Tuesday, 20 February 2024

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudahkan segalanya.Sesungguhnya Allah Maha Baik.

Kami ke Grocer Village; Melawati mall beli minuman air mineral,roti,buah,sarapan sebelum bergerak ke Kampung Kemensah belakang Zoo Negara.Pergi berkelahlah tenangkan fikiran.Cukuplah duduk melepak dalam mall menambah serabut melihat gelagat manusia seribu macam.





Seronoknya bersahabat dengan alam semulajadi.Di sinilah tempat rekreasi,refreshing sebenar.Lari dari kesibukan dan kekusutan bandaraya.Datang menghiburkan hati di chalet kemensah.Ditemani unggas hutan,deburan air dari anak sungai,kejernihan air nampak ikan berenang bebas.

Datang seorang pun seronok dapat menghayati makna alam sambil bertafakur kepada Ilahi.Dapat merenung diri yang sebenar.Datang berkawan pun ok juga ada teman berbicara.Bicara pula tiada henti😂walau ada perasaan segan itu lumrah.Sekurang-kurang rasa diri dihargai dan dihormati.Itu yang aku mahukan dalam persahabatan.


Gambar kenangan bermain air sungai.Seronoknya seperti tidak mahu balik dan mahu terus tinggal di sini.Alangkah damainya bangun pagi buka tingkap bunyi aliran air dan unggas menyanyi.

Nikmat manakah kamu dustakan?

Berbaring sebentar berehat di pondok selama sejam lebih.Hujan renyai mengiringi waktu petang dihembus angin yang bertiup.Melambai-lambai dedaun pokok sekitar sini.Ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Inilah nafas yang aku cari selama ini.Menjadi terapi membuang negatif diri.Semoga kita bertemu lagi wahai air sungai kg kemensah.






Tuesday, 13 February 2024

Mandi-manda di Chalet Jinbara Kg Kemensah

 

13 Februari 2024 -Selasa

Hari ini tercapai hajat dan impianku untuk healing di Kampung Kemensah,Hulu Ampang yang terletak di belakang Zoo Negara Kuala Lumpur.Sudah lama sebenarnya terlintas nak pergi tapi ada saja kekangan dan halangan.Aku ini simple orangnya kalau rasa nak pergi maka terus saja jalan tak fikir-fikir lagi.Hidup ini mudah,pelbagai kemudahan ada zaman sekarang jadi kita manfaatkan sahaja dengan rasa syukur.

Sebenarnya aku bertolak sudah agak lewat.Maklumlah bangun pun dah 10 pagi.Letih badan kerja balik lewat malam.Biasanya hari cuti sebelum-sebelum ini aku akan keluar ke shopping mall untuk makan dan beli apa-apa tapi tahun 2024 ini biarlah tukar angin pula dengan berkunjung ke tempat alam semulajadi.

Langgan grab car pukul 12.20 pm tengahari.Sepatutnya 9 pagi aku dah bertolak.Sebab tak rancang.Harga hari ini rm24.40 dengan jarak hampir 7km.Pemandu grab ini pun baru pertama kali memandu ke dalam kampung kemensah.Dia sendiri tidak tahu ada sungai di dalam ini.Aku bagi location tepat kepada pemandu grab supaya tepat sebab dalam grab car tidak semua tempat tersenarai.Hanya ada di google maps.

Aku niat untuk ke Fariha Waterfall kawasan atas sana.Aku ada google dan mesej.Owner ada hantar location.Katanya tak jauh dari Celi Chalet.Dengar cerita air sungai di kawasan atas-atas ini lebih jernih dan bersih berbanding chalet hadapan.Jalan lagi ke depan nampak papan tanda Atv KL.

Kami teruskan lagi perjalanan.Macam dah tersasar jauh.Entahlah tengok kiri kanan macam dah tak ada tempat mandi.Bayang Fariha Waterfalls pun tak ada ke tersorok celah mana.Jumpa pula pusat paint ball kemudian berakhir di jalan mati.Nampak papan tanda Air terjun Batu Asah.Telefon Puan Fariha tapi tak angkat dan mesej pun tak balas.Kami dah sesat jalan dalam google maps pun tak dapat detect.Macam mana hendak berhubung kalau tak jawab mesej dan telefon.Sini line ada 1,2 bar sahaja kadang hilang.Tak minat dah cari-cari buang masa kot 😞😖

Di sepanjang jalan penuh orang naik kereta atv.Perempuan pun ada.Kaki sukan lasak ni.

