Wednesday, 31 December 2025

Selamat tahun baru

 


Selamat tinggal tahun 2025 yang penuh air mata,sesak dada,seksa jiwa raga & segala kesakitan tubuh serta hati,fikiran.Berat ujian hidup yang aku jalani.

Aku sambut awal tahun kalender masihi ini dengan lafaz bismillahirrahim,semoga Allah ampunkan segala kesilapan dan dosa-dosa hitam pekat dari rohani & jasmaniku dengan harapan aku kembali kepada fitrah asal manusia yang suci bersih.

Sesungguhnya syaitan itu tidak akan putus asa menjerumuskan cucu cicit Nabi Adam ke jurang neraka kelak.

Ya Allah...aku berdoa dengan hati tulus agar tahun 2026 ini;

🤲Bertambah IMAN & TAKWA kepadaMU

🤲Bertambah amal ibadah & berjuang melawan kejahatan dalam diri nafsu malas nafsu dunia

🤲Redha atas ketentuan Allah agar Allah redha atas kita

🤲Dijauhkan dari kelalaian yang membinasakan

🤲Berhenti scroll media sosial yang banyak syaitan iblis bertenggek di dalamnya mencuri masa & merosak hati.

🤲Segera mengganti segala solat & puasa yang ditinggal dengan sengaja kerana ikut hawa nafsu bisikan syaitan.



Penghujung 2025

 Hari ini bertarikh 31 December 2025.

Ketika ini aku sedang menikmati dan menghayati makna SUNYI ITU MENENANGKAN JIWA.Aku akui rasa bahagia itu sampai ke jiwa.

Aku ingin khabarkan juga bahawa sepanjang tahun 2025 dahulu banyak peristiwa memenatkan dan menyesakkan dada berlaku.Banyak air mata sedih.Tiap masa aku berperang dengan perasaan dan fikiran hingga aku penat sangat.

Sesungguhnya tidak tenang itu adalah hukuman dari Allah.Dosa menimbun hingga berat kepala & bahu.Oleh kerana dosa menimbun bagaikan bangkai juga menghalang manusia untuk ibadah.Ibadah terasa berat,penuh terpaksa,tiada kemanisan dan ketenangan.Dosa itu adalah bala musibah yang berat kepada jiwa orang islam.

Seingat aku boleh dikira dengan jari berapa kali saja aku tenang & bahagia dalam tahun 2025. 

Diuji dengan masalah sakit pula (tak perlu nyatakan).Bagai jatuh ditimpa tangga.Aku diasak kiri kanan depan belakang.Berat ujian hidupku.Mujur aku masih bertahan.

Aku sangka orang-orang yang aku temui boleh beri sinar dalam hidup tetapi beri keserabutan dan kegelapan pula.Aku sendiri tersesat di lorong sepi tanpa cahaya.Terpijak pula duri tajam berbisa.

Pelbagai rasa negatif dan tidak gembira menyucuk urat jantungku hingga aku jangkakan aku akan mati dengan sindrom broken heart.Sedih kan hidup aku?Kau apa tau sebab bukan di tempat aku ~~

Puncanya orang keliling yang melemaskan nafas aku,meruntuhkan semangat aku,menggelapkan hari-hariku yang sepatutnya bahagia.Trauma aku sangat dalam.Setiap hari bergelut dengan 1 rasa yang amat-amat tidak menyenangkan.Kekotoran yang ada pada jiwa-jiwa manusia lain turut mencemarkan rohani aku.

Aku cuba cari kebahagiaan di luar tapi hanya bersifat sementara.Bila kembali,akan sengsara lagi jiwa ragaku.Doa-doa yang aku panjatkan kepada Ilahi masih belum termakbul entah apa rancanganNya.

Hati akan bahagia jika tenang.Hati jadi gelisah bila kusut.Orang yang paling bahagia adalah memiliki hati tenang.Itu saja.Bukan pasal duit ada ke tidak itu nombor dua.

