Sudah lama aku rancang hendak ke One City Mall,usj Subang ni cuma hari ini baru ada kesempatan.Niat cuma hendak pusing-pusing cuci mata di pinggir selangor.Maklumlah aku datang jauh dari Kuala Lumpur.Setelah survey maklumat dari rapid kl cara untuk ke sini dengan pengangkutan awam maka barulah berani datang.Tak mahulah naik teksi/kereta grab sangat merugikan duit.
Untuk merancang perjalanan agar lancar,mesti keluar waktu pagi.Kalau keluar tengahari takut anda sampai lewat ke sini.Nak balik pun terlewat.Aku bertolak pukul 10.20 pagi tunggu train.Perjalanan dari stesen LRT wangsa maju ke stesen usj 21 (30 stesen) mengambil masa hampir 1 jam 20 minit.Aku tak tipu tau.Lenguh punggung duduk dalam train sambil mengintai-intai aku di mana ni dah nak sampai ke tidak..terasa lama sungguh perjalanan pergi.Aku membaca novel seram tajuk Hijab sementara tiba.Anggaran 2 jam menggunakan pengangkutan awam.
Yezzz dah sampai.Terasa asing bila sampai di tempat baru buat pertama kali.Tapi aku tahu aku seorang yang berani berdikari sendiri.
Berhenti di Lrt stesen Usj 21
Naik bas T778 rapid kl
Aku tiba di sini 11.35 pagi.Untuk kepastian naik bas apa sila tanya pegawai LRT di kaunter.Turun eskalator dan nampak ada hentian bas di bawah.Jangan risau bas akan muncul dan bergerak tepat jam 12 tengahari.Untuk makluman bas bergerak setiap 1 jam ya.Jika anda sudah terlepas kenalah tunggu jam seterusnya.
Ada baki lagi 20 minit sebelum bas berjalan.Aku ke tandas dulu-bersihkan muka dan pakai bedak sikit baru muka tak berlemuih hahaha...
Naik bas T778.Bas ini akan lalu di sekitar bandar Subang dan stesen terakhir di One City Mall.Anda boleh cam bangunan kelabu gelap dengan hiasan pokok daun berjurai itulah One City.Kalau tak pasti minta bantuan pemandu bas,jangan segan bertanya nanti sesat jalan.Macam aku suka bertanya baru mudah urusan.Pekerja rapid kl ni rata-rata peramah dan mudah memberikan bantuan.
Tadaaaa!!!Tak sangka aku sudah sampai ke One City.Mulanya tak tahu nak masuk arah mana.Aku tanya pekerja grab food yang kebetulan berdiri di tepi.Kali pertama datang tahun 2018 ingat-ingat lupa dengan kawan-kawan.
Naik esculator ke tingkat 1 dan menuju ke kedai Jalan Jalan Japan (JJJ).Ini yang aku cari dan idamkan woiiii.Rasa teruja lain macam nak masuk ke sini.Kena selera dengan orang yang kaki shopping macam aku.Jadi 1 terapi ok.Dulu datang sini hanya masuk melawat dan "tak lalu" beli baju bundle tapi kali ini mesti bawa balik 1 bag.Kebetulan di lobi tingkat bawah tadi ada production sedang shooting drama.Entah siapa pelakonnya aku tak nampak.
Atas faktor kebersihan anda akan diberi sarung tangan plastik untuk dipakai semasa masuk ke dalam JJJ ini kerana kedai ini menjual item terpakai.Ok jommmm kita masuk sebelum ramai orang serbu!Mujurlah hari ini isnin kuranglah sedikit orang.
JJJ One city ini ada 2 tingkat.Tempatnya luas dan selesa.Senang untuk memilih barang.Antara barangan yang dijual adalah;
-Anak patung dari saiz besar hingga kecil
-Permainan kanak-kanak
-Alat muzik
-Baju
-Beg (kesemua jenis beg)
-Kasut
-Aksesori wanita
-Stokin
-Bennie cap (sesuai untuk musim sejuk)
-Stroller baby
-Bingkai gambar
-Pinggan,cawan
-Alatulis
-Majalah dari Jepun
Bermacam-macam lagi.Anda datang sendiri dan lihat baru puas hati.Tak sempat nak ambil semua gambar masuk blog
Kasut orang Jepun semua comel-comel sesuai dengan fesyen harajuku style mereka.Keadaan kasut ada yang 80% masih elok cuma berbau kaki lah namapun barangan terpakai.Harga pun berpatutan boleh dapat RM30 untuk kasut platform jenis but paras buku lali.Aku tak berminat dengan kasut sebab misi kali ini nak cari beg paling ringan materialnya.Sakit bahu bawa beg berat itu belum lagi isi barang.
