Tuesday 30 January 2024

Naelofar hijab Sogo KL

 Aku ni ada 1 penyakit.Kalau aku suka sesuatu benda tu aku akan beli walaupun aku sebenarnya tak guna pun.Sudah 2x aku berjalan di kedai Naelofar dalam Sogo.Walaupun aku bukan hijabers sangat tapi mata aku tengok produk Naelofar ni ekslusif.Aku sukakan bawal cotton voile nya.Kainnya lembut halus dan berkualiti.Tak sama dengan yang tak ada jenama luar sana.Jenama Tudung Fazura(TF) pun tak boleh challenge dengan fabrik Naelofar.Aku sendiri pegang sentuh aku tahulah.Harga pun berbeza yang Fazura rm27,yang Naelofar rm79.Aku yakin NH lebih elok berganda-ganda.TF itu dibuat untuk harga marhein.Pin 2x berlubang kain mengikut testimoni orang.



Ini shawl Naelofar Hijab (NH) kain satin.Pernah nampak perempuan pakai di tapak uptown danau kota malam raya 2022.Harga dalam rm99.

Warna earth dan nude.Tidak terang mata dan sesuai digayakan dengan aneka pakaian


Berkenan dari hari itu corak monogram hijau ini.Tahan saja hawa nafsu nak membeli.Sebab tahu kalau beli simpan saja dalam almari.

Inilah bawal cotton voile yang aku sukakan kainnya.Corak monogram rm79.Dijanjikan tak perlu gosok.Aku percaya sebab kain lembut terletak.Cari tempat lain pun tak ada corak ala-ala NH ni.Yang banyak hanya corak bunga-bunga dan cat tumpah.Weh aku sebenarnya spoil tengok perempuan pakai tudung corak cat tumpah jenama Parehah tu dengan gabungan warna blocking tu.Kalau muka gelap kusam memang terus turn off.Model-model yang menggayakannya tentulah cantik elok naik seri.Nama pun model.Kita yang orang biasa ni janganlah perasan akan nampak cantik macam depa.Kadang bertambah hodoh dan ganjil🙄

Sebenarnya minimalist (minimal) itu lebih menawan.Aku masih ingat sekitar tahun 2000 ke atas para guru di sekolah nampak cantik dengan tudung bawal kosong sulam tepi.Tapi tudung sekarang semakin semak dan kusut design nya.Paling tak boleh tahan gambar kapal terbang,kek,muffin,menara klcc,menara Eifel Tower,kereta,segala bentuk cetak jadi tudung.Konon comel bila pakai.Kalau muka dah sedia comel ok fine tapi muka sembap,kusam,takda seri bila pakai tak ke tambah semak?Gambar bunga ok la lagi.

Tudung ini ibarat fesyen.Pelbagai jenis kain,corak dan warna.Menjadikan pelangi di tengah keramaian dengan aneka warna.Obses dengan tudung sampai hampir pupus manusia tidak bertudung.Dikutuknya pula wanita tak bertudung.Gila dah manusia zaman sekarang.Aku tak reti bab tudung sebab bukan hijabers sejati.Tapi aku tahu kaum perempuan paling hantu bab beli tudung.Kadang nak pecah almari sebab dah penuh sangat hahahahaha.....





Beli lipstick Simply Siti yeahhh

 Aku seperti baru tersedar dari tidur setelah diketuk kawanku sendiri.Katanya kita kena pakai sedikit mekap untuk serlahkan seri wajah.Jika tidak muka nampak kosong sahaja dan orang akan fikir ini orang sudah berkahwin.Orang yang dah kahwin kan tak gemar bermekap sangat macam bujang.

Sebenarnya dalam almari rumah aku banyak alat mekap.Bukan tak ada bedak,foundation,lipstick,blusher,maskara,
Celak kening dan lain-lain.Aku suka membeli SAHAJA tapi tidak dipakai secara berterusan.Pakai beberapa kali dan tinggal bertahun-tahun dan expired-buang.Terbakar semua duit.Paling banyak ialah skincare.Pakai sekali dua tak sesuai dengan kulit maka akan ditinggalkan terus.

Kenapa aku terlalu susah nak pakai mekap ya walaupun pergi kerja?Tak nak ke nampakkan diri cantik manis berseri?Alasan pertama aku sebab susah nak cuci mekap tiap kali nak solat.Jadi biarkan wajah kosong pucat lesi nampak berusia.😐Nak cantik bukan susah pun cuma aku yang malas.Konon nak muka natural bare face.Tapi tak juga lawa flawless macam kulit Song Hye Kyo pelakon korea tu wuwuwu



Pakai face mask anti jerawat Jovian.Kenapa aku rasa mask ni macam panas.Kata mekap tak melekat tapi aku cek ada sisa bedak melekat dan gincu.Ke sebab harga markdown rm15 sekotak jadi..kualiti lain?Kalau yang lama tu rm 29.00 sekotak kain lembut dan tak melekat bedak.Ermm upset lah macam ni🙄😐