Aku bahagia bila berpeluang untuk bersendirian sebab aku lebih tenang tanpa manusia yang serabutkan kepala.Aku nikmati saat bersendirian tanpa sunyi malah aku bersyukur dapat rasa apa itu bahagia.

Dapat pula menaip blog ini di bilik sambil hirup teh panas dalam cuaca sejuk hujan begini..fuh....

Hujung tahun 2025 ini aku nikmati saat tenang dan damai tanpa kehadiran sesiapa.

Apa harapan aku pada tahun 2026?Aku masih berharap sinar bahagia.Pada aku hidup aku akan sama saja selagi aku dikelilingi PARASIT. Keadaan payah berubah jadi bahagia.Aku mohon Allah jarakkan aku dari parasit cukup.Sekian lama dah ku telan derita.

Allah itu tidak zalim terhadap hambaNya.Kita saja yang selalu bodoh pilih buat dosa.

Monday, 29 December 2025

Pusing naik ktm

 Aku jalan-jalan naik keretapi KTM dari KL ke stesen Labu Negeri Sembilan.Hujan turun dari Kajang lagi.Seronok ke berada dalam ktm lama-lama?Aku cuma nak layan kepala otak weng hari ni.Tak tentu arah rasa hidup.

Sebab hujan maka cermin tingkap keretapi berkabus.Tak dapat tengok pemandangan hijau tumbuhan dari cermin.Tak ada rezeki hari ini.

Aku penat pening kusut macam hilang arah.Aku marah maki hamun bekas kekasih aku.Ayat-ayat aku memang bagai panah beracun.Terlontar habis segala yang dipendam berapa tahun lalu.Ex aku tu tiap tahun muncul dalam mesej tapi kali ni aku tak simpan dah.Puas hati dapat maki.Jangan tiru perangai aku.Aku ni dah habis sabar sebab kisah aku penuh dengan air mata.


Stesen KTM Labu.Aku tengok jam 4.18 petang dan tanya staf di situ pukul berapa pula ktm ke KL sampai.Katanya 7.30 malam.Aku sampai ke sini niat nak meronda dengan ktm sahaja.Nak ke Seremban dah lewat petang.

Nak solat Asar tapi surau di belakang tu ada selipar lelaki.Kongsi surau lelaki perempuan agaknya.Hati aku tak tenang,resah memanjang entah apa aku fikirkan.Hujan turun renyai-renyai.Udara rasa segar dan bau hujan amat menyeronokkan.Lain sekali bila hujan di KL.Bau hanyir meloyakan.

Aku tengok ada sekumpulan lembu mencari makan di pinggir ladang kelapa sawit.Entah lembu siapa dibiarkan berkeliaran.

Belah sini pula ada sekawan kambing berlari-lari anak meragut rumput.Aku perhatikan kawasan lot perumahan di belakang.Dalam hati aku kata alangkah damainya tinggal di sini.Jauh dari kesibukan bandar.Ada kehijauan pokok sekeliling rumah.Sejuk dan redup.
Seronoknya kalau dapat tinggal di sini negeri sembilan.



Aku suka negeri sembilan.Bagi aku negeri ini kaya dengan hutan semulajadi walaupun ada setengah sudah ditarah.Bagi aku negeri 9 negeri berdaulat.

Aku suka ke Port Dickson,aku juga suka suasana Bukit Putus (lihat you tube).Aku suka Kuala Pilah dan lain-lain.

Pukul 5.30pm ktm ke Kajang datang.Aku naik aje takkan nak tunggu trip 7.30pm.

Sejuk cuaca hari ini.Otak masih blur....

Adakah aku dapat ketenangan hari ini pusing naik ktm? Sikit sajalah...selebihnya aku keliru kenapa aku ke Labu ha ha.

Inilah penutup tahun 2025 aku naik ktm pusing-pusing.