Rak beg di JJJ One city ini lebih kemas tersusun.Ruang untuk memilih beg juga luas tak seperti di JJJ M3 mall KL.Sana sempit dan beg kebanyakannya tak cantik dan ada kerosakan.Sebab itulah aku sanggup datang jauh-jauh ke sini.
Rak beg telah diasingkan mengikut kategori;
-Handbag
-Tote bag
-Sling bag
-Beg sandang
-Beg pack
Apabila diasing begini dapat memudahkan pencarian jenis beg.Aku rasa seronok godek beg di sini sebab semuanya lawa-lawa dan keadaan beg masih elok.Ada yang nampak masih baru.Puas hati sangat dan rambang mata tengok.Kali pertama aku terpandang 1 tote bag hijau gelap yang ringan sangat materialnya.Terus aku sambar RM15 saja beb.Terus jatuh cinta kerana inilah ciri-ciri beg yang aku cari. Hampir 2 jam aku di sini berapa kali pusing cari beg.
Beg semua lawa-lawa kalau pandai pilih.Rasa nak demam duduk di sini lama-lama.Mengugat iman.
Di luar tak akan dapat harga sebegini dengan kualitinya lagi.
Harga beg memang tak masuk akal.Bermula dari RM10 (harga mark down),RM 15,RM 20,RM 25,
RM 30,RM 40 dan paling mahal RM50.Itupun hanya beberapa buah beg sahaja berharga RM50.Kebanyakannya berharga RM20 harga standard.
Aku turut hantar beberapa gambar beg kepada mak aku suruh dia pilih yang mana berkenan.Alang-alang dah datang dari jauh,sambar saja beberapa buah lagi.Ikut hati aku nak semua beg yang aku berkenan tapi apakah daya kena juga kira bajet.Beli banyak barang berat pula nak mengangkut naik bas nanti.Jauh lagi perjalanan aku.
Aku berkenan betul beg silang ni sebab besar boleh muat banyak barang.Tapi di rumah dah banyak beg silang...alahai...terpaksa lepaskan beg ni.
Beg kelabu kain payung ni betul-betul cantik.Banyak compartment berzip di dalam.Boleh isi pelbagai khazanah seperti dokumen.Zipnya masih berkilat nampak baru cuma tali bahu ada sedikit gelupas.Cincai sajalah RM20 sahaja.
Kita turun pula ke tingkat bawah.Banyak rak baju wanita disusun mengikut kategori
-Skirt
-Seluar
-Dress
-Baju tiada lengan
-Baju lengan panjang
-Blouse
-Jaket
-Hoodie/sweater
Kenangan di JJJ one city
Baju lengan panjang kebanyakan kain knitted kain panas yang sesuai untuk musim sejuk.Baju knitted berbulu pun ada.Tak sesuai dengan cuaca panas di sini.Tapi kalau anda hendak beli sebab cantik silakan.
Blouse tanpa lengan kebanyakannya comel-comel sesuai dengan saiz aku.Aku pilih dalam 8 helai dan cuba di bilik persalinan.Semuanya menarik nampak awet muda gitu ehehehe
Seluar jeans pun banyak yang cantik ada kualiti.Jenama Uniqlo pun ada.Uniqlo berasal dari Jepun.Aku pernah beli seluar Uniqlo bundle 3 helai di kedai bundle.Kualiti memang terbaik.Kain tak kembang,warna tak luntur tetap elok walaupun dah bertahun.
Aku beli 5 helai baju =RM 25
Jeans retro kotak-kotak=RM 5
Beg 3 buah =RM 55
Total belanja RM85
Tak menyesal datang jauh-jauh.Terasa sangat berbaloi datang ke JJJ one city kerana lebih banyak pilihan barang.Ikut hati semua aku nak beli tapi takut tak terpakai jadi membazir pula.Kalau dulu tak pandang baju bundle ni sebab kondisi yang dijual di kedai bundle pun nampak lusuh benar tetapi berbeza dengan JJJ ni,semuanya kondisi masih elok kena pandai pilih.Kalau rasa dah berbulu teruk tak perlulah beli.
Lain kali ada peluang aku nak datang lagi ke sini.3 jam di sini pun rasa sekejap saja masa berlalu.
Jujur aku cakap kadang-kadang bukan perlu sangat pun beli pakaian dan beg ni sebab aku dah banyak sangat baju di rumah.Bukan 1 keperluan pun nak kena beli yang lain tetapi KESERONOKAN DAPAT KELUAR RUMAH BERJALAN-JALAN CUCI MATA itu yang utama.Bila dah singgah takkan nak tengok sahaja mestilah pilih,cuba dan beli.Moment datang ke sini tu yang mahal.
Balik ...tunggu bas di depan One City Mall.5.25pm bas datang bawa anda ke stesen LRT usj 21
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.