Tuesday 1 November 2016

Simple Plan Live Concert in Kuala Lumpur 2016

Aku memang kaki layan konsert.Lagi-lagi bila kumpulan punk rock yang berasal dari Kanada ini turun KL tahun 2016 ni.

Kali pertama Simple Plan datang Malaysia pada tahun 2005 waktu aku masih bersekolah.Pergi woo siapa kata tak pergi.Hahaha..fanatik punya pasal.Pertama kali Simple Plan (SP) datang KL buat konsert memang aku sangat teruja sebab sangat-sangat best!Enjoy habis dgn lagu berhantu mereka Welcome To My Life,Perfect dan Shut Up.Zaman 2005 ni zaman pakai kasut sneakers jenama Converse paras betis.Pierre Bouvier selaku vokalis SP pakai kasut ni waktu konsert.

Tahun 2012 SP datang lagi tapi entah kenapa mungkin aku terlepas pandang tarikh konsert mereka.

Ini kali ketiga mai buat konsert di tahun 2016!Harus pergi!




Hotel Ritz Carlton tempat SP menginap.
concert venue





Selfie dulu 








Muzik warming up Lagu-lagu Chainsmoker,Alan Walker dan Rihanna mula dimainkan .Kemudian persembahan oleh dua orang artis jemputan tanahair.Tak popular pun.Mereka aktif menyanyi di kelab sahaja.

Tiba-tiba SP muncul mengegarkan pentas.Panas,panas woiiiii....sekian lama aku tak jumpa mereka live.Teruja lain macam.

Opening song mereka Opinion Overload.Kemudian lagu berhantu Shut Up,Im Just A Kid,Singing in the rain,Jet Lag,Perfect,Welcome to my life,boom,crazy dan lain-lain.



Throwback gambar konsert 2005




Semua VCD SP aku ada.Beli yang ori saja.



Poster SP konsert tahun 2005

Alamak aku sekarang tidak bekerja!Aku kena cari job dulu untuk dapat duit beli tiket konsert!akhirnya aku diterima bekerja di satu tempat.Cukup bulan terima gaji aku mula menapak ke tempat beli tiket.

Tiket konsert dibeli di Rock Corner kedai VCD bertempat di Boulevard Mid Valley.Aku beli tiket free seating biasa saja.Nak beli hot seat mahal woi hampir 500.Redha sajalah asal dapat tengok.Lagipun tempat konsert di buat dalam club sahaja jadi peminat tidaklah seramai seperti venue di perkarangan stadium.

Harga tiket sekitar RM 180.Zon 3.Kiranya berdiri di tengah-tengah.

7 September 2016 tarikh keramat kedatangan SP ke Malaysia.Hari sebelumnya mereka di Bali,Indonesia.Beberapa hari countdown tarikh konsert,aku begitu teruja wei.Semua lagu SP aku layan balik dari album lama hingga yang terbaru "Singing In The Rain".Merchandise SP yang aku simpan dalam kotak dibuka semula untuk sesi throwback memory.Fuhh terbaik.Rindunya zaman dulu.

Pukul 12 tengahari SP ke konti radio fly fm untuk ditemuramah.Dalam tempoh sejam selepas itu fly fm mainkan semua lagu-lagu berhantu SP.Makin semangat aku nak ke konsert malam ini!

Puas godek baju dalam almari.Aku buntu nak pakai baju apa,tukar punya tukar akhirnya pakai T-shirt sahaja.Pukul 2 pm aku dah bertolak dari rumah cari venue konsert di KL Live.Ala kalau korang naik monorail tentu akan nampak tepi jalan tu.

Aku tiba di sana sekitar 3 lebih.Dah ada sekerat orang duduk di laluan ke pintu masuk.Aku macam biasa bergambar di poster besar SP.Selepas register tiket aku duduk di zon laluan
yang disediakan.Telinga ni tak berhenti layan lagu terbaru SP.Sekejap lagi SP nyanyi senang aku ikut rentak dan lirik.

Spesis aku tiap kali ke konsert pasti aku akan kenal kawan baru.Pasal aku jenis kaki borak.Sekurang-kurangnya tak sunyi sepi sementara menunggu band datang.Yang best budak lelaki ni kata aku macam umur 21.Hahaha....
DJ fly fm pun ada buat liputan.Kami enjoy the moment.

Peminat yang beli VIP tiket menjadi orang pertama masuk ke dalam venue.Aku tengok dorang dapat poster SP dan merchandise.
Kami semua mula get ready!!Super excited sangat.


Sungguh indah moment aku ke konsert ni.Rasa menyesal tak beli VIP pas sebab selepas konsert ada pizza party bersama SP di ruang atas.Best weii...tapi moment paling indah sewaktu 2005 di Mont Kiara.Konsert pertama SP.Masa tu jiwa masih muda remaja.Sekarang rasa dah lemau sikit umur dah berapa nak melompat bagai.Apapun aku suka dengan semua lagu SP.Kebanyakan berbentuk motivasi dan konflik hidup.

Kami cuba kejar SP yang dah balik check in hotel dengan harapan dapat berjumpa di lobi.Impian nak bergambar sangat tinggi.Arghh alangkah hibanya mereka dah naik ke bilik.Tapi beberapa fans bertuah dapat bergambar dengan SP siap upload masuk ig.Perghhhh.



Esoknya kami tunggu lagi di lobi hotel dengan harapan masa SP check out dapat jumpa.Hampir 4jam tunggu,dari 8 pagi-12 tengahari langsung tak nampak muka SP check out.Dorang keluar ikut pintu mana kami tak tahu.Hotel Ritz Carlton ni ada dua pintu.Takut juga terlepas pandang.Buka ig nampak SP dah sampai ke KLIA kot!Ada staf KLIA pos selfie pic.Adoyaiiiii...dan paling patah hati nampak dua orang fans bergambar dengan SP depan pintu lobi menghadap contruction site depan hotel.Aikkk?Alamak bertuahnya dorang.Kami yang menunggu di kerusi lobi ni langsung tak nampak SP keluar bila.

Entrance Ritz Carlton jadi saksi 


5 hari aku murung akibat kejadian ni.Rasa ralat sangat.Apapun bukan rezeki aku bak kata kawan konsert aku si Rudy.Apapun kami sangat enjoy malam konsert tu.Rudy sempat cakap,andaikata kita dah tua sekalipun nak juga join tengok konsert SP kalau SP turun kl lagi.Nak juga melompat macam crazy!


Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...