Monday, 28 June 2021

Isolated diri daripada telefon !

 Isolated ourselves is Much Better 

Kita panggil asingkan diri dari manusia dan dunia luar.
-tutup telefon terus hidup tanpa telefon (tidak buka segala aplikasi sms,panggilan,media sosial)-sememangnya aku tak ada socmed pun
-duduk di dalam bilik dengan menulis blog menggunakan laptop
-menatap gambar-gambar lama yang ada kenangan manis sahaja
-membaca buku novel,komik,fiksyen
-menulis cerpen/novel

Sangat tenang,sangat aman,sangat positif hidup tanpa bertuhankan telefon pintar!Ajar diri selama 2-3 hari dahulu,tanamkan azam yang kuat untuk tidak buka telefon.Selepas itu arahkan minda anda untuk berfikir perkara lain selain telefon.Lama kelamaan anda akan terbiasa tanpa bermain telefon.Anda juga akan berkata "go to hell to those who sms me"



Telefon mempunyai sangat-sangat pengaruh radiasidan gelombang  yang tidak baik untuk otak.Ia akan melenguhkan tangan seperti sakit,kebas-kebas,sakit tengkuk dan anda akan stress/depression/anxiety akibat asyik memicit telefon.Sibuk membaca artikel negatif,sibuk mencari penghargaan dan pujian orang dalam mediasoc, selalu disajikan tulisan umpatan kejian orang,sakit hati melihat kehidupan orang dan anda jadi tidak bersyukur.Selepas bangun tidur fikiran anda tidak segar dan tenang.Anda juga obses memeriksa telefon sebaik saja bangun tidur.

Jadi amatlah baik dan menenangkan hidup tanpa telefon dan menjadi hamba tunggangan telefon yang tiada kesudahan!!!!

Manusia bertuhankan telefon tidak akan aman hidup!Otak dan hati juga punah ranah




Friday, 25 June 2021

Teluk Dalam Resort Pangkor ditutup dan berhantu

 Teluk Dalam Resort secara rasminya telah terbengkalai dan ditutup pada tahun 2015 kerana masalah pengurusan dan kewangan.Jadi blog saya akan backlog semula saat kegemilangan resort ini.Di bawah ini serba ringkas penerangan tentang kemudahan yang ada di Teluk Dalam Resort.

Teluk Dalam Resort mula beroperasi sekitar tahun 1990 an lagi.Ianya adalah resort berkonsepkan kampung yang terletak di belah utara pangkor.Ia agak terpencil dari pulau-pulau lain.Chalet di situ dikelilingi padang dan taman bunga yang luas untuk kegunaan aktiviti permainan (reunion).itulah ciri-ciri kampung melayu lama.



Sumpah,cantik sangat view Resort Teluk Dalam ini,senibina chalet juga amat unik dan lain dari yang lain.Tidak rugi jika anda ke sini suatu ketika dulu.Rata-rata pengunjung memuji keindahan resort ini.Semua puas hati dengan layanan staf,lokasi resort dan keindahan private beach nya yang amat menyenangkan mata.



Untuk sampai ke sini anda boleh menaiki teksi dari jeti Pangkor,bagi yang menyewa motor anda bolehlah datang meronda-ronda kerana di sini banyak burung hornbill

akan akan jumpa menara ini sebelum sampai ke Teluk Dalam

Teluk Dalam Resort menawarkan pengunjung chalet atau banglo yang mempunyai pemandangan luas seperti taman atau laut.Nama chalet dan banglo adalah seperti berikut;

Chalet Melati (1 bilik/pemandangan taman)       RM 300-350

Chalet Tanjung (1 bilik/pemandangan laut)        RM 400

Banglo Cempaka (2 bilik/pemandangan taman) RM 420

Tambahan tilam                                                   RM 40


Restoran

-Restoran Sekampung Kafe -menyajikan makanan kampung dan makanan barat
-Kopitiam Temu-minuman petang

Kemudahan

-Tempat kursus/seminar
-Terdapat juga tempat karoake untuk menyanyi yang diberi nama Pentas Bangsawan

Menurut penduduk kampung di sekitar Teluk Dalam,asal usul resort ini adalah sebuah perkampungan penduduk kampung dan kolam renang di resort ini adalah tapak perkuburan lama orang-orang dahulu.Aku tidak pasti adakah mereka telah memindahkan kubur-kubur ini ke tempat lain.Mungkin sudah mungkin tidak.

