Monday, 4 May 2026

Konsert Simple plan tak jadi


 Awal bulan May keluar di fyp tik tok pasal Simple Plan band akan kembali buat konsert di Malaysia pada 21 November 2026.

Aku punyalah teruja 🤩. Kenangan join konsert Simple Plan tahun 2016 dulu kembali bermain dalam kepala.Aku masih ingat lagi betapa seronoknya juga waktu tu melompat dan menyanyi. Cerita 10 tahun lepas. Aku pergi sendiri sahaja sebab tak ada geng & sampai di sana dapatlah kawan yang tengah beratur masuk venue konsert. 

Tiket mula dijual di website pada 4 May jam 11 pagi.

Sekarang tahun 2026 aku rasa kosong sekosongnya hidup aku dengan jobless lagi. Kerja freelance je. Aku cuba tanya kawan aku (Lelaki) tapi katanya tiket agak mahal RM 380. Itu free standing (berdiri). Kalau tiket bahagian kerusi ada yang cecah         RM 590.Aku tahu kawan aku takkan nak pergi.

Aku cuba ajak kawan lain tapi takde respon.Aku mesej pagi tapi sampai malam tak balas.Aku tanya kawan lain pun sama.Punya susah nak balas macam tak penting je soalan aku.Akhirnya aku push lagi tanya dia.Katanya tak berminat nak ke konsert. Terus lemah semangat aku. Aku harapkan dia dapat join aku dan kami happy bersama. Susah kan harap dengan manusia?

Aku bandingkan harga tiket yang dulu tahun 2017 cuma RM 180 je.Aku berdiri di tengah-tengah. Weh seronoknya bila ingat balik kenangan tu.Sekarang tiket dah mahal sebab ada cukai kerajaan itu ini.Penganjur makan untung atas angin macam tu je.

Sumpah hati aku membuak-buak nak pergi konsert ni tapi tiket bahagian seat dah habis dijual.Aku lewat buka website dalam 2 jam je cek dah habis. 

Aku tak berani beli tiket free standing sebab aku ada masalah pening dan cepat letih berdiri lama. Kesihatan aku tak macam 10 tahun dulu dah. Aku tak berani ambil risiko ke konsert. Kalau dapat tiket seat takpe lagi.

Akhirnya aku let go sajalah. Lagipun jiwa aku sangat kacau berbelah bagi nak pergi ke tak disebabkan takde kawan. Sebenarnya boleh je pergi sendiri tapi entah mood aku jatuh merundum angkara kawan aku tolak permintaan aku..semangat dah takde. 

Tak apalah.....konsert ni macam bukan lagi keutamaan aku. Lagipun aku tak suka dengan bunyi bising dan kuat. Keadaan aku dah berubah. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Konsert Simple plan tak jadi

 Awal bulan May keluar di fyp tik tok pasal Simple Plan band akan kembali buat konsert di Malaysia pada 21 November 2026. Aku punyalah teruj...