Friday, 24 December 2021

Berkunjung ke Muzium Negara December 2021

 

Kali ini aku rancang untuk melawat muzium negara.Kali terakhir datang pada tahun 2007.Entah berubah ke tidak pameran muzium tahun 2021 ni.Aku hanya berjalan kaki dari stesen MRT KL sentral sampai tembus ke pintu B.2 kali touch palang besi tiket.Anda akan temui lif dan tekan UG.Terus tembus ke muzium.Senang bukan?


Keluar dari stesen mrt anda akan jumpa rumah rekabentuk seni negeri melaka yang berwarna hitam tangga oren ini.














Bangunan muzium ini direka seperti bumbung gadang rumah minangkabau.Di dalam pula terdapat ciri-ciri istana melayu lama dari Terengganu dan digabung dengan ciri-ciri moden








Muzium Negara dibuka secara rasmi selepas merdeka pada 31 Ogos tahun 1963 dan dirasmikan oleh YTM Tuanku Abdul Rahman.yang merangkap sebagai perdana menteri dan bapa kemerdekaan ketika itu.Lihatlah lukisan mural yang diperbuat daripada mozek di dinding muzium ini memaparkan manusia di zaman pra sejarah.

Tapak muzium ini asalnya tapak muzium negeri selangor yang dibina oleh British  pada tahun 1896 dan telah dibom semasa perang dunia kedua pada 10 mac 1945.

Ada 4 galeri di dalam muzium.Aras bawah dan atas.Rasanya bahan pameran kelihatan berkurangan berbanding 14tahun lalu aku datang.

    - Sejarah geografi kehidupan manusia zaman dahulu kala
    -zaman batu,zaman gangsa,zaman besi
    -Galeri kehidupan bangsawan dan masyarakat melayu lama
    -kerajaan Hindu-Buddha dengan kesultanan Islam Melaka,Srivijaya & Majapahit
    -Barangan seni seperti tembikar
    -Model kuih Lembah Bujang di Kedah -Borobudur dan kapal Majapahit
    -Kegiatan ekonomi
    -Flora fauna

Galeri Kerajaan Melayu Awal
Galeri ini menyelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu selepas zaman pra sejarah dengan pembentukan kerajaan-kerajaan awal yang mempunyai sistem kenegaraan, ekonomi, keagamaan dan kebudayaan sebagai jatidiri wilayah Alam Melayu (Malay World) termasuk Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo. Kemunculan penempatan dan kerajaan awal yang digambarkan dalam galeri ini secara tidak langsung dapat membuktikan perkembangan sosio-politik Melayu, jaringan sistem ekonomi terutama perdagangan antarabangsa dan perluasan ciri-ciri kebudayaan serta keagamaan kelompok rumpun Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan awal ini diperkuatkan lagi dengan pameran artifak-artifak yang mempunyai pengaruh keagamaan yang menjadi mercu tanda sesebuah kerajaan itu. 














Perahu sagor yang diperbuat dari kayu cengal












Antara barang seramik yang ditemui dalam kapal karam Long Quan sekitar 1400 tahun lalu ketika dinasti cina datang berdagang ke tanah melayu








Replika Istana melayu Perak.Ketukangan Melayu kaya terbukti di seluruh istana, dari ukiran kayu rumit yang menghiasi pintu dan tingkap. 

Batu bersurat





Alat timbang yang digunakan pada zaman dulu ialah gantang (tempurung) dan juga dacing.


















Pengislaman raja melaka oleh ulamak dari arab dan jeddah yang ketika itu datang berdagang di melaka.Bermula dari itulah banyak pembesar dan rakyat memeluk agama islam.