Akhirnya pemandu grab buat keputusan untuk turunkan aku di tempat ramai orang.Aku sedekah extra rm6 upah dia bawa kereta pusing-pusing masuk kampung.

Aku tak mahu berhenti di Celi Chalet sebab nampak banyak kereta Atv dan air di situ keruh.Mandi pun tiada privasi tempat terbuka tepi jalan.Aku pernah 2x ke situ.

Aku terpaksa buat keputusan segera di mana hendak berhenti.Ok aku setuju untuk berhenti di Chalet Rimba Jinbara.Tempatnya agak tersorok kerana perlu membelok ke kiri dan terus ke atas.Aku pernah lalu di sini beberapa tahun lalu selepas balik dari Chalet Warisan Hati Rimba.Aku agak terkejut lihat tempat ini sunyi tiada orang langsung.Ya hari ini hari selasa.Raya cina sudah habis.Chalet di hadapan seperti Pak Tam dan Teratak Angah penuh dengan orang.Ahh aku tak suka tempat tu bising orang menyanyi karoake.Aku nak healing nanti jadi sakit pula.Sakit telinga sakit mata sakit jiwa.

Ada banyak chalet tempat mandi manda di kawasan Kg Kemensah ini jadi anda boleh cari sendiri info.Terpulang anda sukakan kawasan yang bagaimana 

*************         *********************

Pada mulanya aku teragak-agak hendak menyewa pondok di Rimba Jinbara ini kerana lenggang senyap sunyi tiada pengunjung.Ok ke tempat ini ishh.Insyaallah selamat dan tiada apa-apa.Inikan tempat terbuka kawasan kampung.Hendak ke Chalet Warisan Hati Rimba malas pula kena jalan lagi ke depan.Lagipun situ sungainya cetek dan tak puas.Abang ini tanya seorang saja ke kenapa.Ada kawan pun tak guna abang.Manusia memang begitu hanya pandai buat janji.Abang ini faham setuju dan membalas ya lah kak dari kita kecil pun kawan memang begitu.

Akhirnya aku setuju masuk di Chalet Rimba Jinbara dengan bayaran ikhlas rm30.Mula-mula aku hanya minta meja dan bangku tapi abang ini kata tak ada macam tu.Kena sewa pondok senang sikit boleh duduk selesa dan baring.

Abang ini tak tetapkan harga katanya berapa yang aku ada,bagilah ikut keikhlasan.Lagipun dia kata sebab aku seorang.Alhamdulillah itu saja yang aku mampu.Sepatutnya harga asal pondok       rm 60,rm 120 untuk tidur semalaman 5-6 orang.Aku bukan nak tidur dalam tu cuma tumpang berteduh,makan dan berehat.

Aku tanya abang ini Parihakk Waterfalls di mana.Katanya depan sikit dari Celi Chalet dan sebelah kanan.Situ sahaja.Aku cakap call pun tak jawab.Abang ini kata owner nya sedang mengandung,bad mood (sambil mencebek) 🤭 hahahaha faham.


Ternyata aku tidak salah memilih tempat.Bukan main seronok aku kali ini.Ada privasi boleh duduk lama-lama dalam sungai mandi tanpa gangguan sesiapa.Air elok jernih.Hanya ditemani ayam dan kucing.Tak pernah aku rasa nyaman,aman dan tenang sebegini menikmati alam sekitar.Tak perlu berkawan-kawan nanti ada yang tukar dan batalkan rancangan.Aku serik berjanji dengan orang dah.Rosak mood aku.

Kalaulah aku tahu bestnya tempat ini dari dulu lagi aku lepak.Pada aku Chalet Rimba Jinbara ini mempunyai air sungai yang terbersih.Tandas dan bilik airnya juga efisen dan bersih.Persekitaran juga bersih.Memang staf menjaga kebersihan.Puas hati.




Kita pakai baju merah sempena perayaan Tahun Baru Cina.Barulah bangkit energy.



Perasaan seronok dan teruja melihat air dari anak sungai mengalir segar.Dalam hidup ini lakukan sahaja apa yang kita suka selagi tidak melanggar arus.Jangan layan stres dan masalah.


Batuan kecil di dalam sungai.

Di bahagian tengah.Kawasan agak dalam sedikit dan banyak ikan berenang.Lupa beli roti bagi makan ikan.