Wednesday, 1 October 2025

Manisnya taat pahitnya dosa

 Dalam hidup ini kita sebagai orang Islam dan percaya Allah itu Satu,Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Bercakap melalui pengalaman hidup bergelar orang Islam.Aku dah melalui rasa manisnya TAAT pada ajaran agama dan pahitnya rasa bila berbuat DOSA.Akan ada satu perasaan bahagia & tenang sekali bila beramal ibadat dengan ikhlas dan mengingati Allah.

Juga akan ada perasaan bersalah & berdosa sekali bila melakukan maksiat kepada Allah.Contohnya baru join perbualan mengumpat orang (dengar sahaja bukan ikut menyampuk).Apatah lagi melakukan dosa besar meninggalkan solat,derhaka kepada orang tua dan lain-lain.

Aku dah merasa kedua-duanya sekali.Ada masa berazam untuk taat dan istikomah.Ada masa aku terleka lalu terlalai hanyut melakukan dosa.Dosa besar.Nauzubillah.Tidak kita minta tapi hawa nafsu dan bisikan syaitan selalu mengajak kita manusia kepada kejahatan.

Dosa itu memang benar memberi kesan dan bekas kepada hati.Ia akan menganggu ibadat kita,khusyuk kita kepada Allah.Diri akan merasa alangkah hina kotornya diri.

Orang yang sudah merasa manisnya taat akan merasa sangat pahit apabila melakukan dosa meskipun dosa kecil.Ini kerana bukan masalah besar atau kecil tetapi dengan siapa kau berbuat dosa itu?Kepada Allah kan?

Astagfirullah hal azim......maafkan kami ya Allah....


Wednesday, 24 September 2025

 Benda paling seronok bagiku adalah ketika bersendirian seorang di rumah tanpa kehadiran keluarga.

Masa itulah aku boleh bermesra dan beramah dengan diri sendiri.Aku ada me time yang berkualiti.

Ada manusia ini sungguh meletihkan dan seksa mental fizikal.Jangan tanya kenapa.

Manusia banyak menyusahkan aku.

Lebih lagi yang berhati iblis.


Sunday, 21 September 2025

 Sedar tak sedar lagi 3 bulan tahun 2025 akan berakhir.

Sepanjang 9 bulan hidup dalam tahun ini apakah kenangan terindah bagi aku?

Ada.Pertama dan terakhir adalah ketika menghadiri kuliah sambutan tahun baru 2025 Habib Ali Zaenal Hamid di Masjid Muaz bin Jabal Setiawangsa KL.Itu sajalah kenangan manis yang sangat menenangkan hati.

Kedua ketika aku melawat Tasik Titiwangsa melihat tasik dan solat di surau.Sungguh tenang dan tenteram jiwa.Dapat pula mengaji dengan Al Quran lusuh di situ.


Ketiga ketika ke Tasik The Mines Serdang.Tenang melihat aliran air mengalir dan tasik yang luas penuh misteri.

Selainnya hanya urusan duniawi dan hawa nafsu.Semuanya tidak menghadirkan ketenangan kerana Allah.Semuanya menambah dosa dengan Allah.Menyenangkan hawa nafsu semata-mata memberi kenyang hawa nafsu semata-mata.Aku berkata jujur kerana zaman sekarang ramai manusia hidup bertuhankan hawa nafsu bisikan syaitan sahaja termasuk aku.

Keluar membeli belah membuang duit.Seronok sekejap saat membeli,balik rumah barang hanya tersimpan tanpa dipakai.Keluar makan-makan @ membeli makanan itu dan ini,selepas kenyang rasa gembira sementara.Kemudian rasa kosong semula perut dan jiwa.Semua itu kesenangan seketika yang menipu.

Tiada makna bahagia kalau hidup kita tidak menuju Allah.Serba-serbi yang dilakukan tanpa Allah tujuannya akan binasa dari rahmat.


