Saturday, 3 November 2018
Apa itu sahabat sejati
Persahabatan adalah hadiah paling hebat dalam hidup.Persahabatan sebenar ialah saling faham dan memahami antara dua jiwa.Persahabatan juga apabila anda berasa selesa dan bebas apabila dengannya.Tanpa sahabat maka sunyi dan suramlah hidup ini.Berjalan bersama sahabat dalam gelap lebih baik dari berjalan berseorangan menggunakan lampu.Hebatnya perumpamaan seorang sahabat.
Apa maksud kawan?apa maksud sahabat?
Pada aku ada perbezaan.Kawan bermaksud kawan biasa yang kita boleh berbual ringkas contohnya bekas kawan sekolah,kawan sekerja dan kawan di alam maya.Kebanyakannya ada di kala senang sahaja.Apabila susah maka menghilanglah diri seperti angin.
Sahabat pula bermakna seseorang yang boleh berkongsi suka atau duka,ada di kala susah dan senang.Sentiasa memberi nasihat dan panduan berguna apabila memerlukan.Kalau mereka menegur kita pun kita tak terasa hati kerana teguran itu biasanya penuh kasih sayang dan berhikmah.Sahabat ini seseorang yang buat hati kita berasa tenang,senang,damai saja apabila bersama mereka.Kita tak segan nak bercerita dan berkongsi kisah atau masalah.Mereka boleh memahami dan menyimpan rahsia kita.Berkongsi cerita,masalah,makan malah boleh tidur sebantal.
Sungguh benar kata seorang hamba ini denganku bahawa kehilangan BFF(Best friend forever) ini lebih menyakitkan dari kehilangan seorang kekasih.
Kata orang kalau persahabatan melebihi dari 5 tahun bermakna dialah sahabat sejati sahabat akrab.Biasanya persahabatan begini banyak bermula dari zaman persekolahan.Kawan sekolah dan tempat belajar ni berbeza.Kawan dari sekolah lebih banyak mengetahui dan memahami karakter kita kerana membesar sama-sama.Makan nasi lemak tepi tangga kantin,beli burger makan sepinggan,air sirap ikat tepi kongsi.
Zaman sekolah masa form 1 dan form 2 dulu aku jenis tak berkawan sangat.Aku seorang yang pendiam dan introvert.Setakat bertegur sapa dengan rakan-rakan tu biasa.Kawan rapat ada,bermula dari form 3.Kami duduk satu kawasan perumahan jadi pergi dan balik sekolah jalan kaki sama-sama.Satu kelas pula.Kepala dah gila-gila kami membentuk geng bernama GMK (Geng Minah Kepoh).Ada 8 ahli kesemuanya.Selalu bila balik sekolah kami melepak di taman tasik sebelah sekolah.Dengan angin yang tenang bertiup,sejuk dan redup saja lepak bawah pokok. Kononnya nak study group.Buka buku sipi-sipi saja selebihnya buat kecoh bercerita dan bergelak ketawa.
Seronok bila terkenangkan zaman persekolahan.Ada minggu bahasa melayu,minggu bahasa inggeris,pelbagai aktiviti anjuran sekolah tiap minggu.Yang bersuara merdu cikgu minta buat persembahan nyanyian.Zaman itu lagu-lagu Westlife,Blue,Britney Spears tengah top.
Apabila tiba musim sukan,kami sibuk pula berlatih sukan untuk acara lari,lompat tinggi,lompat jauh,lontar peluru.Ada pula aktiviti berkawad bagi jawatan beruniform,pasukan sorak.Acara kemuncak sukan berlangsung di stadium Bukit Jalil.Dalam LRT tu penuh budak sekolah kami sahaja pagi buta.
Paling best masa ke kelas tusyen bersama-sama.Ingat lagi cikgu tusyen yang kelakar dan menghiburkan.Mr.Danny,Mr Derrick,Mrs Kamsiah.Besarnya pengorbanan ibu yang membayar yuran tusyen aku dari form 2 hingga form 5.Rasa tak terbalas jasa ibu...:'(
Bila dah tamat sekolah maka masing-masing berpecah.Bawa haluan sendiri.Semua ke sana sini sambung belajar maka rengganglah hubungan kami.Yang masih rapat cuma dua tiga orang yang tinggal berdekatan rumah.
