa daripada makhluk.Kita buat baik pada bos kita,buat yg terbaik dengan cara paling professional tetapi jangan affect bos naikkan pangkat dan naik gaji.Hati hanya berharap pada ALLAH S.W.T.

Jika expect kepada makhluk,makhluk tidak tahan lama.Makhluk ini mudah lemah,cepat pecah,on dan off,swing,kadang ingat kadang lupa.Expect kepada yg lemah akan menjadi lemah.Expect hanya kpd ALLAH.Jika naik pangkat atau tidak,itu keputusan ALLAH.Semua itu kerja ALLAH.

Doakan yang baik-baik kpd sesiapa yg pernah aniya kita,doakan hidayah untuknya semoga dia kembalikan hak kita,sesuai dgn cahaya hidayah yg dia terima.Jangan doakan kburukan atau melaknat dia kerana apabila turun laknat ALLAH,dia musnah maka kita takkan dapat apa-apa.

sumber:Ustaz Iqbal Zain

Wednesday 19 February 2020

Lipstick yang pernah aku gunakan

Zaman sekolah aku pakai lipbalm tanpa warna,order dalam buku katalog dengan kawan cina,rm2 tak silap.

Tamat sekolah aku masih tak pandai berhias wajah.Pergi kelas di universiti pun tak pakai apa cuma bedak kompak Pixy sahaja.Sampailah aku masuk alam pekerjaan,aku berjinak-jinak beli lip ice sheer colour.Ia boleh melembapkan bibir dan bertukar warna pink natural.Nampaklah bibir pink-pink sikit.
Aku suka sebab ada lip ice jenis glitter dan non-glitter,bau memang wangi strawberry dan lembut kerana ada madu lebah membuatkan kau macam nak gigit2 bibir


Seingat aku di awal pengeluaran lip ice ini colour nya cantik dan pink bila guna.Bila beli sekarang,kualiti tu mcm dah lain.Hampir dua bulan juga tahan,jimat betul.Harga lama RM8.90 sekarang dah jadi RM15.90.Jika ada diskaun boleh dapat RM12.90

Lipstik kedua aku gunakan dalam hidupku ialah lipstik kolagen Sendayu Tinggi,kata seller di butik tu lipstik kolagen ni akan ikut warna darah dan boleh nampak di bibir.Aww memang lawa weh...bibir lembut dan pink natural.Kelemahan lipstik kolagen ni ianya lembut dan senang patah kalau tak pandai pusing penutup gincu.Setakat ini aku dah pernah beli 3 batang.Maklumlah HQ Sendayu Tinggi tak jauh dari office tempat aku bekerja.



Dulu casing lipstik kolagen ni casing acrylic transparent,cantik.Sekarang mungkin sekadar tutup je.

Aku memang sukakan warna yang lembut,nude dan tidak terang menyala.
Kemudian angkara suka tengok artis Nur Fazura pakai nude lipstik aku cubalah beli di Guardian jenama Maybelline.Ia berwarna nude pink.Hmm muka nampak pelik dan makin pucat.Tak sesuai dgn warna kulit.

Bibir aku jadi kering sangat dan merekah di dalam bibir bawah seperti takungan warna lipstik berkumpul di situ.Tak cantik langsung!

Maybelline lipmatte,kod no.4 aku beli

Kawan pernah hadiahkan lipstik jenama Elianto ni sekitar tahun 2015 dulu sebab capai hit target jadi dropship jual produk dia.Mulanya aku takut nak cuba warna pink terang mcm ni tapi bila pakai di bibir tidaklah seterang ni..tapi sumpah cantik sangat2...sampai habis aku guna.Sekarang colour ni dah tak keluar,banyak dah lipstik Elianto discontinue warna-warna kegemaran customer,entahlah kenapa.Sekarang trend lipstik matte,semi-matte,in matte....hmmm...



Gincu Simply Siti by Siti Nurhaliza pun pernah beli,rumusan daripada buah argan.Di tengah-tengah dah ada pelembap bibir sekali.Aku tak suka pula warna merah cili dan pink nya pun buat pucat muka aku.



Lipstik hijau ni dipanggil lipstik arab,entah kenapa made in arab kot.Cantik sungguh,sapu 2 3x dah pink berkilat,makin lama makin cantik.Ambil gambar pun bibir cantik tak kering dan merekah,berkilat je.RM8 je,dulu2 RM2 je kan.Lipstik jenis ni ada bahan colouring yang susah tanggal sebab tu pink dia lain mcm sinaran.Pakai mekap remover pun tak hilang 100%.



