Monday 24 July 2023

One Utama shopping mall

 Seperti biasa...bila aku ada beli baju baru mesti nak pakai untuk bawa jalan-jalan.Ambil mood gitu haha.Hari ini aku merancang untuk ke pusat beli-belah One Utama yang terletak di Damansara Utama.Seumur hidup aku tak pernah datang ke sini walaupun aku duduk di KL dah puluhan tahun.Lagipun di kl dah banyak mall yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Aku beli pas rapid kl unlimited sehari rm5 (boleh naik bas rapid,LRT,MRT untuk sehari tanpa had).Memang sangat menjimatkan.Dulu aku pun tak tahu tentang tawaran ni,hanya tolak bayaran guna kad touch n go.Eh berapa banyak dah kena cas kalau seharian ke sana sini guna pengangkutan bawah rapid kl.

Aku naik mrt di stesen Pasar Seni.Kena tengok di skrin tv atas sana.

Aliran mrt Sg Buloh-Kajang.Berhenti di stesen Bandar Utama.Jangan main naik sahaja nanti silap-silap ke Putrajaya pula.

Sampai di stesen Bandar Utama,keluar dan ikut saja laluan pejalan kaki yang menghubungkan anda ke dalam shopping mall.Memang besar dan luas sungguh.Aku pun dah pening.Ada banyak wing ke kanan kiri.Apa-apa pun rujuk sahaja papan tanda dan ingat dari mana anda bermula.Kalau anda bermula dari restoran kfc,nak patah balik kena cari kfc tu semula.


Banyak sangat kedai-kedai dan restoran di dalam One Utama ini (tiada ambil gambar pun).Rambang mata sebab besar lagi dari Suria klcc.Dekorasi pun menarik harga tentulah mahal juga.Pada pandangan mata aku mall ini rata-rata dikunjungi oleh bangsa tionghua.Mungkin mereka ramai tinggal di sekitar ini.Seronok aku tengok ahli keluarga yang berkumpul makan bersama dalam restoran,aku pula sendirian meneroka mall baru.

Dalam perjalanan aku saja singgah di booth minyak wangi Salvatore Ferragamo.Memang wangi bau bunga melur.Penjual tu beria-ia memujuk aku agar membeli dan aku hampir nak beli.2 botol rm500 biasanya sebotol dah rm499 lebih kurang itu (aku dah lupa).Fikir dan renung sekejap aku ni banyak dah minyak wangi yang tak habis dipakai dalam rumah.Sudahnya bau jadi tengik sebab dah tamat tempoh maka aku tolak perlawaan kakak promoter ni.Membazir beb baik simpan duit untuk makan,kenyang pun dapat.

Aku dah lapar dan makan di Texas Chicken.Beli bubur ayam,bebola cheese dan air percuma tanpa had.Entahlah aku rasa tak selesa pula pakai baju cardigan baru ni.Pertama singkat sangat bila duduk nampak belakang,kedua kainnya panas buat aku rasa nak balik rumah cepat-cepat.Biasalah ini baju dari Jepun,lebih sesuai dengan iklim sejuk di sana.Sini iklim tropika kena pakai baju kain cotton sahaja.Knitted pun tak boleh sebab panas tak menyerap peluh.

Habis makan aku pusing masuk Guardian butik kecantikan.Ada satu auntie cina tu cadangkan aku beli produk dari France untuk rawat masalah jerawat dan parut aku di muka.Aku sebenarnya bosan dah dengan jerawat yang tak berhenti tumbuh ni entah kenapa.Hilang sekejap tumbuh lagi.Aku tak beli pun produk France ni sebab mahal rm100++ takut tak berkesan buang duit aku macam tu saja.Aku cuma beli lipmask untuk rawat bibir merekah,kering dan gelap.Harga berpatutan bawah rm20.Tahan setahun kalau pakai setiap hari pun.

