Tuesday, 9 March 2021

Balik kampung jiwa tenang

 Seingat aku semenjak aku sudah mula bekerja,waktu untuk aku balik kampung amatlah terhad.Kalau mohon cuti 6 hari sekalipun aku rasa seperti 2 hari sahaja.Terkejar-kejar untuk ke kampung sebelah mak dan ayah.Kebiasaannya aku lebihkan masa di kampung mak.Terkenang juga zaman kanak-kanak dahulu betapa riangnya dapat balik ke kg.Ada atuk,nenek.

Tahun lepas aku ada balik juga dalam 6 hari untuk jaga ayahku di wad.Bermalam di wad 3 hari,selebihnya duduk di rumah.Memang seronok dapat lihat suasana kampung,amatlah tenang penglihatan,pendengaran dan juga fikiran.Tetapi dek kerana fikirkan kerja yang akan datang,mood untuk berlama-lama di kampung rasa terbatas.Hati asyik fikirkan tempat kerja.Kampung pula jauh,8jam baru sampai ke KL.

Hampir 10 tahun aku hambakan diri bekerja dengan pelbagai syarikat,ada yang mudah minta cuti balik kg dan ada pula yang amat payah.Terkejar-kejar masa sangat.Rasa tak puas sekalipun sudah tiba di kg kerana masa amat mencemburui aku.

Kali ini...terasa berbeza sekali dari sebelumnya.Aku rasa bebas sebebasnya seperti burung yang riang berterbangan tanpa halangan.Aku tak perlu fikir berapa lama aku di kg,tak perlu fikir kerja yang akan datang.Tak perlu susah hati fikirkan bos.Menumpang kereta sepupu bersama 5 orang anaknya yang kecil-kecil.Singgah di Sg San selepas singgah solat Asar di Masjid besar Gua Musang.

Pokok lidah buaya di rumah sepupu


Pemandangan Gua Musang

Ada kucing koko muka bulat di masjid ini,culas.Bila dipanggil dia menjauh



Senjakala di Gua Musang

Cantiknya pemandangan,lihat langit beransur senja pun rasa tenang dan damai.

Aku merdeka kini.Tidak terikat dengan sesiapa.Aku di kg sekarang.Aku sudah berhenti kerja 2 bulan lalu angkara kesihatan yang tidak stabil namun kini aku beransur pulih.

Aku rasa amat tenang sekali.Fikiranku lapang tanpa terikat dengan majikan.Aku bebas ke mana saja tanpa perlu fikir bilakah mahu pulang dan mana tempat aku boleh pergi dan tidak.Aku punya banyak masa di kg.Hatiku juga tenang dan lapang dapat jauh dari KL.Aku rasa seperti dirahmati di kg.Aku tak bosan,stres dan bimbang.Di KL,pelbagai perasaan mengangguku.Tiada istilah jiwa raga tenang bila di KL.Tiada damai di hati.Yang ada hanya keserabutan.

Aku gembira dan bahagia di sisi orang tua.Aku rasa selamat,tenang dan diberkati.Walaupun aku tiada seguni wang tapi hatiku senang.Aku seronok dapat memasak makanan untuk santapan org tua aku,mengemas rumah,memberi makan kambing dan kucing.Kambing pula jinak apabila aku menyuapnya buah jambu air yang merimbun tumbuh tepi kandang.

umur sekitar 3 bulan,manja dan aktif


si koko emas ni comel tapi ligat



mata baby kambing buta,ada selaput.Mungkin terkena radang mata/cacing.
Sekarang sedang dirawat dengan titiskan madu lebah asli.Meraung dia kepedihan.Kasihan sangat.Moga cepat sembuh ya sayang.Comel sangat.


Apabila ke mana sahaja menaiki kereta menuju ke bandar atau pekan,aku turut rasa bahagia bersama org tua.Aku tengok kedai tepi jalan pun rasa dekat di hatiku kerana ini negeri tempat kelahiranku.Jika aku di KL..aku rasakan seperti aura hitam kelam menyelubungi jiwa dan fikiranku jadi kusut.Lain benar dgn kampung.Orang keliling juga berbudi bahasa dan baik.Rasa mereka semua dekat di hati.

Bila di kg tak sedar waktu sudah menginjak malam.Seronok mengemas rumah,memasak dan lain-lain.Tak sempat untuk termenung dan stres sendiri.Mata segar melihat pokok menghijau dan bunyi unggas malam.Tidur malam juga rasa seronok walaupun bukanlah atas tilam empuk dan aircond.Ini pun sudah memadai.Berbeza sekali apabila tinggal di bandar.Susah hati,rasa sempit jiwa raga dan fikiran.

Aku percaya sekali duduk di kg memang tenang.Kalau duduk 2 bulan pun tak apa.Di kampung ini kebanyakan manusia berjiwa baik dan bersih.Berbeza dengan KL.

Tali air depan rumah kampung.





Tali air ini dulunya ditumbuhi bunga teratai.Sekarang ada anak-anak ikan.

kucing Kuning dah beranak

Aku rasa bahagia dan tenang berlama-lama di kg.Tidak perlu fikirkan masalah apa pun.Kalaulah aku tahu seronok begini menjadi terapi jiwa tentu dari dulu aku akan selalu kerap pulang.Dulu...hmm


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...