Saturday 31 July 2021

Maksud lagu Sesungguhnya-Raihan

 Lagu yang paling tenang, menyentuh hati,tidak jemu ulang berulang kali dan dapat menjadi ubat hati di kala hati ini sakit dengan perkara duniawi.Lagu yang membuat kau merasa tiada guna mengejar kasih dan cinta manusia jikalau cinta itu tidak kau kembalikan kepada yang Maha Kuasa.Penulis lirik lagu (Nazrey Johani-bekas vokalis Raihan) ini sangat tenang dan puitis jiwanya kerana itulah beliau dapat menghasilkan karya hebat yang menyentuh sanubari manusia yang mendengarnya.Kalau tanya pandangan aku,jujur aku katakan hati dan fikiranku sejuk bagai disiram air terjun apabila mendengar lagu ini.Aku segera kembali kepada Maha Pencipta dan lepaskan dunia.

Cuba sebelum hendak tidur kau pasang lagu ini dan hayati betul-betul maknanya memang hati kau dipagut kesayuan dan boleh jadi kau menitis air mata

Bila melihat wajah-wajah ahli kumpulan Raihan yang semakin dimamah usia,terasa sedikit sayu tetapi itulah lumrah kehidupan selepas muda,akan menyusul hari tua.Sedar tak sedar lagu ini sudah lebih 20 tahun di arena seni.Ia kembali hits selepas diberi nafas baru oleh penyanyi Aliff Satar.Kau akan terasa kerdil dan insaf tatkala menghayati makna lagu ini.Ramai juga yang menjadi muallaf selepas mendapat inspirasi ketika mendengar lagu ini.Sesungguhnya hidayah itu milik Allah swt.



Video klip versi lama tahun 1998 memaparkan lokasi di sebuah rumah kayu bertingkap kaca berwarna-warni.Sama seperti tingkap rumah arwah atuk aku.


Sesungguhnya-Raihan

Sebenarnya
Hati ini
Cinta kepadamu
Sebenarnya
Diri ini
Rindu kepadamu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya
Walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya
Walau kusiram
Dengan air hujan
Dari tujuh langitmu
Namun cinta
Takkan hadir
Namun rindu
Tak akan berbunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepadamu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata
Di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitmu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmatMu
Jika tidak menagih simpati
Padamu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasihMu
Kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku
KepadaMu
Moga ku tahu
Syukurku adalah milikMu.

************************************************************************************************************************
Mengikut kefahaman aku lirik lagu ini mengisahkan seorang hamba Allah ingin bertauhid kepada rabb nya.Kalbunya sebenarnya merindui dan cinta kepada Tuhannya tapi dia tidak tahu kenapa cinta dan rindu itu sangat sukar untuk hadir;mungkin kerana terlalu banyak dosa dan kelalaian yang menjadi tabir cinta itu wujud.Bukan senang untuk membuang kecintaan kepada makhluk dan dunia.

Sukarnya mencari cinta hakiki Yang Maha Esa walaupun puas melihat ciptaan Nya di serata buana; di dasar lautan,mengutip semua permata di dasar lautan itu dan disirami dengan air hujan waima dari langit ke 7.Itu hanya metafora penulis lirik untuk menggambarkan walaupun kita berteduh di bumi Allah,melihat kesemua keindahan dan menikmati apa jua ciptaanNya tetapi sukar untuk mendapat jiwa yang benar-benar bersyukur dan kasih kepada pemberi nikmat yakni Allah swt.Manusia di dalam lirik lagu ini cuba beramal ibadah dan mendekatkan diri kepada Tuhan tetapi dia merasakan amalannya compang-camping.Tidak diterima dan tidak layak langsung di sisi Tuhan.Hamba itu cuba lagi berusaha untuk mempertingkatkan kedekatannya dengan Tuhan tetapi dia merasa tidak cukup ilmu.

Jika tidak dengan rahmat Allah dengan menagih kasih dan simpati mana mungkin Allah akan memandang seorang hamba itu.Jadi Allah itu kasihkan hambaNya atas sebab rahmat dan kasih sayangnya walau seingkar mana pun kita.

"Tuhan..hadiahkanlah kasihMu kepadku..Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu.."
Bait lagu ini amat goose bump, menyentuh jiwa penuh keinsafan.Hanya yang memahami sahaja akan merasa aura doa ini.Seorang hamba yang ingin kembali kepada Allah amat mengharapkan kurniaan kasih dari Allah terhadapnya beserta kerinduannya kepada Allah.
"Moga ku tahu syukurku..adalah milikMu"
Ini pula bermaksud hamba itu sedar bahawa tiap nikmat yang Allah kurniakan kepadanya adalah dari Allah yakni as syakur dan dia perlu rasa bersyukur.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...