Gambar kelihatan cerah.Ini semua gambar sungai.


Duduk atas batu sambil rendam kaki.Alangkah terhiburnya hati ditemani bunyi deburan air mencecah batu.Air sejuk badan dah mengiggil.Tiada sebarang gangguan.Terbaik.

Jom beralih ke kawasan hujung.Kena pakai selipar masuk sungai kerana banyak batu-batu kecil yang tajam.Kalau nak jadikan refleksologi kaki pun boleh.




Mak hitam datang mencari makanan.Kurus saja dia baru lepas menyusukan anak.Maaf Mak Hitam..saya tak bawa makanan kucing


Anak sungai di penghujung chalet.Cetek dan agak jernih.Bila mencecah kaki ke sini aku teringat anak sungai di bengkel kereta ayahku (sekarang jadi kawasan tapak Petron Setiawangsa).Di situlah ayahku mandi dan gunakan bekalan air.Airnya cetek dan jernih sama seperti di sini.Tapi bila ada desakan pembangunan kita terpaksa berpindah.Itulah hakikat kehidupan mentimun vs durian.







Aku temui inner peace di sini.Kedamaian yang sekian lama aku cari.Bolehlah datang melepak lagi lain kali bersahabat dengan alam semulajadi.


Di atas tebing ada pohon buluh merimbun menghijau.Tak menyesal aku datang ke sini.Pilihan yang tepat dari Maha Kuasa.














Pertama kali aku lihat pepatung jenis halus begini.Matanya besar terjojol.Ada warna maroon,biru,kuning bermain-main di gigi sungai.Hanya jinak-jinak merpati sukar untuk ditangkap.

Nikmat Tuhan manakah yang kau dustakan?-surah ar rahman.



Langit biru dan cerah.Belum ada tanda-tanda mahu hujan.

Deretan chalet yang disediakan di Rimba Jinbara.Ada lebih 20 chalet rasanya bermula dari hadapan.Tapak berumput ini khas untuk pasang khemah.


Di bawah ini ada batu besar tempat terjunnya air.Letak kepala di situ dan biarkan air mencucuri kepala.Seronok betul.Cebok-cebok air dengan tapak tangan dan raut ke kepala dan wajah dengan bacaan doa.Niat dalan hati agar dibuang segala penyakit hati dan fizikal,diberi ketenangan hati,menyerap energy alam yang positif.Segala amalan tergantung pada niat.Insyaallah akan rasai self healing.


Walaupun aku sampai di sini sudah lewat 1.30 petang tapi suasana redup di sini sangat menyenangkan hati.Dapat duduk,makan nasi di tepi sungai amat menghiburkan hati.Bila dekat dengan alam semulajadi maka hilanglah kegundahan dan kegelisahan.Alam itu satu terapi.Orang pula tiada,sunyi sepi hanya ditemani air sungai alangkah nikmatnya hari ini.Tiada sebarang gangguan.

Dapat solat zohor dan asar di sini.Waktu asar aku solat di pondok.Ya Allah tenangnya bunyi air sungai mengalir.Inilah waktu me time paling bermakna sepanjang hidupku.Benarlah jika kusut dan serabut bertemanlah dengan alam pasti kau tidak akan kecewa.

Masa untuk kita pulang.Sekitar 7pm aku sudah pergi meninggalkan chalet indah ini.Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi.Datang hari biasa bukan hari minggu ok

Kelihatan deretan banglo mewah di cerun bukit Kemensah Height.Semua rumah orang berada.Untungnya dapat tinggal di sini.Tenang,aman dan damai.Aku dapat rasakan aura baik di sini.






Monday, 5 February 2024

Komunikasi dalam media sosial penuh kepalsuan


Sudah sejak lama saya menyukai gaya komunikasi secara langsung; berbicara secara menatapp muka dan mata. Sebab dengan begitu, kita akan mudah menangkap sebuah kejujuran. Mimik wajah akan tersorot dengan spontan manakala ada kebohongan juga yang dapat disingkap.

Komunikasi langsung dengan menatap muka dan mata, di era moden ini kurang mendapat perhatian serius. Dengan kewujudan media sosial, membuat orang enggan atau malas bertemu untuk membicarakan sesuatu. Semua dilakukan melalui layar smartphone. 

