Tuesday, 20 February 2024

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Urusan dipermudahkan segalanya.

Kami ke Grocer Village; Melawati mall beli minuman air mineral,roti,buah,sarapan sebelum bergerak ke Kampung Kemensah belakang Zoo Negara.Pergi berkelahlah tenangkan fikiran.Cukuplah duduk melepak dalam mall menambah serabut melihat gelagat manusia seribu macam.





Seronoknya bersahabat dengan alam semulajadi.Di sinilah tempat rekreasi,refreshing sebenar.Lari dari kesibukan dan kekusutan bandaraya.Datang menghiburkan hati di chalet kemensah.Ditemani unggas hutan,deburan air dari anak sungai,kejernihan air nampak ikan berenang bebas.

Datang seorang pun seronok dapat menghayati makna alam sambil bertafakur kepada Ilahi.Dapat merenung diri yang sebenar.Datang berkawan pun ok juga ada teman berbicara.Bicara pula tiada henti😂walau ada perasaan segan itu lumrah.Sekurang-kurang rasa diri dihargai dan dihormati.Itu yang aku mahukan dalam persahabatan.


Gambar kenangan bermain air sungai.Seronoknya seperti tidak mahu balik dan mahu terus tinggal di sini.Alangkah damainya bangun pagi buka tingkap bunyi aliran air dan unggas menyanyi.

Rasa tenang, nyaman dan bahagia bersatu dengan hutan. Kawan aku juga seorang yang menenangkan jadi kami rasa selesa. 


Berbaring sebentar berehat di pondok selama sejam lebih.Hujan renyai mengiringi waktu petang dihembus angin yang bertiup.Melambai-lambai dedaun pokok sekitar sini.Ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Tak pernah rasa sebahagia ini.

Inilah nafas yang aku cari selama ini.Menjadi terapi membuang negatif diri.Semoga kita bertemu lagi wahai air sungai kg kemensah.






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Selamat Hari Buruh 2025

 Pukul 12.30 tengah hari. Hari ini hari buruh.Hari cuti buat semua pekerja.Hari untuk istirehat dan beriadah bersama keluarga atau me time. ...