Pernah mendengar cerita dari penduduk tempatan ketika kubur lama di sini di korek untuk proses pemindahan,ada 1 jenazah wanita yang masih sempurna sifatnya.Kukunya panjang dan rambutnya juga masih panjang.Menurut sumber wanita itu pada masa hayatnya suka mengaji al Quran.

Nama-nama chalet seperti Melati,Tanjung dan Cempaka mempunyai kisah tersendiri yang pastinya ada kisah misteri di situ.Menurut penduduk kampung yang melalui kawasan resort ini pada waktu malam,akan terbau bunga-bunga di atas.Walaupun kini sudah menjadi resort tinggal namun bau bunga melati,tanjung dan cempaka masih melekat di situ.Seram juga dibuatnya,dari manakah datangnya bauan bunga itu?Adakah ada "penduduk ghaib" yang tinggal di sini?grrrrr.Di sini juga banyak kera-kera hutan liar bermain di kawasan resort.

Teluk Dalam Resort pernah terkenal kerana menjadi lokasi penggambaran filem Senario Beach Boy dibintangi kumpulan Senario,Maria Farida,Marsha Milan,Mek Saidah,allahyarham Datuk Jamali Jamlus (sedekah al-Fatihah).


Dahulunya resort ini popular dan laku kerana keindahannya tetapi makin lama makin suram.Di dalam filem ini menceritakan kesukaran pengurus resort untuk menyelenggara dan menaik taraf servis resort akibat kekurangan pegunjung dan kurang daya tarikan.Mazlan Pet-Pet yang berlakon sebagai pemandu van dalam filem ini merungut kerana dia terpaksa melakukan pelbagai tugasan dalam 1 masa.Dialah receiptionist,dialah pemandu van,dia jugalah pemandu pelancong.

Di dalam kisah realiti memang benar resort ini kurang menyengat dalam perniagaan dan sentiasa mengerah seorang staf membuat 3-4 kerja dalam satu masa sama.Undang-undang kerja juga amat merepek dan memberi tekanan hebat kepada staf.Gaji pekerja juga tidak dibayar dan selalu delayed (ditunda).

Check in dan check out adalah 24jam.Jadi staf sentiasa kena siap sedia untuk bekerja.Malam buta pun kena sediakan bilik untuk tetamu dengan keadaan gelap dan seram lebih-lebih lagi bilik di kaki bukit.Siapa yang tahan.Staf sentiasa merungut tidak puas hati dan dipaksa membuat kerja housekeeping berlebihan dari tugas yang ditetapkan (pengalaman sebenar staf di sini).Sampaikan ramai staf yang tidak tahan dengan tekanan kerja lalu memberi surat berhenti 24jam.

Antara pengalaman misteri staf dan pengunjung resort ialah;

-Ada sebuah resort bernombor 404 yang didakwa paling angker/seram.Resort ini pernah dibuka untuk pengunjung dari awal operasi tetapi menurut satu pengalaman staf housekeeping ,dia menerima panggilan dari bilik 404 meminta sabun.Ketika dia datang dan mengetuk pintu,tiada siapa di dalam dan dia terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu.Dia mendakwa lantai basah dan rambut panjang berselerak atas lantai sedangkan bilik 404 itu tiada sesiapa menginap menurut supervisor. Apabila kerap mendapat aduan gangguan maka bilik ini tidak lagi dibuka sehinggalah resort ditutup.Tentu ada misteri yang tidak dapat dirungkai-menurut bekas pekerja resort

-Di resort Teluk Dalam ini terdapat sebuah kelab malam bawah tanah.Staf yang bekerja di kelab itu pernah diganggu oleh sesuatu.Makhluk itu turut sama menari dengannya di dalam kelab

-Pengalaman seorang staf yang bekerja di bahagian kitchen pada waktu tengah malam untuk mencuci pinggan.Dia mendakwa ada seseorang memanggil namanya di dalam kitchen.Bunyi suara itu dari atas siling.Apabila dia mendongak ke atas ekzos fan kelihatan sipi-sipi bayang makhluk yang bergerak menyorok di tepi ekzos fan

