Sepanjang berada di bandar Kuala Lumpur berpuluh tahun ini aku tak pernah terlintas nak jumpa Dato' Seri Siti Nurhaliza secara langsung.Wajahnya dan video dia ada di mana-mana saluran media sosial.
Entah kenapa balik dari beraya di kampung,dapat maklumat Siti akan muncul di Pavilion Bukit Bintang KL pada hari Ahad 9 April 2025.
Hati ini datang suatu perasaan rasa nak pergi tengok.Untung nasib dapat bergambar.Huh tinggi angan-angan.
Tema majlis sambutan ulangtahun ke 30 dalam industri seni.Ya sudah 30 tahun Siti Nurhaliza dalam industri hiburan.Dia menghiburkan kita semua sejak dari kecil.
Aku sanggup naik grab car bayar RM 30 semata-mata nak cepat sampai di Pavillion Bukit Bintang.
Sampai di Pavilion aku dah dengar suara Siti bercakap dengan mic 🎤.Dia dah naik pentas dari 1pm agaknya.Aku saja yang lambat sampai sebab terleka.Lunak sungguh suaranya macam 24 tahun lepas.
Terpaksa menyusup masuk menghampiri pentas utama biar nampak Siti depan mata.Nampaklah sipi sipi sebab orang hadapan tinggi. Terjungkit juga kaki nak melihat Siti.Alahai cantiknya dia rasa cair tengok.Wajahnya comel.Manis sangat senyuman.Inilah kali pertama tengok berdepan.
Ramai lelaki lembut dalam fan club Siti. Para penari lelaki lembut juga ada.
Golongan muda-mudi gen z memang kurang sebab mereka tak membesar dengan lagu-lagu hits Siti.
Aku rindu zaman kegemilangan Siti era tahun 2000 ke atas dulu,punya comel cantik semua ada padanya. Badan tinggi langsing, senyuman manis betul dan rambut panjang mengurai. Serius Siti sangat comel bila free hair dulu. Takde sesiapa boleh challenge.
Sampai sekarang inipun aku tak nampak orang yang boleh mengatasi kecomelan dan aura Siti.




No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.