Hari ini bertarikh 31 December 2025.
Ketika ini aku sedang menikmati dan menghayati makna SUNYI ITU MENENANGKAN JIWA.Aku akui rasa bahagia itu sampai ke jiwa.
Aku ingin khabarkan juga bahawa sepanjang tahun 2025 dahulu banyak peristiwa memenatkan dan menyesakkan dada berlaku.Banyak air mata sedih.Tiap masa aku berperang dengan perasaan dan fikiran hingga aku penat sangat.
Sesungguhnya tidak tenang itu adalah hukuman dari Allah.Dosa menimbun hingga berat kepala & bahu.Oleh kerana dosa menimbun bagaikan bangkai juga menghalang manusia untuk ibadah.Ibadah terasa berat,penuh terpaksa,tiada kemanisan dan ketenangan.Dosa itu adalah bala musibah yang berat kepada jiwa orang islam.
Seingat aku boleh dikira dengan jari berapa kali saja aku tenang & bahagia dalam tahun 2025.
Diuji dengan masalah sakit pula (tak perlu nyatakan).Bagai jatuh ditimpa tangga.Aku diasak kiri kanan depan belakang.Berat ujian hidupku.Mujur aku masih bertahan.
Aku sangka orang-orang yang aku temui boleh beri sinar dalam hidup tetapi beri keserabutan dan kegelapan pula.Aku sendiri tersesat di lorong sepi tanpa cahaya.Terpijak pula duri tajam berbisa.
Pelbagai rasa negatif dan tidak gembira menyucuk urat jantungku hingga aku jangkakan aku akan mati dengan sindrom broken heart.Sedih kan hidup aku?Kau apa tau sebab bukan di tempat aku ~~
Puncanya orang keliling yang melemaskan nafas aku,meruntuhkan semangat aku,menggelapkan hari-hariku yang sepatutnya bahagia.Trauma aku sangat dalam.Setiap hari bergelut dengan 1 rasa yang amat-amat tidak menyenangkan.Kekotoran yang ada pada jiwa-jiwa manusia lain turut mencemarkan rohani aku.
Aku cuba cari kebahagiaan di luar tapi hanya bersifat sementara.Bila kembali,akan sengsara lagi jiwa ragaku.Doa-doa yang aku panjatkan kepada Ilahi masih belum termakbul entah apa rancanganNya.
Hati akan bahagia jika tenang.Hati jadi gelisah bila kusut.Orang yang paling bahagia adalah memiliki hati tenang.Itu saja.Bukan pasal duit ada ke tidak itu nombor dua.
Aku bahagia bila berpeluang untuk bersendirian sebab aku lebih tenang tanpa manusia yang serabutkan kepala.Aku nikmati saat bersendirian tanpa sunyi malah aku bersyukur dapat rasa apa itu bahagia.
Dapat pula menaip blog ini di bilik sambil hirup teh panas dalam cuaca sejuk hujan begini..fuh....
Hujung tahun 2025 ini aku nikmati saat tenang dan damai tanpa kehadiran sesiapa.
Apa harapan aku pada tahun 2026?Aku masih berharap sinar bahagia.Pada aku hidup aku akan sama saja selagi aku dikelilingi PARASIT. Keadaan payah berubah jadi bahagia.Aku mohon Allah jarakkan aku dari parasit cukup.Sekian lama dah ku telan derita.
Allah itu tidak zalim terhadap hambaNya.Kita saja yang selalu bodoh pilih buat dosa.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.