Lambat laun, muncul sebuah ketakutan untuk berbicara secara langsung. Terlebih tema yang akan dibahas merupakan persoalan yang sangat serius. Saya menduga, orang-orang zaman kini mempunyai penyakit yang cukup aneh, yakni merasa takut bertemu orang. Atau, merasa tidak layak untuk mengemukakan pendapat secara langsung.

Media sosial, menurut hemat saya, mulai menjatuhkan keberanian banyak orang. Kemudian secara perlahan-lahan telah mematikan semangat hidup untuk terus bersilaturahim atau bertemu, saling menyeimbangi dan megunjungi satu sama lain. Dunia sudah berubah. Kita akan menemukan suatu situasi dunia baru yang sepi kala di kehidupan nyata, tetapi riuh-gaduh di maya.

Kita menjadi pengecut. Menjadi serba takut menghadapi orang lain. Padahal, tidak demikian yang diajarkan agama. Dalam Islam, atau mungkun pada setiap agama, yang dimaksud silaturrahim adalah bertemu wajah dan fisikal. Bukan teks dalam pesan singkat aplikasi yang terdapat di smartphone.

Penegasan itu disampaikan pula oleh salah seorang Mustasyar Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU), KH Adib Rofiuddin Izza, saat menghadiri Temu Alumni Buntet Pesantren Cirebon di Hotel Ayong, Linggarjati, Kabupaten Kuningan, Ahad (31/12).

"Yang namanya silaturahim itu ya ketemu. Bukan lewat hape. Enggak bener itu kalau silaturahim melalui telefon.Sekarang, banyak gaya kalau di dunia maya. Kalau bertemu ustaz, kiai, bukannya minta nasihat tapi minta bergambar berdua.Diposting di media sosial, ditulis seolah-olah merasa paling dekat dengan ulama," kata Ketua Yayasan Lembaga Pendidikan Islam Buntet Pesantren Cirebon (YLPI-BPC) itu.

Dari keterangan KH Adib di atas, kita bisa simpulkan bahwa melakukan komunikasi melalui smartphone atau berselancar di media sosial hendaknya disulami dengan keaktifan di kehidupan nyata. Kalau tidak, maka tidak akan timbul keberanian.

Dalam bahasa sehari-hari, "Di media sosial galak, aslinya penakut".

Apa jua isu menjadi heboh dalam media sosial sahaja. Parahnya, keriuhan di media sosial menjadi percikan permusuhan yang terbawa ke dalam kehidupan sehari-hari.

Hampir seluruh hidup kita dipengaruhi media sosial, sehingga saat permusuhan tercipta, kita menjadi lebih enggan bertemu dengan orang lain. Lebih lagi bersua dengan orang yang berbeza pilihan politik.

 Lebih-lebih, di era digital ini. Fitnah dan tuduhan datang melalui media sosial, tidak jelas siapa pelaku dan pembuatnya. Padahal tidak tabayun atau bahkan belum pernah bersentuhan langsung dengan seseorang itu.Ramai menjadi ahli agama jadian,peguam jadian dan polis jadian.Ramai tukang hukum.

Maka, itulah pentingnya berkomunikasi langsung secara tatap muka dan mata. Kita bakal tahu seberapa jujur dan bohongnya lawan bicara. Seperti itu, menurut saya, silaturrahim. Saling memberi senyum keindahan yang menjadi penyejuk jiwa. Sebab, semudah-mudahnya sedekah ialah memberi senyum kepada saudara sendiri.

Kalau di media sosial, memang ada emoticon senyum. Tetapi mungkinkah pemberian emoticon senyum juga berbarengan dengan senyum yang kita sama sekali tidak tahu? Bisa saja tidak demikian.

Maka, media sosial lebih berkecenderungan melahirkan banyak kepalsuan dari komunikasi yang dilangsungkan dengan pertemuan fisik. (Aru Elgete)

Tuesday, 30 January 2024

Naelofar hijab Sogo KL

 Aku ni ada 1 penyakit.Kalau aku suka sesuatu benda tu aku akan beli walaupun aku sebenarnya tak guna pun.Sudah 2x aku berjalan di kedai Naelofar dalam Sogo.Walaupun aku bukan hijabers sangat tapi mata aku tengok produk Naelofar ni ekslusif.Aku sukakan bawal cotton voile nya.Kainnya lembut halus dan berkualiti.Tak sama dengan yang tak ada jenama luar sana.Jenama Tudung Fazura(TF) pun tak boleh challenge dengan fabrik Naelofar.Aku sendiri pegang sentuh aku tahulah.Harga pun berbeza yang Fazura rm27,yang Naelofar rm79.Aku yakin NH lebih elok berganda-ganda.TF itu dibuat untuk harga marhein.Pin 2x berlubang kain mengikut testimoni orang.