Sunday, 8 June 2025

Tasik The Mines


Di kala seisi rumah balik kampung aku pula menjamu mata ke Tasik The Mines Serdang.Sumpah cakap hatiku rasa amat tenang. Lama dah tak rasa setenang ini.Aku kini bebas keluar rumah tanpa ada sesiapa mengikat leherku.Cukup nikmat perasaan ini.Balik rumah,rumah kosong tanpa sesiapa.

Sampai saja di sini jalan kaki dari stesen ktm,hati aku tersenyum tengok tasik yang luas gelap.Timbul rasa damai macam tak nak balik.Hatiku dah lama terseksa menderita duduk di rumah hadap macam-macam perkara menekan jiwa.Sekarang rasa seperti burung yang baru bebas dari sangkar.




Hatiku bahagia tengok air mengalir.Nikmatnya hanya aku yang faham.Rasa seronok keluar jauh-jauh ke sini

Rasa tak nak balik nak terus duduk di sini tengok ikan melompat dalam tasik.Tiap orang ada caranya sendiri untuk bahagia.




 Jujur aku rasa tenang,tenteram,aman dan bahagia datang ke sini.Lebih-lebih lagi sebab aku sendirian.Aku balik juga sendirian di rumah dapat tidur nyenyak.Nikmatnya sesekali bersendirian tanpa gangguan dari kehadiran manusia lain.

Aura di sini menenangkan sekali.Jauh beza dengan bandar KL lebih-lebih lagi kawasan rumah aku.

Aku suka tempat riadah begini iaitu dekat dengan alam semulajadi.Aku kurang suka pusat beli-belah sebab serabut.Aku juga tak suka gelagat manusia.

Hari yang membahagiakan bagi jiwaku hingga aku balik membawa ketenangan hati.

Wednesday, 30 April 2025

Selamat Hari Buruh 2025

 Pukul 12.30 tengah hari.

Hari ini hari buruh.Hari cuti buat semua pekerja.Hari untuk istirehat dan beriadah bersama keluarga atau me time.

Sayangi diri sendiri dan self love ❤️ ya!

Manjakan diri sendiri dengan perkara yang bermanfaat untuk kesihatan rohani dan jasmani.



Selamat bertemu kembali alam semesta yang sentiasa menemani jiwa-jiwa yang ingin bersatu dengan mereka.

Cuaca redup dan tidak panas hari ini.

Grounding grass (memijak rumput) di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur untuk membuang cas negatif dari tubuh.Bagus untuk sistem tubuh dan otak.

Aku matikan hajat untuk makan-makan di shopping mall lantaran mood introvert kembali lagi.Rimas lemas berada di tengah lautan manusia berdedai-dedai. Jadi aku pilih untuk TENANG!






Ditemani angin lembut bertiup meskipun cuaca mula terasa bahangnya.Duduk di bawah pohon buluh ini memberi aura ketenangan jiwa.Memandang alam sekitar yang indah dan bersih. Kehijauan pepohon mengurniakan satu perasaan damai bersatu dengan alam.



Jam 1.44 petang.Masih di sini melihat sekeliling air tasik yang mengalir perlahan membentuk alunan bergaris.

Awan bergantung membentuk corak tidak sekata.Burung riang berterbangan.

Di kala usia makin meningkat lebih baik kurangkan bergaul dengan manusia yang tidak bawa manfaat.Jadilah insan yang bijak memilih pergaulan. Kenali diri bersahabat dengan diri sendiri insyaallah Tuhan akan hadir bersamamu.


Tuesday, 22 April 2025

Berhenti mengintai hidup orang lain

 Kurangkan mengintai hidup orang lain di media sosial insyaallah kesihatan mental lebih tenang.

Peraturan untuk hidup tenang di akhir zaman fitnah ini;

Jangan terlalu banyak scroll berita di media.Jadi risau dan murung.Rosak otak yang sihat.Belajar fokus kepada pembangunan diri sendiri sahaja seperti motivasi hidup, tingkatan spiritual dan energy positif.

Usah ambil tahu secara berlebih-lebihan setiap inci aktiviti hidup orang lain.Jika tidak kamu akan ditiup rasa kurang, tidak puas hati,rasa malang dan tidak beruntung dengan kehidupan sendiri.