Panjang lebar cerita jom balik ke topik asal.
Aku saja jalan-jalan di KL Sogo hari ini selepas habis appoinment di hospital.Aku naik ke tingkat 3.Baru perasan ada kiosk produk Simply Siti by Siti Nurhaliza.Ada diskaun pula.Harga memang terbaik.Semua mekap ada harga promosi.Promoter ni kata best selling adalah lipstick fresh colour mosturizer kod Cappuccino.Ia adalah kombinasi dari kod 1 & 2 (lupa nama kod).Tambah promoter ini lagi kod capuccino ni akan buat muka tampak cerah dan berseri.Bibir pun lembap berkilau.Wah aku dah mula terpengaruh.Aku cuba calit di tangan.Warna nude oren gitu.Aku teringin nak cuba sendiri di bibir.Memang cantik sangat!!

Memang lama dah aku cari warna begini.Mengingatkan aku lipstick jenama Bobbi Brown yang pernah aku beli tahun 2018 dulu dengan harga rm80.Warna memang cantik merah oren nude.Terus aku buat keputusan nak beli 1.Harga promosi rm25 sahaja dan harga asal ialah rm39.Tapi lipstick ni tetap melekat pada mask muka.Sebab tekstur lembapnya ini bukan matte.Promoter kata sapu bedak sebelum sapu lipstick.Ok baik good tips.

Sebab lipstick Bobbi Brown yang aku beli dulu dah tak ada kod tu.Aku pernah tanya.Simply Siti ada pula warna ni nampak lebih kurang sahaja cuma cerah sedikit.





Promoter hantar barang ke kaunter untuk buat bayaran.

Ikut hati nak beli krim muka Dermagic.Rindu dengan bau plant endorphin nya.Aku pernah beli di tahun 2012 dulu dengan harga rm 29.90.Sekarang dah jadi rm 49.90.Tapi formula dah ditingkatkan dengan bahan aktif niacinamide dan gabungan 2 lagi produk krim Simply Siti lain lalu dimasukkan menjadi Dermagic.Ermm tak nak lah sebab bau pun dah tak sama macam Dermagic yang asal.

Bedak 2 way cake Argan pun masih ada.Dijual semula atas permintaan.Memang bedak tu bagus sangat.Aku pernah cuba pada tahun 2018 dulu muka automatik berseri bercahaya.Finishing bedak memang jadikan kulit mulus.Sapu 2 lapis dah gebu.Tahun 2019 aku beli lagi sekali tapi tak habis guna.Sampai sekarang masih simpan dan ok aku mulai continue.Cantik kulit muka lepas guna.Tak susah pun nak jadi lawa hanya pakai bedak dan lipstick cukup.Produk Siti Nurhaliza pasti berkualiti setanding dengan nama besarnya.Jangan beli bedak tak ada jenama.Rosak kulit .

Bila kita tata rias diri kita maka diri sendiri gembira.Bukan untuk orang lain tapi untuk keyakinan diri sendiri.Aku dah mula sedar kata-kata kawan aku bahawa perempuan kena mekap untuk tampil menarik jangan biar muka terlalu kosong.

Ok inilah gambar produk ;


Moist Lipstick

Hydrating
Nourishing
Sheer shine finishing






Balik rumah baru perasan made in PRC (china).Kilang di sana agaknya untuk cut cost.Dulu made in Korea.Mana boleh duit Korea mahal beb sekarang.


Cantik kan bibir pakai lipstick Simply Siti kod Cappuccino ni.Nampak fresh dan nude.Aku tak suka warna merah menyala.I really like 🤩🤩🤩🤩 this kod warna.


Cari lighting terang dalam butik Uniqlo.
Tiba-tiba rasa gembira tengok muka dan bibir sendiri lepas pakai lipstick Simply Siti.Terus naik seri dan tidak kusam.🤩🤩👍👍.Lepas ni kena pakai sampai habis.Jangan sekadar beli tapi simpan.Jangan segan untuk tampil cantik menawan.Kita cantik untuk hargai diri sendiri,tingkatkan mood gembira dan meyakinkan.

*Kadang-kadang bukan perlu sangat pun beli sesuatu barang,tapi keseronokan dapat keluar dan membeli.Itu sebenarnya walau hakikatnya dah jadi membazir








Tuesday 23 January 2024

Genting berhantu jumpa pontianak dari kereta kabel?

 08012016

Merayau dalam shopping mall sudah jemu.Naik Genting Highlands tiap bulan pun tak apa asalkan dapat merasa angin sejuk.Tenang minda lapang fikiran.Jom kawan kita naik Genting.Kawan aku sporting mudah kira pergi mana pun ok selagi selamat pergi dan balik.

Aku nak cerita kisah throwback 8 tahun lepas ke sini.Kebetulan jumpa gambar dalam telefon samsung lama so wow eh rindunya😇 saat ini 

Tak silap aku kami bertolak pun sudah waktu petang selepas zohor bas pukul 3 petang.Keadaan dalam bas memang lenggang hanya ada beberapa penumpang tidak sampai 6 orang.Sebab hari biasa bukan hari minggu.Tapi tengok juga kadangkala bas penuh.

