Monday 4 June 2018

Bulan Ramadhan 2018-1439 H

Bertemu lagi tahun ini di bulan mulia iaitu Ramadhan Kareem tahun ke 1439 Hijrah.Alhamdulillah.Seringkali terdengar dalam ceramah para ustaz & ustazah mengenai persoalan adakah kita bakal bertemu lagi bulan Ramadhan tahun hadapan?

Banyak kelebihan bulan puasa ini.
Pahala digandakan 1000 bulan.
Jenazah di alam kubur dihentikan dari seksa kubur.
Bulan turunnya malaikat ke bumi.
Pintu rahmat terbuka & tertutup pintu neraka
Jin & syaitan dibelenggu

Paling seronok terkenang berpuasa di zaman kanak-kanak dulu.Surau kawasan rumah lama dulu buat terawih 20 rakaat.Tenang sangat suasana di situ.Bila dah besar ni nikmat berpuasa terasa makin kurang.Mungkin kerana kotor akibat dosa-dosa lama.Yang meriahnya bulan puasa seolah menjadi pesta makanan.Orang ramai penuh bertebaran pusing bazar.Duit RM20 sah habis untuk sehari berbuka sahaja.Harga makanan pula mahal macam Yahudi mabuk todi.Bulan puasa inilah masa peniaga kaut untung 2x ganda.Nasi lemak biasa bodoh pun RM3.Letak ayam jadi RM6.50.Tak ke gila?Air secawan RM2.Tulis di balang perisa jambu asam boi,kelapa,bagai.Bila sedut rasa manis gula semata.Yang berwarna tu letak pewarna sahaja.Roti john pula rasa mayonis dan sos sahaja.Mana pergi perisa ayam/daging?Mutabak RM3.50 setengah gerai RM4.Rasa kulit je isi terlampau sikit sampai tak rasa apa.Setengah peniaga menipu letak isi ubi kentang.Tiada ayam/daging.Kuih pula ada yang panaskan semalam punya sampai lembik basi.Mahal woo kuih.Agar-agar 4 ketul nipis je dah RM2.Haaa...kau mungkin dapat untung lebih atas dunia,akhirat kau papa kedana sebab menipu.Orang duk merungut tu umpama menyumpah kau.Pahala puasa kau yang menipu?Kosong agaknya.



Minggu ni dah masuk 10 terakhir Ramadhan.Amal ibadat yang mampu dilakukan hanya zikir,selawat & berdoa.Baca al-Quran sekali sekala.Maklumlah aku bekerja dari pagi hingga lewat malam.Balik rumah dah 11 malam/lebih.Allah,musim bulan puasa ni ramai betul pelanggan di butik.Belum buka kedai dah terpacak tunggu depan kedai.

Kebanyakan ibu bapa suka bawa anak kecil yang masih bayi.Sanggup datang tolak stroller.Kadang tengok bayi masih merah lagi agaknya baru sebulan lebih.Bukan ke risiko dijangkiti virus itu tinggi di tempat awam sebegini?Habuk,bersin,batuk,udara tercemar.Sungguh aku tak faham ibu-ibu zaman sekarang.Itu kau belum pergi kawasan Jalan TAR sana.Sana lagi champion bab mengheret bayi/budak kecil dalam stroller.Dengan jalan sesak,udara kotor,bersepah warga asing.Kemudian anak melalak-lalak kelaparan,panas dan rimas.Mak bapak shopping lebih 3 jam.Itu belum masuk bab berbuka sanggup menenggek tepi jalan.Lepas berbuka sambung jalan.

Aku jarang nampak kaum India dan Cina sebegini.Kaum Melayu ni bab berbelanja memang sakan.Terngiang-ngiang lagu Senario-Seloka Hari Raya...biar nampak bergaya,berhabis tak berkira walau hutangnya keliling meja...hahaha

Butik tempat aku kerja part time untuk cari duit poket sempena hari raya ni memang class.Fesyen semua tip-top & kain berkualiti tinggi sesuai dengan harga.Kalau nak banding dgn Primavalet yang tengah viral sekarang ni,berbaloi lagi butik aku.Harga di Primavalet,sepasang baju dekat RM 300-400 menurut sumber terdekat.Butik aku,harga terendah RM 69.90 (clearance set).Paling mahal RM299.Ini memang sepadan dengan design & kualiti.Siap berkilauan batu permata.Macam baju nak sanding terus,punya bergaya.

Memandangkan GST dah takde,customer senyum lebar lepas potong 6% GST semasa pembayaran.

