Wednesday, 14 November 2018

Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan

Allahuakbar..subhanallah...alhamdulillah...
Puji-pujian hanya untuk Allah swt.Tiada yang lebih berhak dipuji selain Allah yang Esa.
Termaktub dalam surah al-Ikhlas

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1)Katakanlah Dialah Allah yang Maha Esa
2) Allah adalah Tuhan,yang bergantung kepadaNya segala sesuatu
3)Dia tidak beranak dan diperanakkan
4) Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya

Kau lihat maksud surah al Ikhlas di atas.Tiada satu ayat pun menyebut tentang ikhlas.Begitulah pengertian ikhlas.Tak perlu di sebut-sebut dan tak perlu diungkit-ungkit.Ikhlas itu ibarat seekor semut hitam yang berjalan di malam nan kelam.Gelap dan tiada sesiapa pun dapat melihatnya cuma Allah swt.

**********************************************
Demi masa...sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali yang beriman dan beramal soleh-(surah al Asr ayat 1-3)

Betapa banyaknya masa kita terbuang sia-sia.Umur makin meningkat pahala makin kendur.Zaman sekarang manusia lebih banyak menghabiskan masa bersama telefon pintar berinternet.Pelbagai aplikasi melalaikan membejat dan meracun fikiran manusia.Dari media sosial,tontonan video,games,live broadcast dan pelbagai lagi.Pergilah kemana sahaja dan lihat kiri kanan anda,semua manusia sibuk menghadap gajet di tangan.Sampai kepala tak toleh kelain.Baik yang muda mahupun yang tua.Manusia terlalu banyak dilalaikan dengan sesuatu yang bersifat lagha dan membuang masa.

Allah beri masa 24jam sehari.Kajian menunjukkan 18 jam masa manusia dihabiskan dengan gajet.Tonton bacaan al Quran dan dengar ceramah agama di you tube?Boleh kerat jari cuma segelintir sahaja.Kebanyakan masa dihabiskan untuk scroll wall media sosial.Secara tak sengaja berkuntum membaca cerita fitnah,gosip dan melihat kehidupan orang yang entah apa-apa.Hati tak tenang,hidup tak keruan.Aku dulu begitu juga.Tiap masa nak tengok wall fb.Ia jadi ketagih dan rasa tak lengkap hidup.Kini aku dah selamat delete akaun.Bukan hidup aku untuk melihat kehidupan orang lain di sana.Terlalu banyak dosa mata dan hati akan terlibat.Fikiran jadi tak tenang.

Bila gajet di tangan maka kita akan lupa semuanya.Lalai untuk solat,malas buka al Quran,hati jadi keras,jari jemari jadi kunci dosa.Semuanya lagha!!!Saat solat pun kepala masih teringatkan gajet.Bunyi notifikasi gajet buat hati terasa mahu cepat-cepat habiskan solat.Allah.....lalainya manusia.Neraka Saqar bagi orang yang lalai dalam solatnya yakni hati yang masih terikat kepada dunia.

"Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk" :surah al Baqarah ayat 2:45

Nak solat pun berat apatah lagi membaca al Quran.Ya Allah.....hinanya kami menjadi hambaMu.Bukankah tujuan kami dihidupkan ialah untuk menyembah dan beribadat kepadaMu?
Bangun tidur tangan terus capai gajet cek mesej.Dalam perjalanan ke tempat kerja main gajet lagi.Masuk kerja berhenti sekejap dengan gajet kalau tengok pun sipi-sipi sahaja.Keluar rehat cek lagi gajet.Mengutuk mengumpat sembang benda lagha dalam gajet,scroll lihat wall.Main games.Dari pagi hingga ke malam sebelum tidur kau berteman dengan gajet.99% melihat benda lagha.Apa faedah?Pengakhirannya kau punya hati dan qolbu(lapisan hati paling dalam) jadi keras sekeras kerasnya.Itu punca kau liat untuk beribadah.

Memuji Allah itu jalan kebahagiaan.Allah tidak akan menangguh kebahagiaan kepada hamba yang sentiasa memujiNya.

