Monday, 29 December 2025

Pusing naik ktm

 Aku jalan-jalan naik keretapi KTM dari KL ke stesen Labu Negeri Sembilan.Hujan turun dari Kajang lagi.Seronok ke berada dalam ktm lama-lama?Aku cuma nak layan kepala otak weng hari ni.Tak tentu arah rasa hidup.

Sebab hujan maka tak dapat tengok pemandangan hijau tumbuhan dari cermin tingkap ktm.Tak ada rezeki hari ini.

Aku penat pening kusut macam hilang arah.Aku marah maki hamun bekas kekasih aku.Ayat-ayat aku memang bagai panah beracun.Terlontar habis segala yang dipendam berapa tahun lalu.Ex aku tu tiap tahun muncul dalam mesej tapi kali ni aku tak simpan dah.Puas hati dapat maki.Jangan tiru perangai aku.Aku ni dah habis sabar sebab kisah aku penuh dengan air mata.


Stesen KTM Labu.Aku tengok jam 4.18 petang dan tanya staf di situ pukul berapa pula ktm ke KL sampai.Katanya 7.30 malam.Aku sampai ke sini niat nak meronda dengan ktm sahaja.Nak ke Seremban dah lewat petang.

Nak solat Asar tapi surau di belakang tu ada selipar lelaki.Kongsi surau lelaki perempuan agaknya.Hati aku tak tenang,resah memanjang entah apa aku fikirkan.Hujan turun renyai-renyai.Udara rasa segar dan bau hujan amat menyeronokkan.Lain sekali bila hujan di KL.Bau hanyir meloyakan.

Aku tengok ada sekumpulan lembu mencari makan di pinggir ladang kelapa sawit.Entah lembu siapa dibiarkan berkeliaran.

Belah sini pula ada sekawan kambing berlari-lari anak meragut rumput.Aku perhatikan kawasan lot perumahan di belakang.Dalam hati aku kata alangkah damainya tinggal di sini.Jauh dari kesibukan bandar.Ada kehijauan pokok sekeliling rumah.Sejuk dan redup.
Seronoknya kalau dapat tinggal di sini negeri sembilan.



Aku suka negeri sembilan.Bagi aku negeri ini kaya dengan hutan semulajadi walaupun ada setengah sudah ditarah.Bagi aku negeri 9 negeri berdaulat.

Aku suka ke Port Dickson,aku juga suka suasana Bukit Putus (lihat you tube).Aku suka Kuala Pilah dan lain-lain.

Pukul 5.30pm ktm ke Kajang datang.Aku naik aje takkan nak tunggu trip 7.30pm.

Sejuk cuaca hari ini.Otak masih blur....

Adakah aku dapat ketenangan hari ini pusing naik ktm? Sikit sajalah...selebihnya aku keliru kenapa aku ke Labu ha ha.

Inilah penutup tahun 2025 aku naik ktm pusing-pusing.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Selamat tahun baru

  Selamat tinggal tahun 2025 yang penuh air mata,sesak dada,seksa jiwa raga & segala kesakitan tubuh serta hati,fikiran.Berat ujian hidu...