Friday, 23 November 2018

Satu dunia tak boleh beri rasa tenang kalau Allah tak beri-Ustaz Ebit Lew

Satu dunia tak boleh beri rasa tenang,bahagia dan gembira kalau bukan Allah yang beri rasa tenang,bahagia dan gembira.


Ketenangan itu dari Allah.Ianya berpunca dari dalam hati.Harta banyak melimpah pun kalau Allah cabut rasa tenang maka tidaklah beroleh ketenangan.Sebab itu syukurilah nikmat ketenangan.

orang itu dipuja puja,di cium kakinya dan dipandang mulia oleh manusia tetapi jika Allah kata dia hina maka dia tetap hina.

Orang itu dihina-hina,dijatuhkan orang lain tapi kalau Allah kata dia mulia maka dia tetap mulia.

Semua yang jadi dalam hidup kita sebab Allah sayang.Tak kira perkara baik atau buruk.Allah beri sebab Allah sayang.Allah tak beri atau tahan pun sebab Allah sayang.Allah itu baik.
Seorang hamba yang tiada kaki dan tangan pun sebab Allah sayang kerana Allah masih berikan dia nikmat nyawa dan pernafasan.Semua terjadi ada hikmah yang lebih mengetahui hanya Allah yang Maha Bijaksana (al-hakim).Maka berlapang dada dan lihatlah dari sudut hikmah.

Kenapa kita perlu sedih untuk mendapat penghargaan manusia?Sedangkan manusia itupun Allah yang urus.Berak kencing pun Allah yang urus.Tak kencing 3 hari maka termenunglah manusia susah hati.Kuasa Allah semua yang mengatur urusan sistem tubuh manusia.
Carilah Allah maka kamu akan berbahagia.Kita akan penat mencari kasih sayang manusia.Manusia boleh berubah-ubah.Hari ini suka esok benci.Orang yang berbahagia mencari kasih sayang Allah dia takkan kecewa.Allah itu Maha Penyayang.Kasih Allah melebihi kasih seorang ibu kpd anaknya.Kalau Allah tak sayang sudah tentu Allah tarik nikmat oksigen yang kita sedut tiap saat ini dan biarkan kita mati sesak nafas.

Tinggal sekali waktu solat maka 80 tahun dalam neraka...Allah....Allah...maafkan kami ya Allah.Tolong bantu kami yang daif dan penuh dosa ini....kami tak sanggup ke nerakaMu dan kami tak layak ke syurgaMu.....

Mana-mana kita pergi kena sayang semua orang.Nampak orang tak baik pun sayang dia dan doakan dia bukan mengejinya.Semua orang dalam dunia ni baik.Bila dengar tentang Allah semua akan menangis sedih kerana semua rindu nak jadi baik.Rindu akan Allah.

Nampak orang buat tak baik pada kita sila sedekahkan dia surah al-fatihah.Doakan dia diberi hidayah.Maafkan dia dan kesian kepadanya.Ucapkan syukur kepada Allah kerana kita tidak berbuat perkara seperti dia buat pada kita kerana Allah pelihara dan sayang kita.

Bangun malam ,solat taubat dan solat tahajud.Menangislah dengan Allah.Mengaku semua salah silap kita.Kalau tak menangis macam mana hati yang keras ini nak lembut....bangun tahajud saudaraku....solat taubat....boleh jadi dosa-dosamu penghalang segala sesuatu.

Bersyukur kpd Allah atas nikmat Islam dan iman yang kita kecapi.Inilah nikmat terbesar dalam hidup.Bukan nikmat harta kekayaan,kemewahan serta darjat.

Ya Allah..hinanya kami...kami tak buat apa-apa untuk jaga agama ini...berikanlah kami kekuatan untuk membangun islam dan mengajarkan dakwah serta ilmuMU.Sedangkan nabi-nabi terdahulu berkorban apa sahaja untuk menegakkan islam.Ya Allah bantulah umat Nabi Muhammad,tutuplah aib umat Nabi Muhammad...kami sayang Nabi Muhammad ya Allah.....

-dipetik dari perkongsian ilmu dari Ustaz Ebit Lew.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...