Dengan itu kita tidak membandingkan hidup orang dengan hidup kita.

Kita akan belajar lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki saat ini.

Banyak bersyukur nescaya Allah akan tambah nikmat kamu.Bersyukurlah.

Kamu perlu ingat tidak semua yang menunjukkan kebahagiaan dan kegembiraan di media sosial itu adalah sebenarnya bahagia.Boleh jadi hanya untuk menutup kelemahan sahaja biar nampak sempurna.

-Perjalanan rohani masih panjang 

Saturday, 19 April 2025

 Sepanjang berada di bandar Kuala Lumpur berpuluh tahun ini aku tak pernah terlintas nak jumpa Dato' Seri Siti Nurhaliza secara langsung.Wajahnya dan video dia ada di mana-mana saluran media sosial.

Entah kenapa balik dari beraya di kampung,dapat maklumat Siti akan muncul di Pavilion Bukit Bintang KL pada hari Ahad 9 April 2025.

Hati ini datang suatu perasaan rasa nak pergi tengok.Untung nasib dapat bergambar.Huh tinggi angan-angan.

Tema majlis sambutan ulangtahun ke 30 dalam industri seni.Ya sudah 30 tahun Siti Nurhaliza dalam industri hiburan.Dia menghiburkan kita semua sejak dari kecil.

Sampai di Pavilion aku dah dengar suara Siti bercakap dengan mic 🎤.Dia dah naik pentas dari 1pm agaknya.Aku saja yang lambat sampai sebab terleka.

Terpaksa menyusup masuk menghampiri pentas utama biar nampak Siti depan mata.Nampaklah sipi sipi sebab orang hadapan tinggi. Terjungkit juga kaki nak melihat Siti.Alahai cantiknya dia rasa cair tengok.Wajahnya comel.Manis sangat senyuman.Inilah kali pertama tengok berdepan.





Ramai lelaki lembut dalam dan club Siti. 

Golongan muda-mudi gen z memang kurang sebab mereka tak membesar dengan lagu-lagu hits Siti.

Aku rindu zaman kegemilangan Siti era tahun 2000 ke atas dulu,punya comel cantik semua ada padanya. Badan tinggi langsing, senyuman manis betul dan rambut panjang mengurai. Serius Siti sangat comel bila free hair dulu. Takde sesiapa boleh challenge.

Sampai sekarang inipun aku tak nampak orang yang boleh mengatasi kecomelan dan aura Siti.

Subhanallah semua kerja Allah SWT.



Wednesday, 16 April 2025

Tenang itu menang


Assalamualaikum alam semesta yang selalu menjadi peneman setiaku.

Salam sejahtera alam semesta ☯️ yang sentiasa memberi energy seimbang dan harmoni kepada Menciptakan kebahagiaan bersatu dengan alam kehijauan serta haiwan-haiwan.

Aku berterima kasih kepada Allah SWT kerana menciptakan alam sekitar yang indah dan ianya wujud di tengah bandaraya untuk dinikmati manusia yang tahu erti menghargai.



Hari ini 17 April 2025 kedudukan planet terbesar duduk segaris/sejajar bersama.Ia menyebarkan energy baik kepada penduduk bumi.

Aku ke sini untuk teknik grounding (memijak tanah tanpa kasut) untuk merasai cas-cas bumi yang positif.Rasai pengalaman memijak tanah dan rumput dengan tapak kaki.Niatkan dalam hati untuk merasai getaran bumi. Kesannya bagus untuk menghilangkan penyakit mental seperti kerisauan, kebimbangan,resah gelisah dan kemurungan. Insyaallah dengan izin Nya.Tiada yang sia sia Allah ciptakan waima seketul batu tetap ada kegunaannya.