-Bunyi bayi menangis waktu malam sedangkan tiada bayi yang menginap bersama keluarganya di sini.Staf itu terus lari ke kantin kerana ketakutan tinggal di asrama pekerja

-Seorang pengunjung yang baru habis melepak di kolam renang jam 12 malam ingin kembali ke resort dan perasan ada benda terbang melintas atas kepala.Apabila diamati ianya adalah pontian*** dan pocon*.Kedua makhluk ini gemar menyorok di tepi chalet yang gelap dan membuat orang terkejut.Tawa hilai pontia*** akan memecah keheningan malam untuk menganggu pengunjung bertuah.

-Bunyi ketukan di pintu chalet seorang pengunjung pada malam hari.Ketukan yang tiada henti.Akhirnya reception menukar bilik lain .

-Surau pekerja turut diganggu jin islam.Bunyi orang mengambil wuduk tetapi tunggu punya tunggu tak ada sesiapa yang keluar.Bangsa jin islam juga solat bersama di surau ini

-Penampakan monyet jadian bersaiz besar di bilik atas bukit ketika waktu malam

-Seorang staf ditugaskan untuk siapkan 1 bilik vip di atas bukit pada suatu malam.Ketika sampai di atas ternyata bilik tersebut terang benderang dengan lampu dan bunyi air dalam bilik air.Bau bunga melur semerbak 1 bilik.Meremang staf itu kerana pelik.

Tidak semua staf atau pengunjung diganggu oleh makhluk halus ketika berada di Teluk Dalam Resort ini.Ada juga yang mendakwa mereka gembira dan tiada apa-apa peristiwa aneh di sini.Atas nasib masing-masinglah.

Tahun 2011 aku pernah pusing-pusing sekitar Teluk Dalam ini tapi hanya di kawasan jeti.Memang menarik,aman damai sekali pemandangan di sini,private area dan kurang crowds


tulisan Pangkor Beach Resort di bumbung




Suatu ketika dulu,di tepi batu besar Teluk Dalam inilah saya melepak ambil angin petang



Menurut you tuber Faizal Rozi dan NaemJD,resort Teluk Dalam ini telah ditutup 7 tahun lalu,bermakna tahun 2015 tamatnya operasi resort ini.Kini pemandangan resort ini amatlah menyeramkan walaupun pada siang hari dan menjadi tempat penginapan makhluk ghaib apabila seminggu tidak diduduki,kata ustaz.Ini pula telah melebihi 7 hari iaitu 7 tahun!!!

Jom saya kongsikan gambar-gambar terkini Resort Teluk Dalam yang telah ditinggalkan,seram beb!





Pemandangan di atas menggunakan drone.Memang seram dan kelihatan terpencil sekali


Selepas melalui signboard Casuarina,anda anda berjumpa laluan untuk ke Resort Teluk Dalam.Palang ini adalah pintu masuk utama,ianya sudah ditutup tapi anda boleh sahaja masuk



Keadaan di dalam resort.Cengkerang terbelah


Bas pelancongan Teluk Dalam Resort yang usang

Bumbung itu ialah lobi utama



Ruang lobi kelihatan berselerak sekali dgn longgokan tilam


Pentas Bangsawan (karoake lounge) dahulu

lobi bawah telah ditenggelami air
Di bawah ini sebenarnya pub(menurut bekas pekerja)

lorong untuk ke pejabat




binatang liar juga banyak berkeliaran di sini






seram meremang tengok tempat ini dgn kolam hijau errrr

dahulunya sebuah kolam biru nan cantik kini berlumut


dewan seminar





Credit: NaemJD video

Sayang sekali .Beginilah keadaan Resort Teluk Dalam setelah 7 tahun ditinggalkan tanpa penghuni.Banyak barang dan peralatan yang ditinggalkan mereput begitu sahaja dimamah waktu.Mungkin ada sahaja penceroboh yang masuk ke tempat ini mengambil apa saja barangan berharga kerana ianya tiada pemilik lagi.

Aku tidak merasa akan ada pemulihan/baik-pulih resort akan dilakukan lagi memandangkan sekarang sektor pelancongan sudah diambang kejatuhan kerana masalah pandemik.Maka resort Teluk Dalam ini akan terus berkubur dan bersemadi tanpa manusia.