Ya Allah....kedekutnya kami untuk memujiMu walau sepatah pujian seperti Allahuakbar.Kami terlalu sibuk dan amat sibuk dengan urusan duniawi yang tiada nilainya di sisiMu ini.

Sedangkan makhluk Allah yang lain seperti langit,bumi,haiwan dan malaikat 24jam tidak henti-henti memuji Allah.Memang benar,manusia adalah makhluk yang paling kurang memuji Allah.
Lupakah kamu akan firman Allah,
"1x kamu mengingatiKu 10x aku datang kepadaMu."
"Kau datang berjalan kepadaKu ,aku datang berlari kepadaMu"

Sayangnya Allah kepada kita.

Kami kurang istigfar malah tiada langsung.Itulah punca hati ini keras dan tidak dapat ditembusi walau dibacakan ayat-ayatMu.Kami dengar laungan azan tapi kami masih lalai dengan urusan kami.Kami tidak mendahulukan seruanMu agar solat.Hati kami keras Ya Allah.Sangatlah keras.Kami solat pun hujung-hujung waktu.Kami seperti tidak gembira untuk solat di awal waktu sedangkan itu menyenangkan bagiMu.

Kau beri kami nikmat pelbagai sudut.Paling mudah lihat ialah nikmat mata yang masih tidak buta,boleh lagi melihat.Nikmat pendengaran dan percakapan.Jika tiba-tiba Kau tarik nikmat itu apakah yang akan terjadi pada kami di hari itu?Sudah tentu segala urusan tergendala.
Andaikata tangan kami tidak dapat bergerak secara tiba-tiba apakah akan terjadi?Andaikata kaki kami lumpuh dengan tiba-tiba dapatkah kami berjalan lagi?

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Dia masih memberi kita peluang dan nikmat hidup.Kita sahaja yang bongkak,sombong dan terlalu sikit mengingati Allah.
Kita banyak menghabiskan masa untuk urusan lain.Kita tak pandang pun Allah itu wujud.Kita hanya ingat Allah apabila dirundung duka.Ketika hati kita sudah hancur keremukan.

Kita kurang bersyukur tapi banyak mengeluh.Kerana itu hidup kita stress sebab Allah tidak di hati.Penghargaan makhluk kita dahulukan bukan redha Allah.

Nabi Muhammad saw yang mulia kekasih Allah juga beristigfar 70x sehari tapi kita yang sentiasa berdosa ini?sebut lafaz Astagfirullah hal adzim pun susah.Susah sebab hati kita keras.Sedangkan dengan istigfar memohon ampun itulah Allah akan permudahkan segala urusan kita.Pohonlah pada Allah agar dikurnikan sekeping hati nan lembut.Mata yang mudah menangis kerana Allah.Berdoalah sepenuh hati bukan main doa saja.

Alangkah ruginya kita menjadi hamba dunia dan tidak mengejar akhirat yang lebih kekal abadi.Kita tahu dunia hanya sementara tetapi dek kerana kerasnya hati maka kita jadi endah tak endah dengan peringatan Allah dan Nabi.

Beramal lah kamu seperti esok kamu akan mati.

Sebab kita tak tahu bila ajal kita,di mana dan berapa hari bulan maka kita sering bertangguh dalam membuat amalan.Betapa jahilnya kita.

Masa usia kita jangan disiakan kerana ia takkan kembali.



Benar firman Allah "Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali yang beriman dan yang beramal soleh"

Ya Allah dengan rendah hati kami memohon bantuanMu sesungguhnya kami ini banyak berdosa dan maksiat padaMu.Kami kini membawa diri yang hina,kotor dan miskin di pintuMu.Bantulah kami agar hati ini lembut mengingatiMu ,lancarkan lidah kami untuk memujiMu,bantulah kami agar tidak menjadi hamba gajet yang lebih membawa keburukan dan malapetaka buat kami Ya Allah.Bantulah kami agar sentiasa lurus di jalanMu.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...