Masuk saja tahun baru maka umur kita semakin meningkat ke arah tua.Ha ha ha
Jom kita tinggalkan lembaran lama buka lembaran baru..
Apa azam tahun ini?Azam aku paling utama 🌶ingin merubah hati dan cara fikir ke arah yang lebih positif berlandaskan syariat yang benar.Hati baru fikiran baru.🧠💚Tak mahu lagi diperdaya hawa nafsu yang liar lagi merugikan diri.
🌶Aku juga ingin lepaskan semua memori pahit menyakitkan hati yang menggigit diriku hingga sakit.Dah tak nak bawa biawak dalam baju.
🌶Aku juga memaafkan apa juga salah silap org terhadapku.Aku tak mahu lagi pikul beban dan nak let go!
🌶Aku nak berani buang circle toksik yang merosak akal dan hati.Serahkan pada Tuhan sahaja.Aku tak mahu lagi terbelenggu dengan circle negatif dan membuang masa.
🌶Aku nak belajar fokus.Fokus.Fokus.
🌶Belajar bersihkan hati dan akal.Melatih diri untuk tidak sebut perihal orang,gosip,jauhi negatif.
🌶Mengenal ilmu ugama lebih baik lagi.Mantapkan fardu ain,tauhid,tasawuf
Semoga hajatku tercapai dengan jayanya.
*Kali terakhir celebrate new year di KLCC kemudian tidak lagi.Aku bencikan keramaian,kesesakan,kepenatan.Baik bersenang di rumah 😀
Lagipun ustaz kata sambutan ini menyerupai kaum bukan muslim.Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.