Aku letih mengikut rentak manusia dan bersabar menurut apa mereka mahukan hinggakan apa yang aku mahukan mungkin tak pernah mereka tunaikan.Aku lelah disakiti dengan sikap dan perbuatan hingga aku terpaksa menelan sendiri kepahitan yang akhirnya menjadi racun hidupku.
Sudah tiba masanya aku asingkan diri dan melepaskan ikatan-ikatan manusia di sekeliling yang merantai dan membelenggu seluruh hidupku.Yang aku rasakan banyak mengundang duka dan air mata.Aku hanya dicari apabila diperlukan,apabila mereka berasa senang dan bahagia lantas aku tiada lagi maknanya.Sedangkan aku siap sedia di sisi mereka tak kira masa apabila diperlukan.Utuhnya nilaiku untuk mendapat sebuah makna dalam hidup mereka.
Kini aku telah mula sedar bahawa manusia ini alpa sifatnya.Mereka mudah lupa apabila mereka senang hati dan gembira.Mereka sedar atau tidak perbuatan mereka membuat hati insan lain terasa jauh hati.Usah kau harap walau secebis kasih manusia.Kau akan terasa sakit jika ingin menumpang kasih.Ya aku kini jauh hati tatkala aku sedar siapa diriku yang sebenar..lebih baik aku sayangi dan hargai diri sendiri yang sudah lama menagih perhatian makanan jiwa dan rohani.Tidak guna sayangi dan mengejar manusia yang mudah lupa diri.
"Just keep loving yourself..sayangi hargai ohh dirimu.."bait-bait lagu itu menari di ruang mindaku
Di saat aku menjauhkan diri meninggalkan mereka semua lalu aku bermuhasabah merenung satu persatu helaian diari hidupku yang semakin lama semakin usang dimamah waktu terbuang.Diri ini banyak terabai,tidak terurus,lemah dan sakit kerana sibuk mencari dan memberi manusia lain perhatian.Kasihannya diriku yang malang tiada belaian kasih dari empunya badan.
Memang jika kita terlalu fikirkan orang maka jiwa kita jadi sakit,pedih dan merana.Bebaskan manusia dari rantaian hati dan fikiranmu mulai sekarang.
"(Siapa pun nama anda) sayangilah dirimu sendiri,ia umpama cermin yang memantul refleksi diri.Andai kau tidak bahagia di dalam mana mungkin di luar kau bahagia dan membahagiakan "
"(Siapa pun nama anda),aku memohon maaf setulus hati atas kesakitan dan racun yang aku baja dalam hidupmu selama ini hingga kau menjadi rosak,layu,kering tidak bermaya.."
Maafkan diri sendiri yang telah banyak menganiya,menyeksa,menyakiti diri sendiri angkara kecewa dengan manusia lain.Nyawa dan roh kita adalah kurniaan Tuhan yang paling bernilai di dalam hidup.Jikalau kita membiarkannya mati dan rosak maka sia-sialah hidup kita dan mulalah merasa hidup tiada makna.Diri,minda kita hanyut dibuai kesakitan angkara perbuatan/reaksi manusia lain pada kita.
Jangan terkesan dengan perbuatan manusia.
Jadikan kalimat ini sebagai tangkal azimat yang kita bawa ke mana-mana sahaja seperti kita membawa jantung di dalam dada.Jikalau kau menolak untuk terkesan/terasa dengan perbuatan manusia terhadap kau,maka fikiran dan hati kau akan bebas daripada tekanan,sakit hati,sedih dan amarah.
Pilihlah untuk memaafkan dan melepaskan,usah dibiar segala perbuatan pahit manusia terhadap kita menjadi racun toksik di dalam hari-hari yang kita lalui.Mohon sebanyak-banyak doa kepada Maha Kuasa agar melenyapkan apa jua fikiran jahat negatif dari dirimu.Kita cuma mahu hidup yang tenang tanpa dendam.Jika harus meninggalkan dunia inipun biarlah pergi dengan jiwa yang tenang.
Usah sibuk mencari penghargaan manusia kerana manusia sememangnya tidak menghargai dan mudah lupa diri.
Usah mengharap walau secebis kasih dari manusia.Kasih Tuhan itu seluas langit dan bumi mengapa kau tidak mahu mencarinya?Renungkan.....tanda kasih Tuhan terhadap kejadian dirimu itu..
Sayangi dirimu,kasihi dirimu,belailah jiwamu..
Lepaskan manusia dari jiwa ragamu......kamu hidup adalah untuk kebahagiaanmu bukan hidup ini perlu ada syarat untuk bahagia....
Tulus Ikhlas,
Teratai sepi-Jun 2021
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.