Friday, 7 August 2020

Taman Tasik Titiwangsa covid time


Tasik Titiwangsa wajah baru



 Seingat aku,kali terakhir aku masuk ke dalam Taman Tasik Titiwangsa pada Oktober 2019,itupun masih belum siap sepenuhnya rombakan wajah baru taman tasik.Ada setengah kawasan dilarang masuk.Sampailah awal tahun 2020,Taman Tasik Titiwangsa berwajah baru anjuran DBKL dirasmikan.Yang banyak berubah cuma kawasan permainan kanak-kanak sahaja.Tempat duduk,pelantar tasik semuanya dari 7 tahun lepas sudah ada.Sebenarnya taman tasik ini sentiasa ada kerja-kerja mencantikkannya dari semasa ke semasa,bukannya tiada langsung.Kita tahu sebab dari kecil tahun 90an lagi sudah membesar lalu di kawasan tasik ini.

Kembali kepada topik asal,aku memang berniat nak melawat tasik yang sudah berwajah baru ini di awal tahun 2020 tetapi disebabkan sibuk bekerja dan tiada kawan untuk ajak beriadah maka tertunda.Sampailah bulan 3 hari tu wabak covid maka taman tasik ini diarahkan tutup.Siap buat pagar besi berkunci tak bagi pengunjung masuk!Tak pernah sebelum ini taman tasik dilitupi pagar besi keliling taman,ini kes pertama.Bulan 5 selepas 3 hari menyambut perayaan aidilfitri,aku cuba datang ke sini,tetap sama masih ditutup dan berkunci.Pengunjung yang datang cuma berjogging di luar pagar sahaja.Ah bosannya.

Aku masih fikirkan taman tasik masih ditutup.Aku tanya kawan yang tinggal berhampiran taman tasik ini,katanya sudah dibuka awal September 2020,wow...teruja seketika.Maka di hari cuti,aku terus singgah ke sini.Teruja nak tengok pemandangan baru,terutamanya anak sungai buatan.Pasti indah.

View paling aku suka,dari jauh kelihatan bukit bukau tanah Genting Highland.Epik bagiku

Dahulunya kawasan gambar di bawah ini adalah tanah rumput berbukit yang ditumbuhi pokok besar.Redup sekali.Habis jogging pasti duduk di sini lepaskan lelah.Pokok rhu juga banyak.Kini telah ditebas dan dijadikan sebuah kolam hiasan ikan.


Kemudian kita masuk ke kawasan Banjaran Titiwangsa.Kenapa digelar Banjaran Titiwangsa?Ia kerana dari puncak kita akan dapat lihat pergunungan/banjaran Titiwangsa.Nama pun Tasik Titiwangsa,ia telah termasuk dalam kawasan banjaran Titiwangsa.


Sebaik saja aku berjumpa dengan kolam air ini,rasa seperti ingin bersorak riang...inilah yang aku lihat dalam posting media sosial awal tahun 2019 semasa pembukaan tasik titiwangsa wajah baru.

Airnya panas bila tengahari.Ada enjin air yg buat air bergerak


Biawak pun turut sama berteduh di sini





Rasa nak turun selam kaki sahaja tapi air agak panas


Lama-lama di sini pun tak mengapa.Jauh lebih baik dari berkeliaran di shopping mall yg penuh manusia hipokrit










Jatuh hati lihat kolam indah ini








Agak lama aku berdiri di sini melihat panorama hijau,rasa ralit pula seperti tidak mahu berganjak.Sungguh aku tak tipu,aku rasa tenang dan sejuk di sini walaupun cuaca panas disimbah cahaya matahari.Banyak pokok dan redup.


Lihat pokok pun rasa bahagia,kau apa tahu hati pencinta alam sepertiku 

Tak pasti pokok jenis apa





 
Ini kawasan tasik sebelah padang golf.Banyak ikan di tasik sebelah jalan raya sana.Dulu di sini tempat main kayak,bola tampar sukan air.Lumut pun banyak bau agak hanyir.




10 tahun lalu aku pernah abadikan fotoku di atas jambatan ini



kawasan penternakan ikan,ada ikan puyu,sepat.Panas cing-cing woi



Perkarangan padang rumput sebelah kiri ada beberapa orang sedang melukis menggunakan papan.

Paling suka view dahan pokok berbumbungkan langit biru






Masa untuk balik selepas menjamu selera makan rojak dan air cendol tepi tasik.Apa-apa pun aku enjoy dan bahagia di sini.