Tenang itu menang.Jika fikiran terganggu dan kusut bagaimana hati hendak jadi tenang.Bila kita tenang automatik hati rasa gembira dan mudah menikmati kegembiraan.

bersyukur diri ini telah terlepas dari segala ikatan rantaian permasalahan hidup yang menekan Belajar bicara dengan DIA dan belajar bersahabat dengan alam.

Hidup ini adalah untuk menikmati dan dalam masa sama melepaskan kata Prof MAS.😄

Jangan di ikat sebarang sesuatu pun dalam hatimu.Ingat.


Di sebalik pohon buluh tunggal.Banyak pohon semalu tumbuh atas rumput. Duduk sambil ambil suasana semulajadi.



Hari terasa berbahang panas kerana waktu sudah masuk 3 petang.Rasa berpeluh dan panas.Sebaiknya datang waktu pagi ketika cuaca masih segar dan berangin.Sekarang pun ada berangin cuma matahari masih aktif.




Pukul 4 petang air pancut mula bergerak meloncat turun.



Ibarat menuju ke sebuah pulau 🏝️.Cantik pemandangan petang di taman tasik.Lelaki berkayak ini sudah beberapa kali membuat pusingan.Anda seorang yang berani.

*Saya guna telefon Redmi 



Dari jauh melihat langit terbentang luas.Semuanya dijaga oleh para malaikat.Banyak bangunan tinggi yang naik itu merosakkan pemandangan semulajadi.


Jom kita ke tasik belakang pula.Cuaca petang matahari memancar terik menggigit kulit.Mujur ada payung ☂️.Ramai pengunjung mula brisk walk Dan jogging 👟.Ok aku brisk walk 😀



Kelihatan pemandangan seperti pulau kerana ada deretan pokok kelapa.Air tasik agak hitam akibat lumut.



Pokok apa namanya ni.Hidup segan mati tak mahu.Kering sahaja seperti sakit.
Semasa melawat taman tasik musim pandemik covid tahun 2020 -2021 keadaan tumbuhan di sini cantik Sekarang banyak yang tidak sihat.


Indahnya ciptaan Tuhan.Segar mata melihat semua ini.Terima kasih ya Allah Engkaulah Maha Indah.Alam ini manifestasi keindahan cinta MU.


Sinaran matahari petang di sebalik rimbunan pokok.




Di sini agak redup dilitupi pepohon.Ada kerusi batu bentuk bulat besar.Kemudian datang pelancong India bergambar.Semoga kalian gembira melawat taman tasik Titiwangsa.
 



Si kucing hitam penunggu tasik.Tadi dia berbaring tepi pokok buluh dengan kaki terbongkang.Panas agaknya.Kurus panjang tubuhnya.Hanya mengharapkan ehsan manusia yang membawa makanan.Semoga Tuhan pelihara kucing ini dan melindunginya.


Rumah besar orang kaya di persiaran titiwangsa.Ada pondok sekuriti.Di dalamnya tentu ada kolam renang, ruangan santai seperti spa.Bagaimana keadaan di dalam agaknya.Tumpang bahagia lihat rumah besar sebegini.Damai rasa 💓 hati.Rumah di taman begini tidak akan diganggu oleh kerajaan atas alasan pembangunan insyaallah.

Beruntung lah jadi orang berada.

Jom kita balik 6.30 pm 



Monday, 31 March 2025

Sungai Lubuk Jong


Cuaca in indah langit cerah.


Menyambung silaturrahim dengan keluarga.Baru kali ini aku ke sini menghadiri majlis kenduri kematian hari ke 40 si arwah disambut oleh anaknya.






Balik ke rumah lalu jalan kampung dipenuhi pokok getah dan sungai Lubuk Jong.Sempat dapat gambar pemandangan petang di atas jambatan.


Sejuk mata memandang suasana semulajadi begini yang tak akan dapat di bandar.Rasa lapang dan tenang.

Bersyukur.

 

 Dapat berzikir mengingati Allah dengan hati khusyuk itu satu nikmat yang sangat besar. Lebih bahagia dari memiliki harta yang banyak. Macam...