Sahabat A
Aku ada seorang sahabat.Masa sekolah dulu geng GMK pun kurang berkenan dengannya kerana sikapnya yang menggedik sedikit.Tapi nak buat macam mana orang suka cari perhatian.Aku agak rapat dengannya kerana suka juga menolongnya dalam pelajaran.Lepas sambung belajar,kerap juga ke rumahnya hujung minggu.Kami kemudian keluar ke taman tasik untuk jogging.Ramai lelaki-lelaki hidung belang cuba mengurat kawanku ni.Pasal mukanya flawless,pergi taman pun bermekap.Malas aku nak perincikan lebih-lebih.
Dia ni baik pada pandangan aku.Tak pernah tak makan kalau singgah ke rumahnya.Familinya juga di kalangan yang baik-baik.Ayahnya selalu mengingatkan kami waktu solat.Rasa dekat dengan semua familinya.Ada masa dia ajak bermalam di rumahnya.Segan juga tapi dia pujuk kata lama tak berborak.
Duit dalam tangan RM10 pun kami sanggup keluar berjalan.Asal keluar.Pernah juga ikut dia balik kampung waktu musim buah.Siap mandi sungai,jalan-jalan ke Hot Spring lagi.100% familinya support.Aku tak boleh berkata tidak padanya.Aku mesti akan cuba tunaikan permintaannya sebab fikir dia kawan aku.Dia terlalu manja kemana sahaja harus berteman.Aku kadang tak mampu tunaikan sebab aku juga ada urusan.Dia anggap aku BFF dia.Aku pernah ke kolej dia,ke rumah sewanya untuk berjumpa.
Aku sampai di satu tahap rasa dia terlalu nak mengharapkan aku.Aku nasihatkan dia agar cuba bergantung di atas kaki sendiri.Dia terasa hati dan kami off sekejap.Lepas tu dia tak lagi anggap aku BFF dia.Hmmm...kami masih berkawan seperti biasa.Dia suka bercinta dan bertukar-tukar bf.Memang tak serik.Puas dikecewakan pun cari pasangan baru.Kalau aku,bye-bye laa..baik aku single dan fokus study.Cinta punya pasal dia terkandas dalam study.Tak habis study kerana selalu kena repeat paper dan akhirnya yuran berganda-ganda.
Akhirnya dia berkahwin.Berkahwin pula dengan orang yang dia dah tahu berbuat curang di belakangnya semasa bertunang lagi.Sayang punya pasal dengan harapan suami akan berubah setelah bernikah.Memang tidaklah berubah malah makin teruk.Nafkah pun tersekat-sekat sampai dia kena meminjam duit dengan kawan-kawan untuk menyara hidup anak kecil.Kehidupan rumah tangganya penuh air mata dan sengsara jiwa raga.Sebagai sahabat aku cuba memberinya panduan jalan keluar tetapi kalau dia masih nakkan suaminya apa boleh buat?Sejujurnya aku kasihan dan simpati sangat dengan nasibnya yang tersalah memilih suami.Deritanya hidup sahabatku angkara lelaki tak guna dan tidak pandai menghargai ini....
Kadangkala aku terfikir mungkin ini adalah kifarah yang harus dia tanggung akibat penganiyaan yang dia lakukan terhadap.....
Sahabat B
Aku kenal dia dari sekolah lagi.Agak rapat dengan familinya juga.Dia ni bodoh-bodoh alang sikit.Aku sajalah harapan ibunya untuk berkawan dengan dia ni.Sebab dia spesis masuk air macam aku jadi kami boleh bertahan lama walaupun dia spesis berjanji tapi tak tepati.Janji nak keluar pukul 10 tapi belum bangun tidur.Terpaksa telefon berkali-kali kejut dia bangun.Serupa orang bodoh lagaknya.Kami banyak aktiviti bersama.Tengok wayang.Kami suka tengok filem melayu yang box office.Suka tengok cerita hantu Thailand.Banyak dah filem seram Thai kami tonton.Shopping.Puas dah kami jajah kawasan Bukit Bintang beli baju.Itulah port kami.
Beli barang mekap,karoake,makan-makan.Aku seronok dengan dia.Dia pun bukan jenis berkira bab duit tapi tak bermakna aku nak ambil kesempatan.Kalau bergayut di telefon berejam lamanya kalah kekasih.
Kalau pergi karoake,kamilah paling havoc.Nyanyi sambil melompat-lompat goyang kepala.Dengan orang lain tak boleh,hanya dengan dia.Aku banyak nasihatkan dia dalam mengharungi hidup ni sebab dia jenis jujur.Jujur pun taklah jujur mana kadang terkantoi juga tipunya.Biasalah nak cari alasan.Dia selalu cerita dia dibuli orang.Orang buli sebab cara dan sikapnya yang mungkin buat orang jengkel.