Galeri Sejarah Awal
Galeri ini mempersembahkan segala maklumat dan bukti-bukti tinggalan kebudayaan (material Culture) masyarakat awal di Malaysia. Melalui kajian sejarah dan kerja-kerja ekskavasi di lapangan oleh ahli-ahli akademik dan arkeologi mendapati bahawa masyarakat terawal di negara ini muncul kira-kira 500,000 tahun SM. Masyarakat ini menjalani kehidupan dengan berburu dan mendiami kawasan tebing-tebing sungai, tasik dan juga gua. Zaman ini dikenali sebagai zaman batu berdasarkan penemuan artifak-artifak yang diperbuat daripada batu dan lukisan yang terdapat pada dinding gua seperti yang ditemui di Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak), Ulu Tembeling (Pahang) dan Tingkayu (Sabah). Pentarikhan (Geo-Paleontologi dan Geo-Morfologi) yang dilakukan ke atas kawasan dan tinggalan artifak ini menunjukkan terdapatnya perkembangan kebudayaan dan corak hidup masyarakat yang dibahagikan kepada tiga zaman iaitu Paleolitik, Hoabinhian dan Neolitik. Selain itu, galeri ini juga memaparkan maklumat dan artifak-artifak dari Zaman Logam, Kebudayaan Megalitik dan Proto Sejarah.















Perak Man adalah rangka manusia yang tertua ditemui di gua Perak.Berusia lebih 10 000 ribu,berketinggian 154cm dan dipercayai manusia yang paling lama hidup di zaman itu.Beliau juga dipercayai terdiri dari golongan yang dihormati di kalangan masyarakat kerana cara istiadat pengebumiannya juga kelihatan istimewa.

























Cara pengkebumian masyarakat Cha di Kelantan sekitar 10 000 ribu tahun lampau.Mayat mesti diikat secara mengerengkot seperti dalam gambar.Buktinya para arkeologi menemui rangka mayat dalam posisi seperti gambar.Penemuan rangka mayat kanak-kanak yang berusia 6 tahun di dalam lubang tanah.







Di sarawak ketika zaman dahulu mayat dimasukkan ke dalam tempayan ini mengikut upacara kematian masyarakat setempat


Galeri Era Kolonial
Galeri ini memaparkan sejarah negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak ketika berada di bawah cengkaman kuasa asing yang bermula pada tahun 1511 menerusi penceroboh Portugis ke atas Kota Melaka. Siri Penjajahan ini berlarutan dan silih berganti kepada Belanda dan menular ke seluruh negara menerusi penguasaan British dan Jepun. Tarikan kepada kuasa asing ini adalah hasil-mahsul bumi Melayu. Mereka datang untuk menguasi perdagangan rempah serta mengeksploitasi bahan mentah, khususnya bijih timah yang merupakan bahan mentah yang terpenting semasa tercetusnya revolusi perindustrian di negara-negara Eropah pada kurun ke-18. Penguasaan kuasa-kuasa asing ke atas negara ini berlaku selama lebih 400 tahun. Tempoh ini menyaksikan kekayaan negara dibolot dan dieksploitasi menyebabkan timbulnya bibit-bibit kesedaran dan semangat perjuangan anak bangsa untuk bangkit membebaskan diri dari belenggu penjajahan. Turut dimuatkan adalah perubahan-perubahan sosial, politik dan ekonomi yang berlaku di sepanjang tempoh tersebut. 















Galeri Malaysia Kini
Galeri ini menyingkap sejarah gerakan nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan sehinggalah kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malay National Organisation) pada tahun 1946. Kelantangan suara menuntut hak dan pembebasan sepenuhnya dari tangan British telah diperjuangan pelbagai pihak dari pelbagai kaum sehinggalah negara ini akhirnya kembali merdeka sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 menerusi meja rundingan. Pada 16 September 1963 negara maju setapak lagi dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura (1963-1965). Penubuhan Malaysia telah mewujudkan satu entiti politik yang kukuh dan bersepadu sehingga ke hari ini. Perpaduan kaum, kestabilan politik yang bertunjangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta pencapaian-pencapaian negara yang membanggakan termasuk pembangunan fizikal yang bersifat moden, mega dan mencakar langit turut menjadi paparan galeri ini.






Banyak info menarik zaman pra sejarah,sejarah Tanah Melayu yang boleh anda dapati di muzium negara ini.Datanglah beramai-ramai untuk mendapat ilmu pengetahuan.Bagi yang gemarkan bahan sejarah anda tidak rugi ke sini.















No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...