Ini shawl Naelofar Hijab (NH) kain satin.Pernah nampak perempuan pakai di tapak uptown danau kota malam raya 2022.Harga dalam rm99.

Warna earth dan nude.Tidak terang mata dan sesuai digayakan dengan aneka pakaian


Berkenan dari hari itu corak monogram hijau ini.Tahan saja hawa nafsu nak membeli.Sebab tahu kalau beli simpan saja dalam almari.

Inilah bawal cotton voile yang aku sukakan kainnya.Corak monogram rm79.Dijanjikan tak perlu gosok.Aku percaya sebab kain lembut terletak.Cari tempat lain pun tak ada corak ala-ala NH ni.Yang banyak hanya corak bunga-bunga dan cat tumpah.Weh aku sebenarnya spoil tengok perempuan pakai tudung corak cat tumpah jenama Parehah tu dengan gabungan warna blocking tu.Kalau muka gelap kusam memang terus turn off.Model-model yang menggayakannya tentulah cantik elok naik seri.Nama pun model.Kita yang orang biasa ni janganlah perasan akan nampak cantik macam depa.Kadang bertambah hodoh dan ganjil🙄

Sebenarnya minimalist (minimal) itu lebih menawan.Aku masih ingat sekitar tahun 2000 ke atas para guru di sekolah nampak cantik dengan tudung bawal kosong sulam tepi.Tapi tudung sekarang semakin semak dan kusut design nya.Paling tak boleh tahan gambar kapal terbang,kek,muffin,menara klcc,menara Eifel Tower,kereta,segala bentuk cetak jadi tudung.Konon comel bila pakai.Kalau muka dah sedia comel ok fine tapi muka sembap,kusam,takda seri bila pakai tak ke tambah semak?Gambar bunga ok la lagi.

Tudung ini ibarat fesyen.Pelbagai jenis kain,corak dan warna.Menjadikan pelangi di tengah keramaian dengan aneka warna.Obses dengan tudung sampai hampir pupus manusia tidak bertudung.Dikutuknya pula wanita tak bertudung.Gila dah manusia zaman sekarang.Aku tak reti bab tudung sebab bukan hijabers sejati.Tapi aku tahu kaum perempuan paling hantu bab beli tudung.Kadang nak pecah almari sebab dah penuh sangat hahahahaha.....





Beli lipstick Simply Siti yeahhh

 Aku seperti baru tersedar dari tidur setelah diketuk kawanku sendiri.Katanya kita kena pakai sedikit mekap untuk serlahkan seri wajah.Jika tidak muka nampak kosong sahaja dan orang akan fikir ini orang sudah berkahwin.Orang yang dah kahwin kan tak gemar bermekap sangat macam bujang.

Sebenarnya dalam almari rumah aku banyak alat mekap.Bukan tak ada bedak,foundation,lipstick,blusher,maskara,
Celak kening dan lain-lain.Aku suka membeli SAHAJA tapi tidak dipakai secara berterusan.Pakai beberapa kali dan tinggal bertahun-tahun dan expired-buang.Terbakar semua duit.Paling banyak ialah skincare.Pakai sekali dua tak sesuai dengan kulit maka akan ditinggalkan terus.

Kenapa aku terlalu susah nak pakai mekap ya walaupun pergi kerja?Tak nak ke nampakkan diri cantik manis berseri?Alasan pertama aku sebab susah nak cuci mekap tiap kali nak solat.Jadi biarkan wajah kosong pucat lesi nampak berusia.😐Nak cantik bukan susah pun cuma aku yang malas.Konon nak muka natural bare face.Tapi tak juga lawa flawless macam kulit Song Hye Kyo pelakon korea tu wuwuwu



Pakai face mask anti jerawat Jovian.Kenapa aku rasa mask ni macam panas.Kata mekap tak melekat tapi aku cek ada sisa bedak melekat dan gincu.Ke sebab harga markdown rm15 sekotak jadi..kualiti lain?Kalau yang lama tu rm 29.00 sekotak kain lembut dan tak melekat bedak.Ermm upset lah macam ni🙄😐