Apa aku beli dia nak beli juga.Jeans jenama apa,mekap jenama apa,baju jenama apa.Dia suka jadikan aku sebagai ikon fesyen.Aku bukanlah bergaya sangat,biasa sahaja tapi nampak kemas dan menarik.Kami boleh bersembang berjam-jam tanpa jemu.Siap dengan gelak tawa,ada saja yang lucu.
Dengan dia hidup tak pernah kering gusi ada saja modal nak ketawa.Familinya kerap mengajak aku berjalan ke rumah saudaranya,belanja makan.Kerap juga aku bermalam di rumahnya dengan alasan nak berborak.Terlalu seronok bercerita hingga 3-4pagi.Entah apa yang kami borak,yang pasti diakhiri dengan ketawa terkekeh-kekeh.
Tempat aku study pun dia pernah jejak.Aku juga begitu.Konvo aku pun dia datang.Punya rapat hubungan kami.Pelbagai masalah dikongsi bersama,kami saling nasihat menasihati.
Selama ini aku percaya cerita dia 99% tanpa ragu.Satu ketika kantoi dia menipu aku kerana takut nak mengaku hal sebenar.Sejak kes berat itu aku mula hilang rasa untuk terus berkawan dengannya.Selama ni aku banyak maafkan dia yang selalu tak tepati janji dan annoying tu tapi kali ni bye-bye.Aku rasakan dia liar dalam naif.Rasa tertipu....dan dia semakin banyak menipu untuk sorokkan topik sebenar.Mengikut pemerhatian aku dia banyak sorok sesuatu berkenaan lelaki yang dia kenali.Akhirnya dia ditipu dan diambil kesempatan.Mengikut cerita kawan lain juga,dia ni wild dalam diam.Apa yang orang ada,dia juga nak ada.Sampai bf kawan aku sendiri dia rampas dalam diam.Aku mulanya tak percaya tapi setelah aku kaji balik sikapnya selama ini yang suka copycat apa aku ada...aku terfikir tak mustahil juga bf orang pun dia nak copycat.Walahuallam.
Aku menjauhkan diri darinya bersebab.Aku dah tahu rahsia besar apa yang berlaku di belakang aku.Hingga kini Allah masih terus berikan petunjuk itu dalam mimpi-mimpiku.Sampai hati...demi mencapai kehendak duniawi.
Walau bagaimanapun aku kadangkala rindukan kenangan bersamanya.Terlalu banyak.Apapun dia tetap menjadi kenangan aku zaman kanak-kanak hinggalah dewasa.Sungguh aku merindui dirinya yang naif suatu ketika dulu.Dia adalah manusia yang aku paling rapat.Dia ibarat sahabat kekasih gitu.
Sahabat C
Aku kenal dia sewaktu study.Entah kenapa dia tertarik untuk buat baik denganku.Mungkin sebab aku orang kl jadi apa-apa senang dia rujuk aku kerana dia seorang perantau.Dia terlalu baik pada pandangan mataku.Sanggup jemput dan hantar aku pulang ke rumah dengan kenderaannya.Dia jenis suka ketawa tapi berhati sensitif jika ada sesuatu yang menyinggung perasaannya.Mungkin dia akak akak sikit dariku.
Aku selalu ke rumahnya tiap kali balik dari bekerja petang tu.Hujung minggu bermalam di rumahnya.Aku pun tak nak sebab rasa menyusahkan dia.Aku pun ada famili.Nanti famili kata dah tak ada rumah ke nak tidur.Aku tak boleh tolak perlawaannya pasti mengalah juga.Kami kerap bercuti di luar kl.Satu semenanjung sudah dijajah.Cameron Highlands tu dah macam rumah sebelah.Nak pergi,main jalan je.Ambil angin di pulau dan pantai.Mandi di air terjun dan sungai.Perak,Kedah,Perlis,Johor,Selangor.Ada saja destinasi percutian kami di kala hujung minggu.Yang pasti kami sangat enjoy bercuti.
Kemana saja dia pergi pasti jemput aku cuma tak semua aku ikut.Kalau bajet tak ada dia akan payung.Kadang aku juga perlukan rehat di rumah.
Tak dinafikan duit gaji aku banyak habis dilabur dalam percutian.Selebihnya memang dia yang labur.Nama pun kereta dia.Aku tak nampak sisi jahatnya kerana dia bukan begitu padaku.Selalu dia ingatkan aku bahawa dia baik denganku lillahi taala ikhlas.Selalu bila dia kesusahan dia minta aku mendoakannya.Terharu aku punya sahabat begini,meninggikan nilai diriku dengan meminta doa dariku.