Nota:Jika anda mahu copy gambar sila mohon izin/creditkan nama blog saya













Wednesday, 23 June 2021

Sayangi diri sendiri sebelum sibuk sayang orang

  


 Ada masa kita perlukan ruang untuk diri sendiri merenung dan muhasabah diri.Kita terlalu letih menghadap kerenah manusia keliling yang pelbagai watak dan sikap.Kebanyakannya jenis menyakitkan hati dan serabutkan kepala.Ya benar manusia itu lemah dan tidak sempurna tetapi kebanyakkan manusia ini ego asyik hendak mengikut kepala sendiri sahaja tanpa mempedulikan perasaan orang lain.Dia sahaja betul,orang lain tak betul pendapat mereka jadi mereka egois untuk berubah menjadi lebih baik dan menyenangkan hati.

 Aku letih mengikut rentak manusia dan bersabar menurut apa mereka mahukan hinggakan apa yang aku mahukan mungkin tak pernah mereka tunaikan.Aku lelah disakiti dengan sikap dan perbuatan hingga aku terpaksa menelan sendiri kepahitan yang akhirnya menjadi racun hidupku.

Sudah tiba masanya aku asingkan diri dan melepaskan ikatan-ikatan manusia di sekeliling yang merantai dan membelenggu seluruh hidupku.Yang aku rasakan banyak mengundang duka dan air mata.Aku hanya dicari apabila diperlukan,apabila mereka berasa senang dan bahagia lantas aku tiada lagi maknanya.Sedangkan aku siap sedia di sisi mereka tak kira masa apabila diperlukan.Utuhnya nilaiku untuk mendapat sebuah makna dalam hidup mereka.

Kini aku telah mula sedar bahawa manusia ini alpa sifatnya.Mereka mudah lupa apabila mereka senang hati dan gembira.Mereka sedar atau tidak perbuatan mereka membuat hati insan lain terasa jauh hati.Usah kau harap walau secebis kasih manusia.Kau akan terasa sakit jika ingin menumpang kasih.Ya aku kini jauh hati tatkala aku sedar siapa diriku yang sebenar..lebih baik aku sayangi dan hargai diri sendiri yang sudah lama menagih perhatian makanan jiwa dan rohani.Tidak guna sayangi dan mengejar manusia yang mudah lupa diri.

"Just keep loving yourself..sayangi hargai ohh dirimu.."bait-bait lagu itu menari di ruang mindaku

 Di saat aku menjauhkan diri meninggalkan mereka semua lalu aku bermuhasabah merenung satu persatu helaian diari hidupku yang semakin lama semakin usang dimamah waktu terbuang.Diri ini banyak terabai,tidak terurus,lemah dan sakit kerana sibuk mencari dan memberi manusia lain perhatian.Kasihannya diriku yang malang tiada belaian kasih dari empunya badan.

Memang jika kita terlalu fikirkan orang maka jiwa kita jadi sakit,pedih dan merana.Bebaskan manusia dari rantaian hati dan fikiranmu mulai sekarang.

"(Siapa pun nama anda) sayangilah dirimu sendiri,ia umpama cermin yang memantul refleksi diri.Andai kau tidak bahagia di dalam mana mungkin di luar kau bahagia dan membahagiakan "

"(Siapa pun nama anda),aku memohon maaf setulus hati atas kesakitan dan racun yang aku baja dalam hidupmu selama ini hingga kau menjadi rosak,layu,kering tidak bermaya.."

Maafkan diri sendiri yang telah banyak menganiya,menyeksa,menyakiti diri sendiri angkara kecewa dengan manusia lain.Nyawa dan roh kita adalah kurniaan Tuhan yang paling bernilai di dalam hidup.Jikalau kita membiarkannya mati dan rosak maka sia-sialah hidup kita dan mulalah merasa hidup tiada makna.Diri,minda kita hanyut dibuai kesakitan angkara perbuatan/reaksi manusia lain pada kita.

Jangan terkesan dengan perbuatan manusia.