Kemudian aku cuba lipstik Silky Girl kod vampire (oren coklat).Yang ini sesuai dengan kulit aku.Aku paling suka lipstik oren-oren ikut warna tanah.
Dah la mahal,RM 39.90 tak silap...membazir duit lastly buang selepas 3 thn simpan.Mungkin warna tak kena dengan kulit dan selera.


Ada beberapa jenis lipstik jenama Silky Girl aku beli...

Aku pakai kod no.4

Moisturiser Boost ni aku tak suka pakai sebab rasa too oily bibir aku.Bila tertekap tisu habis colour keluar.Aku rasa tak selesa.Guna beberapa kali je kemudian perap lama dan buang selepas hampir 2 thn.


Ini pun sama,warna oren muda dan terang,kalau kulit aku cerah mcm porselin ok sesuai..ini rasa tak ngam.Ini pun aku buang selepas guna beberapa kali.

Aku bertukar beli gincu jenama mahal pula,ini memang sangat puas hati.Aku bagi 5 star,terbaik weh.Warnanya memang ngam sangat dan aku sangat berkenan.

Nampak macam merah tapi bukan,ia seakan oren gelap...cantik betul bibir aku sewaktu guna ni...tahan 8 bulan juga dengan harga RM82.Berbaloi sangat,rasa selesa dan bibir tak kering serta rasa pelik.Memang puas hati sungguh.Itulah beza membeli yang mahal ni.


Selepas itu aku dah malas cuba-cuba jenis gincu.Aku lebih senang ke arah lipbalm colour dan lip tint.Ini lebih ringan dari segi tekstur dan senang cuci.





Ini kod dua-dua warna liptint jenama IN2IT aku pernah cuba,wah cantiknya warna oren dan kedua melon.Terang oren.Sesuai sgt dengan bibir aku.Tak pakai mekap pun muka dah naik seri pakai ni...Gel jenis basah dan kering dalam masa 2 minit sahaja.Selepas itu rasa ringan mcm tak pakai apa2,bibir pun tak kerimg tau...

Lip tint Silky Girl ni aku beli tahun lepas.Ambil warna rose sebab tak suka warna terang menonjol.Cantik juga cuma susah sikit nak cuci.



Yang terbaru aku berkenan tgk kawan pakai lipmatte satin jenama Rimmel warna oren cair,sesuai dgn muka dia tapi bukan muka aku..aku carilah jenama IN2IT lagi,kod wake me up ni..cantik...lambat tanggal cuma susah sikit nak cuci.Pakai mekap remover baru hilang.



Jalan-jalan di bazar masjid India,tengok ada booth jual mekap.Aku ni tak pernah la beli gincu tak ada jenama sebab banyak merkuri dan bau kimianya kuat.Tapi sebab ini cuma magic lipbalm aku rasa tertarik.Seller ni calit di tangan aku,keluar warna soft oren.Aku mcm berkenan.Dia kata warnanya bukan pink pekat.Bau pun sedap mcm buah peach.Dia offer RM10.Aku tak jadi beli sebab tak cukup bajet.Bila aku dah nak blah dia panggil aku offer RM5,aku on je la...hehee...

Sampai rumah try pakai 2 3x calit,jadi warna pink pekat serupa dengan lipstik hijau tu..alamak...hairan...ni lipbalm spesis ada colouring pink juga ni...susah nak tanggal ni..


Dasar suka membazir duit tak boleh duduk saja,aku jalan-jalan di Jusco terbeli pula Elianto lipstik in-matte kod 02,warna soft pink.Memang cantik...aku cari warna pink satin rough tu tapi seller kata banyak dah colour discontinue entahlah kenapa....

Cantik juga aku pakai gincu ni cuma aku rasa lama-kelamaan ia hilang sendiri walau tak sapu dgn tisu.Seller ni ckp jenis gincu ni lap pakai tisu pun dah tanggal kesemuanya,baguslah...



Itulah semua review aku tentang gincu...aku sukakan oren tanah,nude colour...tak suka merah terang2...tapi paling best jenama Bobbi Brown,terbaikkkkk

Tuesday 18 February 2020

Mee bandung Taman Melati

 Makan mee bandung di gerai di Taman Melati,Jalan Madrasah.Boleh tahan sedap.Harga RM7 sepinggan.Mee bandung asal resepi dari Johor





Mee bandung ada kacang tumbuk,telur mata sebiji.Rasanya manis pedas

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...