Monday 18 December 2023

Pusing butik h&m sekitar kl

 Bila dah penat bekerja seminggu suntuk mesti nak ada "me time" untuk diri sendiri kan.Walaupun dah puas berjalan dalam kl ni tetap juga nak keluar rumah release minda.Layankan saja ke mana kaki melangkah.

Sebenarnya aku dah malas nak keluar jauh-jauh sebab kawasan rumah aku juga dikelilingi banyak mall.Tapi sebab guna pas harian rapid kl unlimited rm5 sehari perjalanan maka aku gagahkan juga keluar naik LRT.

Sampai di stesen KLCC aku masuk ke mall
Avenue K sebelah kaunter tiket.Joining building.



Hiasan dekorasi sempena hari christmas dengan warna pink terang.Simple sahaja tahun ini.


Ini pula laluan tangga turun ke bawah.Ada tempat makan.Lawa kan macam konsep bar.

Disebabkan hajat aku ke sini nak tengok sale di butik pakaian h&m maka cepat-cepat singgah masuk.Butiknya agak suram kerana lighting gelap.Tak macam cawangan setapak sentral nampak wow menarik.

Aku terus cari rak markdown sales rm10 rm20 rm30 rm40.Harga asal adalah rm39.95 ke atas.Aku rasa sales sampai turun ke harga rm10 ni hanya sempena hujung tahun untuk clearance stock.Biasanya tak ada maknanya sales murah sangat rm10.Aku dah survey di h&m setapak hari itu memang rambang mata.Membuak-buak keinginan nak membeli sebab nampak lawa.Tapi itulah baju rm10-rm20 semua jenis crop t shirt ala baju senteng tu dan singlet.





Aku dah cuba baju kolar bentuk U ni.Kainnya lembut dan sejuk.Amoi-amoi bolehlah pakai badan langsing sesuai sangat πŸ˜„




Kan aku dah kata sales rm10 rm15 rm20 semuanya baju jenis senteng,melekat ikut body saiz budak darjah 1 hahaha..tapi cute tau bila orang dewasa badan slim pakai.Memang confirm nampak pusat haha.*Edited 29 jan 2024.Nasib aku tak try baju di h&m avenue K.Aku baru tahu kes hidden camera dalam fitting room rupanya di cawangan sini.Dah jadi tempat sial lagi malang.Tempat couple berzina dalam ni.Dasar celaka.Patutlah hati aku kata tak payahlah try baju di sini.



Aku berkenan betul dengan crop t shirt light pink ni.Nampak lembut sangat.Kainnya memang best sejuk.Ada kualiti.Oleh kerana di rumah aku dah terlalu banyak baju yang kadang tak sempat pakai pun maka aku tahan keinginan aku untuk berbelanja.Aku tak mahu ada pembaziran lagi.Baju aku sendiri aku hantar ke h&m untuk recycle dow.


Sebab nak habiskan duit e madani aku beli jus boost all berries bang di sebelah kaunter LRT (masih dalam mall Avenue K lagi).Tak sedap beb..lain rasanya hambar tak juicy macam jus boost di cawangan kl gateway mall.Takkan dia kurangkan bahan?dah lah selang sebulan naik harga rm0.50.Memang tak puas hatilah.Sedih tauπŸ˜“


Aku singgah masuk ke NU sentral pula.Maklumlah ada pas rapid kl unlimited.Rugi tak pulun habis-habisan.Aku masuk butik h&m sana.Saja cuci mata tengok koleksi baju fash fashion terbaru.Aku hampir-hampir nak beli yang harga markdown rm20 tu nasib baik aku tahan moga terlindung dari godaan.

Memandangkan dah 4.30pm aku rasa eloklah beransur pulang.Aku naik bas go kl percuma depan perhentian teksi kl sentral.Syukur bas terus sampai tak perlu tunggu lama.Berhenti di chowkit stesen tepi petrol shell dan tukar naik bas rapid 250 ke setapak sentral.Tunggu 2 minit dah sampai.Dipermudahkan semua urusan hari iniπŸ‘Œ



Taman tasik danau kota ;sebelah setapak sentral.Dah berpagar sekarang untuk keselamatan.

Dulu tahun 2021 musim pandemik covid datang jogging di sini tasik ini langsung tak berpagar memang agak bahaya.Nasib masa tu aku ada bergambar kenangan di sini sebelum dipagar.Hahaha.Nampak gelap pula kawasan taman tasik ni mungkin dah petang.Aku berjalan mendaki jalan raya berbukit untuk menuju ke mall setapak sentral.Semput rasanya.

Tadaaa..masuk ke dalam butik h&m di sini.Baru ada semangat.Lighting cerah dan ceria.Aku saja melewati rak baju harga markdown.Banyak baju dah terjual sebab baju yang ada minggu lalu dah tak ada lagi.Ikut rasa aku memang nak beli sehelai buat pengubat tapi tidak...tidak..tak mau membazir.





Masuk fitting room cuba baju.Saja mengisi masa.
Tak beli pun.

Aku singgah masuk butik cotton on pula.Ada juga promosi harga markdown rm15 untuk crop t shirt.Saja cuci mata kan.Eh baju cardigan sulam warna pink ni menarik pula.Rm 129.90.Macam aku kata tadi orang badan kurus,tinggi lawalah pakai macam ni.





Aku tak masuk semua butik pakaian.Hanya h&m dan cotton on sahaja.By the way aku suka tahap kebersihan tandas mall setapak sentral aras 1.Tandas hujung tepi kedai foto.Bersih.Kalau kau sakit perut nak lama-lama di dalam tandas pun selesa.Tak busuk dan tak ramai orang.Orang lebih tertumpu tandas di aras bawah.

Aku pernah kerja di sini tahun 2016 so aku tahu.Cuma kedai sahaja banyak yang dah bertukar-tukar.Company tempat aku kerja di LG itupun dah tak ada.Hanya tinggal kenangan.

Aku sebenarnya nak makan di Boat Noodle tapi kedainya ramai orang dan kena menunggu order siap.Bau tengik hanyir pula masakannya jadi aku keluar cari kedai lain.Masuk ke kedai asam laksa baba nyonya.




Set asam laksa percuma air cincau Rm 14.80 semuanya tambah cukai.


Punya lama aku nak habiskan asam laksa peranakan baba nyonya ini kerana kuahnya panas berasap.Pada aku tak kena dengan seleraku sebab kuahnya banyak rasa kunyit hingga hilang manis ikan.Masam-masam pun tidak rasa.Disebabkan mahal maka aku gagahkan diri habiskan juga tak baik membazir rezeki kan.Kalau nak banding dengan Aceng Laksa sudah tentu Aceng Laksa lebih sedap.Aceng pun dah kurang umphh kuahnya.Ikan pun semakin sikit.Dulu-dulu tahun 2015 2016 makan sedap sangat.Rasa seketul-seketul isi ikan.

Jomlah balik dah malam....syukur atas perjalanan yang selamat hari ini.πŸ€²πŸ˜‰







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...