13 Februari 2024 -Selasa
Hari ini tercapai hajat dan impianku untuk healing di Kampung Kemensah,Hulu Ampang yang terletak di belakang Zoo Negara Kuala Lumpur.Sudah lama sebenarnya terlintas nak pergi tapi ada saja kekangan dan halangan.Aku ini simple orangnya kalau rasa nak pergi maka terus saja jalan tak fikir-fikir lagi.Hidup ini mudah,pelbagai kemudahan ada zaman sekarang jadi kita manfaatkan sahaja dengan rasa syukur.
Sebenarnya aku bertolak sudah agak lewat.Maklumlah bangun pun dah 10 pagi.Letih badan kerja balik lewat malam.Biasanya hari cuti sebelum-sebelum ini aku akan keluar ke shopping mall untuk makan dan beli apa-apa tapi tahun 2024 ini biarlah tukar angin pula dengan berkunjung ke tempat alam semulajadi.
Langgan grab car pukul 12.20 pm tengahari.Sepatutnya 9 pagi aku dah bertolak.Sebab tak rancang.Harga hari ini rm24.40 dengan jarak hampir 7km.Pemandu grab ini pun baru pertama kali memandu ke dalam kampung kemensah.Dia sendiri tidak tahu ada sungai di dalam ini.Aku bagi location tepat kepada pemandu grab supaya tepat sebab dalam grab car tidak semua tempat tersenarai.Hanya ada di google maps.
Aku niat untuk ke Fariha Waterfall kawasan atas sana.Aku ada google dan mesej.Owner ada hantar location.Katanya tak jauh dari Celi Chalet.Dengar cerita air sungai di kawasan atas-atas ini lebih jernih dan bersih berbanding chalet hadapan.Jalan lagi ke depan nampak papan tanda Atv KL.
Kami teruskan lagi perjalanan.Macam dah tersasar jauh.Entahlah tengok kiri kanan macam dah tak ada tempat mandi.Bayang Fariha Waterfalls pun tak ada ke tersorok celah mana.Jumpa pula pusat paint ball kemudian berakhir di jalan mati.Nampak papan tanda Air terjun Batu Asah.Telefon Puan Fariha tapi tak angkat dan mesej pun tak balas.Kami dah sesat jalan dalam google maps pun tak dapat detect.Macam mana hendak berhubung kalau tak jawab mesej dan telefon.Sini line ada 1,2 bar sahaja kadang hilang.Tak minat dah cari-cari buang masa kot 😞😖
Di sepanjang jalan penuh orang naik kereta atv.Perempuan pun ada.Kaki sukan lasak ni.
Akhirnya pemandu grab buat keputusan untuk turunkan aku di tempat ramai orang.Aku sedekah extra rm6 upah dia bawa kereta pusing-pusing masuk kampung.
Aku tak mahu berhenti di Celi Chalet sebab nampak banyak kereta Atv dan air di situ keruh.Mandi pun tiada privasi tempat terbuka tepi jalan.Aku pernah 2x ke situ.
Aku terpaksa buat keputusan segera di mana hendak berhenti.Ok aku setuju untuk berhenti di Chalet Rimba Jinbara.Tempatnya agak tersorok kerana perlu membelok ke kiri dan terus ke atas.Aku pernah lalu di sini beberapa tahun lalu selepas balik dari Chalet Warisan Hati Rimba.Aku agak terkejut lihat tempat ini sunyi tiada orang langsung.Ya hari ini hari selasa.Raya cina sudah habis.Chalet di hadapan seperti Pak Tam dan Teratak Angah penuh dengan orang.Ahh aku tak suka tempat tu bising orang menyanyi karoake.Aku nak healing nanti jadi sakit pula.Sakit telinga sakit mata sakit jiwa.
Ada banyak chalet tempat mandi manda di kawasan Kg Kemensah ini jadi anda boleh cari sendiri info.Terpulang anda sukakan kawasan yang bagaimana
************* *********************
Pada mulanya aku teragak-agak hendak menyewa pondok di Rimba Jinbara ini kerana lenggang senyap sunyi tiada pengunjung.Ok ke tempat ini ishh.Insyaallah selamat dan tiada apa-apa.Inikan tempat terbuka kawasan kampung.Hendak ke Chalet Warisan Hati Rimba malas pula kena jalan lagi ke depan.Lagipun situ sungainya cetek dan tak puas.Abang ini tanya seorang saja ke kenapa.Ada kawan pun tak guna abang.Manusia memang begitu hanya pandai buat janji.Abang ini faham setuju dan membalas ya lah kak dari kita kecil pun kawan memang begitu.
Akhirnya aku setuju masuk di Chalet Rimba Jinbara dengan bayaran ikhlas rm30.Mula-mula aku hanya minta meja dan bangku tapi abang ini kata tak ada macam tu.Kena sewa pondok senang sikit boleh duduk selesa dan baring.
Abang ini tak tetapkan harga katanya berapa yang aku ada,bagilah ikut keikhlasan.Lagipun dia kata sebab aku seorang.Alhamdulillah itu saja yang aku mampu.Sepatutnya harga asal pondok rm 60,rm 120 untuk tidur semalaman 5-6 orang.Aku bukan nak tidur dalam tu cuma tumpang berteduh,makan dan berehat.
Aku tanya abang ini Parihakk Waterfalls di mana.Katanya depan sikit dari Celi Chalet dan sebelah kanan.Situ sahaja.Aku cakap call pun tak jawab.Abang ini kata owner nya sedang mengandung,bad mood (sambil mencebek) 🤠hahahaha faham.
Ternyata aku tidak salah memilih tempat.Bukan main seronok aku kali ini.Ada privasi boleh duduk lama-lama dalam sungai mandi tanpa gangguan sesiapa.Air elok jernih.Hanya ditemani ayam dan kucing.Tak pernah aku rasa nyaman,aman dan tenang sebegini menikmati alam sekitar.Tak perlu berkawan-kawan nanti ada yang tukar dan batalkan rancangan.Aku serik berjanji dengan orang dah.Rosak mood aku.
Kalaulah aku tahu bestnya tempat ini dari dulu lagi aku lepak.Pada aku Chalet Rimba Jinbara ini mempunyai air sungai yang terbersih.Tandas dan bilik airnya juga efisen dan bersih.Persekitaran juga bersih.Memang staf menjaga kebersihan.Puas hati.
Walaupun aku sampai di sini sudah lewat 1.30 petang tapi suasana redup di sini sangat menyenangkan hati.Dapat duduk,makan nasi di tepi sungai amat menghiburkan hati.Bila dekat dengan alam semulajadi maka hilanglah kegundahan dan kegelisahan.Alam itu satu terapi.Orang pula tiada,sunyi sepi hanya ditemani air sungai alangkah nikmatnya hari ini.Tiada sebarang gangguan.
Dapat solat zohor dan asar di sini.Waktu asar aku solat di pondok.Ya Allah tenangnya bunyi air sungai mengalir.Inilah waktu me time paling bermakna sepanjang hidupku.Benarlah jika kusut dan serabut bertemanlah dengan alam pasti kau tidak akan kecewa.
Masa untuk kita pulang.Sekitar 7pm aku sudah pergi meninggalkan chalet indah ini.Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi.Datang hari biasa bukan hari minggu ok
Kelihatan deretan banglo mewah di cerun bukit Kemensah Height.Semua rumah orang berada.Untungnya dapat tinggal di sini.Tenang,aman dan damai.Aku dapat rasakan aura baik di sini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.