Sunday, 5 April 2020

Pantai Batu 1,Port Dickson Negeri Sembilan


Inilah Pantai Port Dickson sekitar tahun 2015 bulan March.Sekadar berkongsi gambar indah sebuah pemandangan alam.5 tahun telah pergi meninggalkan daku.Seperti padang pasir yang gersang di siang hari.Penuh dengan semut api di celahan pasir pantai.Agak panas walaupun ditiup angin pantai.



6.27pm

Bagaikan sebuah lukisan hidup

Tenangnya menghadap pantai di waktu senja begini hilang semua masalah

6.50pm




Perasaan aku sewaktu duduk di tepi pantai kala petang begini ditemani angin sepoi bahasa,fuhh tenang dan nikmat yang tiada tara.Terasa kosong kepala,tenang,damai....melihat laut luas terbentang umpama terapi minda.

Semakin menginjak waktu Maghrib semakin galak manusia bermandi manda dalam suasana suram malam.Mungkin tiada lagi bahang matahari seronok mandi dalam gelap.
Bulan terang di kala malam



Berbaring di atas hamparan tikar tepi pantai di kala malam hari memang rare.Tempat ini selamat,banyak orang berkhemah untuk tidur di sini.Ada yang buat sambutan hari lahir,sekadar melepak menderam enjin motor,bakar BBQ.Bunyi enjin kapal terbang yang berulang alik ke Sepang sana agak bising tapi tak mengapa,hiasan malam.Tiada gangguan fikiran,melayan lagu Potret-Akim & The Majistret.Epik memori di sini.

Jauh terbawa lukisan hatimu,hilang mencari di mana kau pergi.tinggal aku menahan luka ini,sampai harus ku pergi...

Pagi ku dikejutkan dengan bunyi kokokan ayam jantan.Masih ramai yang masih lena dibuai mimpi hingga subuh hanyut.Beli sarapan di warung berhampiran dan santai menikmati sarapan di Batu 1.


8.21am




Pagi hari melihat pemandangan tenang dengan hamparan laut menghijau begini bagaikan satu nikmat hidup yang tak boleh lagi didustai.Benar aku rasa macam duduk dalam taman syurga dunia.Ada seorang dua orang datang memancing ikan di sini.

Terserempak dengan junior sekolah kita iaitu Mimi.Dia datang dengan babahnya memancing ikan



Mimi tengok apa tu~~





9.45am (masih di sini)
 Tahukah apa yang aku bayangkan bila berdiri menghadap laut yang luas begini?Aku ingin menuju ke pulau nun jauh di sana.Aku ingin menjelajah apa yang ada di sana,aku tak ingin lagi pulang ke tempat realiti hidupku.

fajar mula menyinsing naik


Kondominium/apartment yang terbiar di sini sudah sekian lama terbengkalai lebih kurang 30 tahun lebih.Memang tak akan siap.Ada masalah dalam menguruskannya.Kontraktor juga bankrup dan tidak dapat meneruskan projek.Dengar cerita condo ini juga tidak mendapat kelulusan.Dahulunya binaannya agak jauh dari pantai.Lama kelamaan terjadi hakisan pantai.Ombak akan menghakis struktur bangunan.Lama kelamaan bangunan bawah akan ditenggelami air.Hingga kini di tahun 2020 ianya masih di situ teguh berdiri di situ menjadi sarang kutu rayau dan aktiviti tidak berguna.


Selamat tinggal pantai batu 1,air yang bersih,pemandangan damai dan jujur aku tenang berada di sini.

Bila hati dan fikiran kau masih di tahap biasa,maka kau akan alami ketenangan bila berada di sini.Tetapi ingatlah satu perkara,bila hati dan fikiranmu kacau berserabut bergoncang bagaikan tsunami,berada di tempat tenang pun kau tak akan mencapai ketenangan sebab dalamanmu berkocak-kocak.Umpama kau rasa mahu saja terjun di dalam air dalam ini dan karam bersama ombak lalu tenggelam di dasar.

Tenang itu akarnya dari dalam jiwa,tempat yang tenang hanyalah manifestasi.

Selamat Hari Buruh 2025

 Pukul 12.30 tengah hari. Hari ini hari buruh.Hari cuti buat semua pekerja.Hari untuk istirehat dan beriadah bersama keluarga atau me time. ...