Wednesday, 31 December 2025

Selamat tahun baru

 


Selamat tinggal tahun 2025 yang penuh air mata,sesak dada,seksa jiwa raga & segala kesakitan tubuh serta hati,fikiran.Berat ujian hidup yang aku jalani.

Aku sambut awal tahun kalender masihi ini dengan lafaz bismillahirrahim,semoga Allah ampunkan segala kesilapan dan dosa-dosa hitam pekat dari rohani & jasmaniku dengan harapan aku kembali kepada fitrah asal manusia yang suci bersih.

Sesungguhnya syaitan itu tidak akan putus asa menjerumuskan cucu cicit Nabi Adam ke jurang neraka kelak.

Ya Allah...aku berdoa dengan hati tulus agar tahun 2026 ini;

🤲Bertambah IMAN & TAKWA kepadaMU

🤲Bertambah amal ibadah & berjuang melawan kejahatan dalam diri nafsu malas nafsu dunia

🤲Redha atas ketentuan Allah agar Allah redha atas kita

🤲Dijauhkan dari kelalaian yang membinasakan

🤲Berhenti scroll media sosial yang banyak syaitan iblis bertenggek di dalamnya mencuri masa & merosak hati.

🤲Segera mengganti segala solat & puasa yang ditinggal dengan sengaja kerana ikut hawa nafsu bisikan syaitan.



Penghujung 2025

 Hari ini bertarikh 31 December 2025.

Ketika ini aku sedang menikmati dan menghayati makna SUNYI ITU MENENANGKAN JIWA.Aku akui rasa bahagia itu sampai ke jiwa.

Aku ingin khabarkan juga bahawa sepanjang tahun 2025 dahulu banyak peristiwa memenatkan dan menyesakkan dada berlaku.Banyak air mata sedih.Tiap masa aku berperang dengan perasaan dan fikiran hingga aku penat sangat.

Sesungguhnya tidak tenang itu adalah hukuman dari Allah.Dosa menimbun hingga berat kepala & bahu.Oleh kerana dosa menimbun bagaikan bangkai juga menghalang manusia untuk ibadah.Ibadah terasa berat,penuh terpaksa,tiada kemanisan dan ketenangan.Dosa itu adalah bala musibah yang berat kepada jiwa orang islam.

Seingat aku boleh dikira dengan jari berapa kali saja aku tenang & bahagia dalam tahun 2025. 

Diuji dengan masalah sakit pula (tak perlu nyatakan).Bagai jatuh ditimpa tangga.Aku diasak kiri kanan depan belakang.Berat ujian hidupku.Mujur aku masih bertahan.

Aku sangka orang-orang yang aku temui boleh beri sinar dalam hidup tetapi beri keserabutan dan kegelapan pula.Aku sendiri tersesat di lorong sepi tanpa cahaya.Terpijak pula duri tajam berbisa.

Pelbagai rasa negatif dan tidak gembira menyucuk urat jantungku hingga aku jangkakan aku akan mati dengan sindrom broken heart.Sedih kan hidup aku?Kau apa tau sebab bukan di tempat aku ~~

Puncanya orang keliling yang melemaskan nafas aku,meruntuhkan semangat aku,menggelapkan hari-hariku yang sepatutnya bahagia.Trauma aku sangat dalam.Setiap hari bergelut dengan 1 rasa yang amat-amat tidak menyenangkan.Kekotoran yang ada pada jiwa-jiwa manusia lain turut mencemarkan rohani aku.

Aku cuba cari kebahagiaan di luar tapi hanya bersifat sementara.Bila kembali,akan sengsara lagi jiwa ragaku.Doa-doa yang aku panjatkan kepada Ilahi masih belum termakbul entah apa rancanganNya.

Hati akan bahagia jika tenang.Hati jadi gelisah bila kusut.Orang yang paling bahagia adalah memiliki hati tenang.Itu saja.Bukan pasal duit ada ke tidak itu nombor dua.

