Rata-rata dari kita sudah tentu biasa naik Genting.Kalau kaum tionghua naik Genting biasanya singgah kasino.Dapat main bayar RM1 pun jadilah.Main pakau katanya.Aku pernah naik bas duduk sebelah seorang aunty,dia tanya aku "u mau pergi itu kasino haa?" aku jawab "eh tak adalah saya mau jalan-jalan saja rasa sejuk-sejuk" .Aunty itu sambung "saya mahu pergi main pakau,bayar RM 1 pun cukup maa" lalu dia tunjukkan kad genting.Aku pun ada kad reward genting tu,dapat free masa ke Matta Fair dulu.Main judi kalau menang itu untung kau,kalau kalah ramai yang mati bunuh diri terjun bangunan hotel.
Genting ni dah macam tempat beriadah hujung minggu.Kadang saja nak sarapan atas sana je sambil feeling sejuk berkabus.Tapau nasi lemak bawa dari kl.Atas sana makan mahal kut.Kami suka lepak hari biasa sebab tak perlu bersesak-sesak naik LRT untuk ke stesen bas Go Genting sana.Naik cable car di Goh Tong Jaya pun tak beratur panjang.Kalau hari minggu fuhhh beratur je hampir 45minit.Puii buang masa aku
Aku suka lepak sini berdua saja.Kalau dah berempat berlima maka plan rosak.Ada yang datang lambat,jalan jem,sesat celah lorong bagai.Meluat.....
view memang cantik kerana matahari baru naik
|
15 minit dah sampai |
|
hampir menuju destinasi
|
Sampai di plaza nun atas sana,bau biskut Famous Amos menusuk hidung.Semerbak bau coklatnya.Lapar ke?Belum lagi,tunggu kami santap nasi lemak yang dibawa dari kl ni.Aku suka kawan dengan member aku seorang ni,dia jenis sporting dan bukan kaki buat ketupat.Kami 1 kepala.
Tahukah anda harga penginapan di Hotel Maxim ni satu malam sahaja mencecah ribuan ringgit.Entah apa yang mahal sangat aku tak pasti,agaknya tualanya dibuat dari bulu beruang kutub tak?kikiki...
Sengaja naik ke laluan kasino.Nak masuk tak boleh jadi ambil feel bergambar cukuplah.
|
Sekali putar menang 800 untung badan. |
|
wang besar wang besar wuwuwu
|
Perlahan-lahan kami menapak sambil cuci mata.Matlamat otang lain ke sini atas urusan bisnes dan judilah.Bukan urusan aku nak fikir apa kehal.
Hanya bergambar di luar sahaja (Museum Ripleys Believe It or Not)
|
Biasa ada abg polis kacak jaga pintu masuk ni
Wei nak masuk kasino kena pakai baju corak batik tiap hari Khamis.Apa kau ingat kerja kerajaan saja ke kena pakai baju rasmi batik?huahuaaa...
Kami terus berjalan menuju ke Taman Astakona.Hahaha yang legend sahaja tahu lokasi taman ini.Kawan aku ketawa masa pertama kali aku sebut nama taman bunga ini.Hello kalau kau tak percaya meh aku sengaja tanya abg polis lokasi taman ini pasti dorang akan bagi arah.Yes abang polis kata wujud Taman Astakona ini,kawan aku tersengih waktu itu,baru percaya kan?Sebab kau fikir aku buat lawak
Bangunan coklat di belakang tu asrama pekerja sini.Sebelahnya ialah balai bomba.
Hari dua kawan karib berjimba di taman huhu
Taman bunga Astakona ini amat segar pemandangan Dikelilingi banyak spesis pokok dan bunga Kalau kamu semua mahu makan di sini sila bungkus siap-siap Semakin lama semakin sejuk di sini kerana kabus sentiasa menebal
Merenung ke luar jendela Bayu pagi meniup lembut Lihat bintang di angkasa Purnama menerangi gelapku Bila fajar menjelma Itu permulaan hari baru Dunia gamat bunyinya Sunyiku hanya Tuhan tahu
Ada sahaja kes bunuh diri orang terjun dari pagar besi ni.Sebab tu pintu masuk jambatan gantung depan pondok sana ditutup.Bunuh diri?kalau mati terus tak apa,kalau terjun tersangkut kat mana-mana dahan pokok dah menjerit pula minta diselamatkan.Kalau terjun tak mati cuma patah riuk tak ke merana hidup?
Siye betul gambar senget masa upload entah menatang apa.Kami bergerak ke laluan menuju ke Ria Apartment yang dikatakan berpuaka.Nak juga tengok dari dekat.Hati-hati turun ke kawasan ini kerana ianya agak curam dan nak menjunam sedikit.
Here we go guys!
Bergambar depan balai polis Genting
Hampir tiba,itu dia bangunan putih di belakang
Siasatan bermula di sini
Bertampal-tampal tingkap bilik apartment Ria ni.Mungkin tak nak pasang langsir maka tampal dengan surat khabar.Aku tengok penghuninya ramai warga asing je macam Vietnam dan Myanmar.Dia ada dua buah blok iaitu blok Pahang dan blok Selangor.Nampak macam sedikit kotor dan tak terjaga sangat.
Apartment je bukan hotel okey.Ada guard yang jaga.Kawan aku pernah menginap di sini satu kumpulan.Campur laki perempuan buat pesta music dance.Siap bawa speaker bagai ala-ala DJ.Sekali kau...salah seorang kena rasuk.Masa balik kl diam je kawan lagi sorang.Katanya dalam satu bilik yang dia tidur tu ada logo pemujaan di dinding,ala-ala siam punya.Mungkin penyewa bilik yang terdahulu jadikan logo itu sebagai pendinding diri kut.Kawan lagi sorang cerita anak kepada kakak di tempat kerjanya nampak mata merah masa menginap di sini.Hahaha...drakula ke vampire tu?
Satu hari nanti aku nak juga menginap di apartment Ria ni..nak ajak geng ramai-ramai.Tidur dan masak-masak fuhh sedap makan.
Genting Club bebe
Di Genting terdapat banyak kasino,10 buah barangkali.
Monte Carlo Casino,Genting
Seronok dapat berjalan-jalan macam ni walau tak ada aktiviti kami sertai seperti masuk rumah hantu,melawat muzium dan sebagainya tapi puas hati.Aku selesa dengan cara begini.Melepak,tengok pemandangan hijau,rasa deru angin dari bukit......
Kau tak malu ke bergambar depan kasino tanya kawan aku.Mampuihh pi haha
Makanan Marry Brown lah paling sedap kalau sampai ke Genting.
Tadaaa nak balik dah....pukul 5 turun ke Goh Tong Jaya...
|
Taman tu tempat I dating dgn ec hsband dulu.......masa tu I keje kat sana sbg akk polis
ReplyDelete