Bas berhenti di Goh Tong Jaya.Naik kereta kabel pun seronok sebab tak perlu berasak dengan ramai orang.Kami dapat duduk hanya berdua di dalam gondola.Wow best ada privasi enjoy lihat pemandangan bukit-bukau nan menghijau.


Kerusi banyak kosong.Dalam 7 penumpang sahaja rasanya di dalam bas.Bagus juga boleh berborak kuat-kuat hahaaaa



Kalau bernasib baik boleh nampak kambing gurun di sekitar kaki bukit.Aku pernah nampak beberapa kali sebelum ini





2 buah bangunan putih ini ialah Ria Apartment.Nak sewa sekeluarga boleh masak-masak.Pekerja asing pun ramai duduk di situ.Bangunan pun dah usang.

Ini pula quaters bomba.Ada balai bomba di sini.Kadang-kadang aku terfikir betapa takjubnya binaan bangunan yang ada di puncak bukit genting ini.Pandai jurutanah dan juru ukur membuat bangunan yang kukuh.Siapa sangka puncak bukit dijadikan tempat rekreasi.Lim Goh Tong memang 👍





Seronok dapat duduk ambil angin petang.Sejuk....














Makanan di Genting yang boleh masuk tekak hanyalah Marry Brown.Walaupun 1 set hidangan boleh cecah rm21.Makanan lain diragui halalnya faham sajalah.Cari restoran makanan segera seperti Kfc,Mac Donalds.Sebab itu kami suka bawa makanan ringan dari KL naik atas.Sebotol air mineral di sini dah rm4.Harga dua kali ganda.


Ok lah syukur ini pun dah kenyang dan tahan perut hingga malam.


Papan tanda hijau di atas tertulis tempat-tempat yang ada di sini.Anda boleh semak untuk kemudahan.







Cuaca sudah menginjak waktu senja 7.30 pm.Keadaan makin berkabus.Pemandangan gambar dari tepi tingkap kaca hotel first world.Aku suka view bukit-bukau menghijau sejuk mata.Depan sana tu ada Amber Court tempat yang dikatakan berhantu.Entah ya ke tidak.

Di lobi plaza First World ada pameran lukisan kartun mural dan dekorasi masyarakat cina sempena tahun baru cina yang akan disambut pada bulan Februari.












Bilik hotel terbanyak di dunia.Mempunyai jumlah 3000 bilik.Bilik pun bau kepam dengan karpet tak cuci.Pernah duduk di hotel ni tahun 2014.Mungkin ada minuman tumpah dan karpet lama kelamaan jadi hapak.


Keadaan di lobi bawah tempat menunggu bas persiaran pelancong dan teksi.Lampu kelip-kelip tergantung di dahan pokok buatan ini sudah ada sekian lama dahulu.Pelbagai ragam manusia kau boleh tengok di sini.Kebanyakannya orang cina.








Pertama kali masih berada di puncak Genting pada waktu malam.Memang sejuk berangin.Muka masing-masing dah merah tahan sejuk.Mata pula berair kena angin bukit.Suhu adalah 18 darjah.Kami kena turun sebelum 10 malam.Nak naik bas lagi pulang ke KL.






Jam 8.50pm



*mini market genting.Pelbagai makanan ringan dan buah tangan ada dijual.Keychain,gelang,coklat dan lain-lain


Cantik berada di sini pada waktu malam.Semua bangunan dihiasi cahaya lampu.Kami perlahan-lahan turun ke tempat kereta kabel.Orang pun tak ramai memang agak sunyi.Jam sekitar 9.20 pm.Suasana hening.

Dalam gondola aku teruja merakam video buat kenangan.Bunyi unggas malam dan tiupan angin menggegarkan pepohon tebal yang ada di sekeliling hutan.Tiba-tiba alangkah terkejutnya aku nampak kelibat putih duduk bertenggek di pokok.Allahu.....kaki menggigil ketakutan sebab tahu itu apa.Menggelabah cari surah yasin dalam mp3 telefon.Pucat aku sampai kawan tanya kenapa tapi aku diam.

Sampai bawah baru aku cerita.Takut dan seram sangat.Dada masih berdebar lagi.Memanglah malam adalah waktu jin setan memunculkan diri kadang terakam dalam gambar.Memang bila teringat balik aku dulu pernah dengar suara perempuan mengilai sewaktu turun dari cable car waktu senja.Aku sangka mungkin suara perempuan dari cable car lain.Tapi kuatnya suara mengilai.Pelik juga.Tapi ramai staf Genting kata sini kawasan keras.Banyak kes bunuh diri dan kawasan "hitam" pelbagai sejarah.



Kawan aku pula bercerita dulu di Maju Juntion butik dia kerja ada maniquen bergerak sendiri.Tambah seram aku dengar dalam bas yang sedang laju menuruni lereng bukit.Perjalanan 1 jam baru sampai ke KL.Syukur selamat sampai.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...