Aku bahagia bila berpeluang untuk bersendirian sebab aku lebih tenang tanpa manusia yang serabutkan kepala.Aku nikmati saat bersendirian tanpa sunyi malah aku bersyukur dapat rasa apa itu bahagia.

Dapat pula menaip blog ini di bilik sambil hirup teh panas dalam cuaca sejuk hujan begini..fuh....

Hujung tahun 2025 ini aku nikmati saat tenang dan damai tanpa kehadiran sesiapa.

Apa harapan aku pada tahun 2026?Aku masih berharap sinar bahagia.Pada aku hidup aku akan sama saja selagi aku dikelilingi PARASIT. Keadaan payah berubah jadi bahagia.Aku mohon Allah jarakkan aku dari parasit cukup.Sekian lama dah ku telan derita.

Allah itu tidak zalim terhadap hambaNya.Kita saja yang selalu bodoh pilih buat dosa.

Monday, 29 December 2025

Pusing naik ktm

 Aku jalan-jalan naik keretapi KTM dari KL ke stesen Labu Negeri Sembilan.Hujan turun dari Kajang lagi.Seronok ke berada dalam ktm lama-lama?Aku cuma nak layan kepala otak weng hari ni.Tak tentu arah rasa hidup.

Sebab hujan maka tak dapat tengok pemandangan hijau tumbuhan dari cermin tingkap ktm.Tak ada rezeki hari ini.

Aku penat pening kusut macam hilang arah.Aku marah maki hamun bekas kekasih aku.Ayat-ayat aku memang bagai panah beracun.Terlontar habis segala yang dipendam berapa tahun lalu.Ex aku tu tiap tahun muncul dalam mesej tapi kali ni aku tak simpan dah.Puas hati dapat maki.Jangan tiru perangai aku.Aku ni dah habis sabar sebab kisah aku penuh dengan air mata.


Stesen KTM Labu.Aku tengok jam 4.18 petang dan tanya staf di situ pukul berapa pula ktm ke KL sampai.Katanya 7.30 malam.Aku sampai ke sini niat nak meronda dengan ktm sahaja.Nak ke Seremban dah lewat petang.

Nak solat Asar tapi surau di belakang tu ada selipar lelaki.Kongsi surau lelaki perempuan agaknya.Hati aku tak tenang,resah memanjang entah apa aku fikirkan.Hujan turun renyai-renyai.Udara rasa segar dan bau hujan amat menyeronokkan.Lain sekali bila hujan di KL.Bau hanyir meloyakan.

Aku tengok ada sekumpulan lembu mencari makan di pinggir ladang kelapa sawit.Entah lembu siapa dibiarkan berkeliaran.

Belah sini pula ada sekawan kambing berlari-lari anak meragut rumput.Aku perhatikan kawasan lot perumahan di belakang.Dalam hati aku kata alangkah damainya tinggal di sini.Jauh dari kesibukan bandar.Ada kehijauan pokok sekeliling rumah.Sejuk dan redup.
Seronoknya kalau dapat tinggal di sini negeri sembilan.



Aku suka negeri sembilan.Bagi aku negeri ini kaya dengan hutan semulajadi walaupun ada setengah sudah ditarah.Bagi aku negeri 9 negeri berdaulat.

Aku suka ke Port Dickson,aku juga suka suasana Bukit Putus (lihat you tube).Aku suka Kuala Pilah dan lain-lain.

Pukul 5.30pm ktm ke Kajang datang.Aku naik aje takkan nak tunggu trip 7.30pm.

Sejuk cuaca hari ini.Otak masih blur....

Adakah aku dapat ketenangan hari ini pusing naik ktm? Sikit sajalah...selebihnya aku keliru kenapa aku ke Labu ha ha.

Inilah penutup tahun 2025 aku naik ktm pusing-pusing.



Selamat tahun baru

  Selamat tinggal tahun 2025 yang penuh air mata,sesak dada,seksa jiwa raga & segala kesakitan tubuh serta hati,fikiran.Berat ujian hidu...