Syukur kepada kerajaan Msia Madani kerana menghadiahkan rm100 ke dalam e wallet setiap rakyat yang berpendapatan kurang rm 100,000 setahun.Golongan profesional bergaji rm 8000 sebulan turut dapat merasai e madani rm 100.Bolehlah buat topup touch n go,isi petrol atau beli makanan di pasaraya terpilih seperti Mydin,Lotus,Mr DIY,Econsave dan lain-lain.Berbelanja di restoran makanan segera pun boleh asalkan mereka menerima bayaran e wallet seperti MAE,shopeepay,touch n go.
Aku jarang pakai e wallet untuk berbelanja.Prefer duit tunai/kad debit bank sahaja.Malas nak topup.Disebabkan nak tuntut duit e madani aku buat jugalah.Boleh buat belanja makan senang hatiπππππππππ
Hari ini aku off day.Keluar berjalan di setapak central mall.Seronok rasanya me time hari ini.
Aku ke tandas sebab perut kembung dengan air.Kemudian pusing-pusing saja tengok baju dalam butik h&m.Aku dah banyak baju dan tak berniat pun tambah koleksi.Aku cuba baju di fitting room.Saja untuk hiburkan hati.Kebetulan ada sales besar harga meletup.
Akhirnya terbeli juga 1 helai kain memang best.Ada 4 pilihan warna iaitu kelabu cair,hijau khaki,hitam dan biru lembut.Aku pilih hijau saiz s.Aku utamakan saiz m kerana lega sikit bernafas.S terlalu sempit.
Masuk saja ke dalam kelihatan poster 50% off butik h&m.
Seperti biasa cari mall yang berdekatan dengan rumah sebab malas nak jalan jauh-jauh
Cerita sedikit tentang mall ini.Dulu kawasan ini dipenuhi semak samun.Hutan menghijau.Aku masih ingat tiap kali lalu nak ke uptown danau kota dulu.Mall ini siap dibina sekitar tahun 2011.2012 barulah penuh semua lot kedai.Di atas mall ini ada villa kayangan penthouse Zeta Park.Senang penduduk di sini nak beli barang,makanan,shopping,tengok wayang dan lain-lain semua dah siap dalam satu bangunan.Turun lif sahaja dah sampai tak perlu pergi jauh.
Ramai orang cina muslim dari negara china nun duduk di Zeta Park ini.Dalam mall ini selalu nampak mereka membeli belah di Econsave.Kalau yang perempuannya kebanyakan tinggi badan lebih 165cm ke atas.Jarang aku nampak yang rendah.Muka pun cantik-cantik dan kulit putih melepak.Lagi lawa dari cina sini tau.Lelakinya pun ada rupa tetapi semuanya bertubuh tinggi.Kalau lelaki cina muslim yang sudah berusia pula mereka akan memakai kopiah putih dan menyimpan janggut.Ciri-ciri muslim ada pada mereka.Aku tak pasti mereka beli rumah di sini atau hanya menyewa.Yang pastinya tentulah mereka itu golongan berada.
Aku masuk ke Texas Chicken makan set rm7.50 iaitu bubur ayam + air serta bebola cheese pedas.Kebetulan meja di dalam tidak penuh.Pilih untuk duduk di single table menghadap dinding.
Aku rasa bahagia hari ini dapat mesej dengan kawan baik aku sambil makan.Lagi 1 seronok makan seorang diri tak perlu dengar cerita merepek orang jika berdua.Entah kenapa mood aku perasaanku rasa tenang,seronok,bahagia hari ini ketika duduk di Texas chicken.Jarang aku dapat ketenangan begini.2x aku minum air lemon siap tambah.Sedap dan segar betul tekak.
Air di sini boleh minum tanpa had.Pilih saja nak air apa di mesin air tepi kaunter.Aku tak minum air gas nanti perut meragam.Pilih air lemonade.Segarnya tekak.Hampir 3x tambah air sebab pedas makan bebola cheese jeopado entah menatang apa.Seronok duduk di meja tepi menghadap dinding muat-muat untuk seorang.Tiada gangguan tiada tenungan.Privasi terjaga gituππ€
Dalam pukul 7 lebih malam aku masuk ke h&m saja-saja tengok fesyen apa yang terbaru.Macam biasa fesyen baju crop t shirt senteng buruan amoi-amoi budak kolej tar.Haha..ada juga melayu free hair yang beli.Ada jualan murah hujung tahun harga markdown dari rm10 rm15 rm20.Tergoda tau sebab comel-comel bajunya walaupun bila pakai ibarat sarung nangka kau.Hahahaha...
Entah kenapa hari selasa ini ramai pula pengunjung.Aku pilih beberapa helai untuk cuba sekadar mengisi waktu hiburkan hati.Bilik fitting room penuh sampai kena tunggu giliran.Hari biasa pun ramai.Mungkin sebab ada tawaran sales hebat.Orang Thailand pun ada shopping di h&m ini.Yang mencuri pun ramai sebab bersepah-sepah sensor magnet baju dibuka dalam bilik fitting.Pandai betul dia orang buat kerja jahat.Baju pun nak curi ke...entahlah ...
Aku terbeli juga sehelai baju lengan panjang rm 10 harga sales.Biasanya rm 34.90 harga asal.Siapa tak rambang mata.Ikutkan hati aku nak beli lagi dua tiga pasang yang harga markdown tu tapi sabar..sabar..aku pujuk hati jangan buang duit aku dah banyak sangat baju di rumah.Baju yang ada pun hantar ke recycle h&m.
Kemudian aku ke Tea Live di kedai hujung.Belilah 2 jenis ini Matcha Green Tea dan Chicken popcorn cheese.Rm 20.50 beb gulppp telan air liur.Sekadar isi perut buat sementara bolehlah.
Balik rumah terus sakit perut keluar isi hijau air green tea ni.Perut aku memang tak serasi minum air pelik-pelik di luar.Sebab itu aku biasa minum air mineral sahaja.Membazir duit aku beb rm9.90 bukan murah.Walaupun guna e madani tetap juga rasa no worth kalau sakit perut sampai cirit.Suweii betul.
Sekian sahaja coretanku kali ini.Seronok dapat keluar hari ini.Tiada siapa yang boleh membahagiakan diri kita melainkan dalaman kita sendiri.Itu saja prinsip aku.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.