Haha,nak cerita perihal customer...yang masuk butik ni puihh muka semua berlagak.Macam poket tebal sangat.Bila kita hampiri nak layan macam tak suka.Ada yang terus beredar.Habis,kami dah dibayar gaji untuk melayan customer.Lagi yang datang dengan couple puihh kemain berlagak.Macam la gerek sangat.Orang Melayu,macam mana bergaya di luar pun duit tetap tak ada.Bangsa lain tahu sangat peel Melayu ni.Biar papa asal bergaya.Dapat 1000 keluar balik 1000...orang Cina,pakai selekeh nampak biasa-biasa je,tapi duit berkepuk.
(AYAT TAZKIRAH ASSISTANT MANAGER AKU IAITU BANGSA MELAYU JUGA)
Jadi jangan nak sombong berlagak sangat.Pandang rendah ke pekerjaan kami ni?Hello ko kerja office hadap komputer pun gaji lebih kurang kami je.Ada juga yang gaji RM 1100 je sebulan.

Dulu pun masa aku kerja pejabat aku juga dipengaruhi fikiran perosak.Pandang sikit rendah pada orang kerja sebagai sales assistant /kedai ni.aku selalu sogok berfikir pekerjaan jenis ini tidak berkualiti & tiada pelajaran.Lepas aku dah berhenti kerja office dan kerja bidang retail,aku baru buka mata,berapa ramai orang lepasan universiti bekerja bidang ni.Itu rezeki masing-masing.Sekarang aku pula brain wash orang lain agar tidak memandang rendah tentang pekerjaan orang lain tak kira tukang cuci tandas sekalipun.Semua pekerjaan itu mulia selagimana ianya halal.Pengalaman hidup mengajar kita menghargai sekeliling dan berfikiran matang.

Nak cerita pengalaman jaga butik ni pula.Ada yang ketiak satu fitting room berbau lepas tukar baju.Allah nak migraine rasanya.Ada tu yang marah-marah bila kata limit try baju cuma 3 helai.Yang ada cubaan nak mencuri pun ada.Duduk-duduk bawah lantai sebalik railing baju.Tunggu masa nak songlap baju masuk beg.Bila dah ramai macam ni kena alert.Jangan disangka yang nampak elok normal tu tak mencuri awak.Tolong buang stigma tu.Hari tu pun aku perhati je 3 org customer ni.Nampak gaya macam nak songlap.Aku datang berdiri dekat dia.Aku tengok-tengok je.Seorang ni dah siap bersila duduk atas lantai sambil pegang baju kebaya kawannya.Kawannya sibuk try baju sana sini.Kejap-kejap budak ni toleh tengok aku.Kat tangan dia dah standby beg sandang.Muat kalau setakat nak isi 2 pasang baju.Lama tu baru budak ni bangun.Nampak dia type msg tunjuk kat kawan dia.Kemudian letak baju tu atas railing.Haaa...dah kenapa?Aku bukan tuduh dia nak mencuri cuma berjaga-jaga.Sebarang kehilangan baju kami yang kena tanggung nanti.

Pening...letih semua ada.Butik memang besar.Bukan butik sekangkang kera.Kena susun baju ,buka stok baru.Itu belum masuk peel customer yang tak hormat staf nak berbuka puasa.Ada ke masa berbuka dorang sibuk berjalan pilih baju.Kami tengah makan di kerusi fitting.Kalau ya pun tak puasa bagilah ruang untuk kami makan 20 minit dan rebahkan kaki yang letih ni.Kami berdiri dari pagi oii ke hulu hilir ronda 1 butik.Dengan rasa tak bersalah datang bilik fitting nak try baju.Kami yang tengah suap nasi ni terpaksa berhenti makan,bagi nombor kepada customer.

Anak-anak disogok dengan telefon pintar supaya diam.Mak bapak sibuk main fon tak toleh kiri kanan dah.Ya Allah zaman makin canggih,perhubungan yang dekat makin jauh.Masing-masing masuk ke alam dunia maya secara tersendiri.Ada anak yang sampai merengek-rengek tarik bapa tapi bapak khusyuk hadap fon.Kafirun punya perangai.90% gerenti hadap fon main fb,stalker news feed orang,baca komen mengutuk orang itu ini...kuruslah pahala puasa kau kan?Aku tak percaya orang khusyuk tengok fon mengaji al-Quran.Pasal aku sendiri pegang fon asyik nak buka insta.Bila tak bawa fon baru tenang nak zikir,berdoa,mengaji...fon ni sangat-sangat melalaikan umpama marijuana ok.

Teruk betul. .Balik rumah dapat rebahkan badan memang satu nikmat.Tidur sampai tak sedar diri.Kaki bengkak sakit dan lenguh.

Tahun ni plan nak beli baju raya warna kuning diraja.Woww....tak pernah aku suka kuning tapi kali ni nak merasa pula.Ada target 1 baju di butik aku ni,memang lawa.Harga pun lawa nokkk..
2x je cuti dapat pergi jemaah solat terawih di surau.




Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...