30.12.2021 edited on 21 dec 23
Pagi ini aku ke Plaza GM Jalan Tunku Abdul Rahman yang terletak di kawasan Chowkit.Aku ada terbaca 1 vlog di you tube tentang keindahan panorama matahari terbit dari tingkat paling atas Plaza GM.Boleh bawa naik sekali kereta dalam lif.Hah betul ke?Ya betul menurut info seeloknya datang sebelum waktu subuh sekitar pukul 6.15 pagi.
Kalau ada urusan nak ke pasar pagi Chowkit bolehlah kan sambil lalu terus naik tingkat teratas Plaza GM.Boleh saksikan panorama indah matahari terbit dari tingkat tepi tempat parking kereta.
Cakap tentang Chowkit ni teringat pula zaman hujung tahun 90an dan awal 2000.KL dahulu suasana seronok dan harmoni kerana kebanyakan peniaga dan orang tempatan sahaja berlegar di Chowkit.Sekarang penuh 95% orang luar sampai aku rasa seperti duduk menumpang di tempat orang pula.Aura pun kelam semacam bila jejak kaki.
Chowkit...di sinilah tempat aku dan ahli keluargaku membeli kelengkapan barangan urusan meniaga,peralatan sekolah,barang makan,barang dapur 25 tahun lepas.Pakaian hanya jarang-jarang.Aku selalu membeli di Mydin Chowkit.Beli beg sekolah,buku nota,alatulis dan kadang-kadang selit beli produk kulit muka jenama Nivea.Produk Nivea sudah muncul zaman aku sekolah lagi tahun 2000 ke atas.Aku beli toner masa tu tapi aku sendiri tak tahu nak guna macam mana.Dulu bukan ada media sosial untuk cari info.Tercangak-cangak sendiri macam cicak berak kapur.
Kembali kepada Plaza GM.Sebab datang dah tengahari maka tak ada maknanya tengok matahari naik.Hawa panas sahaja tempat parking ni.Sempat aku rakamkan gambar dari tingkat atas.Cantik juga pemadangan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.