Aku rancang nak ke Bamboo Hills di pinggir highway DUKE.Ada air terjun buatan dan restoran makanan yang menarik di sana.Konsep makan dalam taman.Kawan aku pernah pergi ke situ dulu tunjuk gambar.Maka berhentilah di stesen Batu Kentomen selepas google dalam internet.Katanya kalau jalan kaki dalam 20 minit.Ok baik aku cuba tengok.Sampai di stesen,aku tanya staf di kaunter mrt.Menurutnya kalau jalan kaki agak jauh jadi disarankan naik grab car.Hmm kena keluar duit lagi.Setelah menimbang baik buruk maka aku batalkan rancangan nak ke Bamboo Hills walaupun hati aku terkilan sebab dah sampai di sini.Lagipun dah nak masuk waktu maghrib dah gelap sedikit.


Cuaca sudah menginjak senja


Jomlah kita balik.Aku patah balik ke stesen dan naik mrt ke laluan kl sentral.Pening sikit kalau nak balik sebab kena tukar train.Aku dah sesat pun sebab salah naik aliran.


Gelap sudah


Aku balik ke kl sentral dan beli produk muka di Guardian.Jualan separuh harga untuk produk Clinelle.Aku beli krim malamnya untuk face dark spot.Harga rm39.90 biasanya rm79.90.Beli juga krim gel Hiruscar (sesuai dengan aku sebab tak buat muka sensitif).Lembut pada kulit

Produk cosmoderm niacinamide ni aku beli di Watson Avenue K,klcc tengah hari tadi sebelum ke One Utama.Merayau sakan hari ini badan pun dah letih.




Inilah coretan perjalananku hari ini ke One Utama.Aku tak nak pergi lagi ke sini sebab jauh dan memenatkan.Cukuplah sekali hahaha..






Saturday 15 July 2023

Rindu zaman ceria

 Sudah sekian lama aku tidak membuka blog dan menulis secebis cerita.Sejak aku sibuk bekerja pergi tengahari pulang tengah malam tubuhku terlalu letih untuk mengarang blog.Sebenarnya banyak cerita dan idea terlintas dalam fikiran tetapi kerana kekangan masa maka aku tidak jadi menulis blog.

Banyak cerita yang dilalui dalam hidupku sepanjang tahun lalu selepas hari raya.Aku benar-benar terkesan dan jadi trauma.Ambil masa untuk gagahkan diri bangkit semula perlahan-lahan selepas jatuh tersungkur.Tersungkur ya bukan terduduk.

Banyak yang ingin diluahkan namun belum ada peluang.

Aku rindu hendak membaca buku di perpustakaan seperti dulu-dulu.Masih aku ingat lagi betapa gigih dan kuatnya aku jalan kaki jauh ke perpustakaan.Balik rumah pula membimbit satu plastik besar buku pinjaman.Berat tapi sebab nak baca relakan juga angkut.Rindu semua kenangan.Membaca itu satu terapi minda.Ternyata aku gembira selepas membaca.Memang hobiku membaca buku novel genre seram,kisah semasa,kisah zaman dulu.Aku tak suka novel romantik kerana merimaskan dan aku tak suka terbawa emosi.

Aku rindu zaman aku yang dulu bukan zaman kini.Zaman dulu aku selalu ceria bergelak ketawa tanpa fikir masalah.Sekarang setiap hari masalah menghantui benakku dan jadikan aku overthinking serabut sendiri.Bolehkah aku ulang semula kenangan lama yang menyenangkan hati itu?Tentu tidak.Ia sudah jadi kenangan mana mungkin diulang kembali.Kalau ada alat perentas masa doraemon bolehlah.Benar kata orang,zaman kecil jatuh sebab luka zaman sekarang yang luka bukan kaki tapi hati.

Kalau boleh kembali aku ingin sekali kembali di zaman tahun 2000,2003,2005,2006,2007.Tahun berikutnya aku mula bersedih bila kenal dengan orang salah.Seluruh hidupku jahanam dibawa luka lara.



Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...