Sunday, 11 November 2018

Mencintai seseorang tanpa pernah melihatnya iaitu Nabi Muhammad saw

Aku tak mahu bicarakan cinta antara lelaki perempuan yang melibatkan perasaan.Aku tak mahu lagi bercerita kisah cinta bertunjangkan hawa nafsu,rindu berahi dan akhirnya bertitiskan air mata kekecewaan.Membuat sesak dada dan gelap dunia.Kau akan lelah mengejar cinta manusia yang bersifat fana iaitu sementara.Itu semua hanyalah palsu dan dusta belaka.Ia menghancurkan dan meranapkan ketenangan diri.

Di sini aku ingin bicarakan cinta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad saw iaitu kekasih Allah swt.Cinta yang sudah pasti berbalas.Cinta kepada habibi kekasih Allah swt pemilik alam buana ini.Subhanallah......hebat sungguh bagi yang berjaya meraih cinta Allah dan Rasulullah ini.Maka berbahagialah kalian.Lebih baik meraih cinta Si Pemilik Dunia dan KekasihNYA.Anda tidak akan sia-sia....

Isterinya Nabi,Aisyah berkata akhlak Nabi Muhammad adalah seperti al Quran yang berjalan.Sudahlah parasnya begitu indah,akhlaknya pula mulia

Air mata selalu mengalir deras pabila melihat bingkisan kisah saat-saat Rasulullah saw wafat.Disusuli pula dengan irama latar yang menyebakkan emosi.Begitu sayangnya baginda kepada umatnya walaupun saat malaikat Izrail ingin mencabut nyawanya baginda masih memikirkan bagaimana keadaan umatnya kelak.
"Ummati...ummati..."kata baginda dengan wajah cemas.
Baginda masih berdoa agar seluruh kesakitan sakaratulmaut yang bakal ditempuh oleh umatnya itu hanya ditanggung olehnya seorang.
Begitu kasihnya Rasulullah kepada kita semua.

Lagu Lauka na bainana juga turut membuat air mata ini bergenang.Benar-benar memacu kerinduan yang tidak berbelah bagi buat Nabi Muhammad saw.Lagu Kasih Padamu-nyanyian Hafiz Hamidun juga menambah kasih pada baginda.Dengarlah lagu serta selawat sebegini agar hati kita yang keras kembali lembut dalam mencari cinta Rasulullah saw.

Rasulullah tidak pernah melihat kita tetapi baginda sangat kasihi kita.Baginda mahu semua umatnya masuk ke dalam syurga bersama-samanya.Akan ada di akhirat kelak sebuah telaga Kausar yakni tempat baginda akan menunggu kita.Nabi pernah bersabda bahawa baginda lebih mencintai umat yang beriman dan mencintainya meskipun umat itu tidak pernah melihatnya.

Sesiapa yang berselawat 1x kepada Rasulullah maka Allah membalas 10x pahala kepada kita.Seorang malaikat telah diutus untuk melihat siapakah nama hamba  yang menuturkan selawat buat Rasulullah dan selawat itu akan disampaikan kepada baginda lalu baginda membalas semula ucapan selawat kita.Allah.....
Di dalam bacaan tahiyat sewaktu solat pun ada menyebut salam sejahtera buat baginda.Begitu tinggi martabat baginda di sisi Allah kerana bagindalah yang mengajar umat Islam tentang solat.Semak peristiwa Israk Mikraj.

Diriwayatkan dalam satu hadis sahih,pada setiap hari Isnin,Rasulullah akan dipertontonkan amalan umatnya sama ada amalan baik atau buruk.Ianya seperti layar skrin tv di alam barzakh.Jika baik maka baginda akan terus mendoakan kita jika amalan buruk maka baginda akan sedih lalu meminta Allah agar ampunkan kita.Subhanallah mulianya akhlak Nabi Muhammad saw.

Begitu tulusnya cinta seorang kekasih Allah yang tinggi darjatnya di sisi Allah terhadap kita hamba yang penuh dengan dosa serta maksiat.Itu baru dinamakan cinta sejati.Cinta kerana Allah,berpaksikan redha Allah untuk meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat nan abadi.

Betapa malunya diri ini berselawat kepada Nabi pun kurang malah tiada langsung.Bila sakit nak makan ubat baru fikir nak selawat.Itu pun konon nak berkat selawat kerana sakit.Kalau selawat dengan hati yang tulus ikhlas penuh kerinduan dan kecintaan buat baginda?hampir tiada kan?

Sesiapa yang ingin membuka pintu kebaikan maka bacalah surah al Fatihah dan selawat Nabi kerana apabila kita berbicara maka bicara kita mudah ditembusi ke hati pendengar.Ini kerana hati ini fitrah tempatnya mendengar ayat Allah

Bagaimana memupuk rasa cinta kepada Nabi Muhammad saw meskipun kita tidak pernah melihatnya?

-Baca dan kaji sirah Nabi

-Tahu ciri-ciri perwatakan Nabi seperti rambut,mata,kulit dan sebagainya

-Hayati kisah dan pengorbanan Nabi menegakkan syiar Islam

-Contohi akhlak mulia baginda ketika bersama sahabat,saudara mara serta musuh Islam

-Nabi Muhammad adalah seorang yang bersifat siddiq,amanah,tabligh dan fatonah

-Mengamalkan sunnah Nabi meskipun hanya sekecil sunnah contohnya bersugi ketika hendak wuduk.Allah sukakan kebersihan pabila kita solat untuk bertemu denganNya

-Perbanyakkan berselawat dengan rendah hati,menghayati dan hadirkan rasa rindu dan cinta kepada Rasulullah.Selawat yang bukan sekadar di bibir malah hadir bersama hati.
(Selawat ini sambil membayangkan Rasulullah ada di hadapan kita.Bacalah dengan sopan dan santun penuh rendah hati)

-Perbanyakkan menghadiri majlis ilmu dan maulid Nabi agar bertambah kecintaan pada Nabi.

-Pesan pada diri bahawa Nabi Muhammad saw lah yang akan bersama-sama kita di akhirat kelak dan membantu kita untuk masuk ke dalam syurga.Tersangat layak kita mencintai Nabi selepas mencintai Allah kemudian barulah ibu ayah.

Aku bukan baik tapi aku ingin menjadi yang terbaik.Biar kita dikecewakan oleh seluruh makhluk di bumi asalkan kita masih ada Pemilik Makhluk dan KekasihNYa yakni Nabi Muhammad saw di hati kita.Percayalah dengan mengingati dan mencintai kedua ini kita sudah berjaya di dunia dan akhirat insyaallah.

Moga Allah redha.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...