Ada kalanya aku ketepikan keluarga sendiri kerana ikutkan kehendaknya untuk lepak bersama.Jiwa aku pun kosong,aku lebih senang keluar habiskan masa dengannya.Aku dikira sahabat terbaiknya dan dah macam adik beradiknya.Aku hargai apa yang dia ucapkan sebab aku selalu merasa tenang bila bersamanya.Dia berfikiran matang dan berwawasan.Banyak aku belajar erti kehidupan semasa berkawan dengannya.Cuma dia selalu bermasalah dalam bidang kewangan kerana banyak berhutang.Pening juga aku fikir nak tolong.Sikit-sikit bolehlah.Aku pun banyak terhutang budi dengannya.Selalu bab makan dia tak berkira.Malam-malam lepak uptown sambil layan orang menyanyi.Bukan nak beli barang pun cuma ambil angin malam saja.Aku jadi segan dengan segala kebaikannya.
Satu ketika kami bertengkar hal duit.Aku cuma minta dia bayar hutang kerana aku memerlukan duit.Mungkin cara aku minta pun buat dia terasa hati.Alhamdulillah kami baik semula lepas tu.Dia pun dah bayar balik duit aku sikit demi sikit.Kami masih teruskan aktiviti berjalan-jalan dan bercuti cuma tak sekerap dulu kerana dia ada banyak perkara untuk ditanggung..
Aku berhenti berhubung dengannya kerana sesuatu.Aku rasa dah tak boleh go on dengannya.Allah lebih mengetahui.Adakalanya aku merindui kenangan manis bersamanya.Aku doakan Allah memberikannya taufik dan hidayah.
Sahabat D
Aku kenal dengan dia dari sekolah lagi.Sampailah tamat sekolah kami masih berhubung.Hubungan kami banyak dihabiskan di kedai tempat dia meniaga.Dia memang baik,lemah-lembut dan pemurah orangnya.Aku senang dan tenang bersahabat dengannya.Keluarganya juga orang baik-baik.Dialah sahabat yang rajin solat.Tiap kali azan kami akan solat bersama di masjid.Makin lama hijabnya semakin lebar dan labuh.Pakaiannya juga makin besar.Malu aku dengannya.Aku ni dah la tak betul pakaian.Dia bijak menulis di blog dan melontar kata-kata hikmah.Aku paling gembira melihat dia mendapat calon suami yang baik berkat doanya dan ibunya sewaktu di depan kaabah.Aku rindu kau wahai sahabatku.Aku selalu doakan kebahagiaanmu di dunia dan akhirat.Aku sayang kau kerana Allah.
Ya Allah rasa nak mengalir air mata teringatkan mereka.Mereka pernah menjadi sebahagian dari perjalanan hidupku.Kenal rapat tidur sebantal,makan sepinggan.Aku bersyukur Allah izinkan aku kenal dengan mereka.Terlalu baik,naif dan jujur pun salah.Maka kita akan dipergunakan tanpa sedar.Kadangkala pengkhianatan telah membuatkan hatiku luluh hancur berkecai.Teringat kata-kata seorang hamba "beringatlah,tak ada orang yang terlalu baik dan sanggup untuk buang masa dengan kita kalau tak ada tujuan"
Hingga kini aku masih cuba bersangka baik dan antara percaya atau tidak dengan apa yang terjadi namun Allah lebih berkuasa memberi aku jalan petunjuk.Moga aku masih dalam lindunganNYA.
Ya Allah jujur aku teringatkan mereka.Hidupku terasa kosong tanpa mereka.Aku hilang tempat aku berkongsi cerita,bersuka ria,bergelak ketawa.Kosong sangat jalani hidup ini tanpa sahabat.Rasa tak lagi bermakna..........(sebak)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Chalet kg kemensah
Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...
-
Teluk Dalam Resort secara rasminya telah terbengkalai dan ditutup pada tahun 2015 kerana masalah pengurusan dan kewangan.Jadi blog saya ak...
-
Lagu yang paling tenang, menyentuh hati,tidak jemu ulang berulang kali dan dapat menjadi ubat hati di kala hati ini sakit dengan perkara du...
-
Persahabatan adalah hadiah paling hebat dalam hidup.Persahabatan sebenar ialah saling faham dan memahami antara dua jiwa.Persahabatan juga...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.