Jadikan kalimat ini sebagai tangkal azimat yang kita bawa ke mana-mana sahaja seperti kita membawa jantung di dalam dada.Jikalau kau menolak untuk terkesan/terasa dengan perbuatan manusia terhadap kau,maka fikiran dan hati kau akan bebas daripada tekanan,sakit hati,sedih dan amarah.

Pilihlah untuk memaafkan dan melepaskan,usah dibiar segala perbuatan pahit manusia terhadap kita menjadi racun toksik di dalam hari-hari yang kita lalui.Mohon sebanyak-banyak doa kepada Maha Kuasa agar melenyapkan apa jua fikiran jahat negatif dari dirimu.Kita cuma mahu hidup yang tenang tanpa dendam.Jika harus meninggalkan dunia inipun biarlah pergi dengan jiwa yang tenang.

Usah sibuk mencari penghargaan manusia kerana manusia sememangnya tidak menghargai dan mudah lupa diri.

Usah mengharap walau secebis kasih dari manusia.Kasih Tuhan itu seluas langit dan bumi mengapa kau tidak mahu mencarinya?Renungkan.....tanda kasih Tuhan terhadap kejadian dirimu itu..

Sayangi dirimu,kasihi dirimu,belailah jiwamu..

Lepaskan manusia dari jiwa ragamu......kamu hidup adalah untuk kebahagiaanmu bukan hidup ini perlu ada syarat untuk bahagia....


Tulus Ikhlas,

Teratai sepi-Jun 2021

Monday, 21 June 2021

Kuala Woh Recreation Park Perak


wide and shallow flow clear water


wide and shallow flow clear water


 Kuala Woh is a riverside jungle park located close to Tapah,Perak.The flowing river,mature trees(meranti,keruing,nyatoh and merbau) and hidden valley setting provide a pleasant atmospheres for lovers of nature and the outdoors.

I think few times i have been here at Kuala Woh after go down from Cameron Highlands.Just to take a deep breathe,sit on big rock here and bathing.

How to reach

Way before you reach Lata Iskandar, at the 13th km along the Jalan Tapah-Cameron Highlands, there is a huge and fast flowing stream where cool water flows down from the surrounding mountains and merge at certain parts with hot water, flowing out of rocks. Called the Kuala Woh Recreational Park, this was once the only place in the country with a caravan park but is now visited mostly by day-trippers as there are no caravans around to take advantage of the facility.The recreational park is not exactly by the main roadside as you have to turn right at an adjoining road and proceed 2km further before you get there

Seingat aku sudah beberapa kali aku singgah di Kuala Woh ini sebaik sahaja turun dari Cameron Highlands.Ambil udara segar,duduk di atas batu besar dan mandi-manda.

Sebelum sampai di Lata Iskandar,Cameron anda akan temui mata air sungai besar yang mengalir yang dikelilingi bukit,batu-batu besar.Itulah Kuala Woh 


suspension bridge is sturdy and safe

such a great nature place for relaxing


However, this place is perhaps the most established waterfall recreational park in Perak with facilities for relaxation, ample camping space with allocated lots, and even chalets managed by the State Forestry Department for those wishing to stay.


The place is surrounded by secondary jungle and Orang Asli villages. There are facilities for relaxation such as ;

-Gazebos
-Toilet/changing room
-Chalets
-Museum
-Suspension bridge
-Open hall
-Camping sites
-Natural Hotspring
-Batang Padang River
-Huge parking space for cars

The view of hot spring


This isn’t an ordinary river. In Kuala Woh, it has a hot water pool formed by a hot spring. The water is not hot, but we can feel the heat of the sand at many spots when we walked along the river. At certain part, the sand is very hot, people even cannot stand there more than 5 seconds


There is a huge and shady parking space and a nice tiled paths that pass through several rest shades, while hibiscus and bougainvillea bushes as well as wild trees surround the place adding to its beauty and providing shady relief. The area around the Kuala Woh Recreational Park is clean and well kept and by the sandy banks of the main stream, you may spy at Rajah Brooke butterflies in groups of 20 or more, sipping mineral from the ground.

Aku seronok dan suka berehat sambil tenangkan fikiran di Kuala Woh ini.Tempatnya tidak terlalu sibuk dan padat dengan manusia.Ini pun kenangan lama tahun 2010 2011

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...