Panjang lebar cerita jom balik ke topik asal.
Aku saja jalan-jalan di KL Sogo hari ini selepas habis appoinment di hospital.Aku naik ke tingkat 3.Baru perasan ada kiosk produk Simply Siti by Siti Nurhaliza.Ada diskaun pula.Harga memang terbaik.Semua mekap ada harga promosi.Promoter ni kata best selling adalah lipstick fresh colour mosturizer kod Cappuccino.Ia adalah kombinasi dari kod 1 & 2 (lupa nama kod).Tambah promoter ini lagi kod capuccino ni akan buat muka tampak cerah dan berseri.Bibir pun lembap berkilau.Wah aku dah mula terpengaruh.Aku cuba calit di tangan.Warna nude oren gitu.Aku teringin nak cuba sendiri di bibir.Memang cantik sangat!!

Memang lama dah aku cari warna begini.Mengingatkan aku lipstick jenama Bobbi Brown yang pernah aku beli tahun 2018 dulu dengan harga rm80.Warna memang cantik merah oren nude.Terus aku buat keputusan nak beli 1.Harga promosi rm25 sahaja dan harga asal ialah rm39.Tapi lipstick ni tetap melekat pada mask muka.Sebab tekstur lembapnya ini bukan matte.Promoter kata sapu bedak sebelum sapu lipstick.Ok baik good tips.

Sebab lipstick Bobbi Brown yang aku beli dulu dah tak ada kod tu.Aku pernah tanya.Simply Siti ada pula warna ni nampak lebih kurang sahaja cuma cerah sedikit.





Promoter hantar barang ke kaunter untuk buat bayaran.

Ikut hati nak beli krim muka Dermagic.Rindu dengan bau plant endorphin nya.Aku pernah beli di tahun 2012 dulu dengan harga rm 29.90.Sekarang dah jadi rm 49.90.Tapi formula dah ditingkatkan dengan bahan aktif niacinamide dan gabungan 2 lagi produk krim Simply Siti lain lalu dimasukkan menjadi Dermagic.Ermm tak nak lah sebab bau pun dah tak sama macam Dermagic yang asal.

Bedak 2 way cake Argan pun masih ada.Dijual semula atas permintaan.Memang bedak tu bagus sangat.Aku pernah cuba pada tahun 2018 dulu muka automatik berseri bercahaya.Finishing bedak memang jadikan kulit mulus.Sapu 2 lapis dah gebu.Tahun 2019 aku beli lagi sekali tapi tak habis guna.Sampai sekarang masih simpan dan ok aku mulai continue.Cantik kulit muka lepas guna.Tak susah pun nak jadi lawa hanya pakai bedak dan lipstick cukup.Produk Siti Nurhaliza pasti berkualiti setanding dengan nama besarnya.Jangan beli bedak tak ada jenama.Rosak kulit .

Bila kita tata rias diri kita maka diri sendiri gembira.Bukan untuk orang lain tapi untuk keyakinan diri sendiri.Aku dah mula sedar kata-kata kawan aku bahawa perempuan kena mekap untuk tampil menarik jangan biar muka terlalu kosong.

Ok inilah gambar produk ;


Moist Lipstick

Hydrating
Nourishing
Sheer shine finishing






Balik rumah baru perasan made in PRC (china).Kilang di sana agaknya untuk cut cost.Dulu made in Korea.Mana boleh duit Korea mahal beb sekarang.


Cantik kan bibir pakai lipstick Simply Siti kod Cappuccino ni.Nampak fresh dan nude.Aku tak suka warna merah menyala.I really like 🤩🤩🤩🤩 this kod warna.


Cari lighting terang dalam butik Uniqlo.
Tiba-tiba rasa gembira tengok muka dan bibir sendiri lepas pakai lipstick Simply Siti.Terus naik seri dan tidak kusam.🤩🤩👍👍.Lepas ni kena pakai sampai habis.Jangan sekadar beli tapi simpan.Jangan segan untuk tampil cantik menawan.Kita cantik untuk hargai diri sendiri,tingkatkan mood gembira dan meyakinkan.

*Kadang-kadang bukan perlu sangat pun beli sesuatu barang,tapi keseronokan dapat keluar dan membeli.Itu sebenarnya walau hakikatnya dah jadi membazir








Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...