Biasa posting aku tentang percutian di tempat-tempat menarik sahaja,tapi kali ini nak juga bercerita tentang mandi.Semua orang tiap hari mesti mandi.Sabun jenis apakah yang anda gunakan?
Aku memang teliti bab memilih sabun mandi.Memandangkan duduk satu famili yang ada di antaranya sakit kulit (kurap),maka lebih selamat aku membeli sabun mandi jenis picit dalam botol (shower cream).Kalau sabun jenis buku risau bergilir nanti ada penularan sakit kulit pula,wallahualam.
Sekarang dah jadi macam hobi aku untuk survey mandian apa yang paling best di pasaran.Aku penat kerja dari pagi-malam.Saat paling indah hanyalah ketika mandi membersihkan diri.
RED BELLA BODY WASH versi 2014
Dalam banyak-banyak sabun yang aku guna,paling awesome dan terbaik ialah jenama Red Bella.Ianya hanya dijual secara online sahaja.Aku dulu pernah jadi agen jual sabun ni,ianya dwifungsi iaitu untuk memutihkan dan menguruskan badan.Kalau dah sedia kurus,cepat-cepat bilas selepas guna.Nak berak pun lawas,macam tak percaya kan?
Kulit tangan aku dulu memang cerah sekata,pakai beberapa kali dah nampak kesan cerahnya.Kulit bukan main lembut sungguh.Ini bukan auta ini fakta benar.Memang aku sukakan batch pertama sabun RB ni keluar tahun 2014.Kesannya memang tip top.Botolnya leper begini.Baunya memang wangi-wangi dan bau sejuk menthol.Dah mandi pun kesan wanginya masih tak hilang.Entah kenapa selepas keluar batch botol seterusnya,botol pun dah bertukar bentuk,konon formula diaktifkan lagi,aku tak nampak kesan pencerahan yang ketara dah.Kesan dah kurenggg...
MAREAH SHOWER CREAM
Asalnya aku kenal sabun ni masa tumpang mandi rumah kawan.Baunya seakan-akan ginseng dan madu lebah,bau herba gitu.Botolnya juga besar maka boleh jimat lama.Sabun ni banyak dijual di pasaraya Speedmart 99.Harga sekitar RM 6-7 sahaja waktu itu.Boleh tahan hampir 3 bulan dengan isipadu 1500ml.Banyak kali juga aku ulang beli sabun ni.Harga murah,penjimatan lebih dan serasi dengan kulit aku.
FRUISER SHOWER
Aku kenal produk ni sebab nampak bos tempat kerja aku beli.Punya jahat mulut kawan sepejabat kata "bos ni apa daa pakai sabun murah je,beli kat Mydin"
Biarlah dia dah dia suka dan serasi guna mandian ni.
Aku cari sabun ni di Mydin.Try hidu bau memang best.Selalu aku akan beli dua botol terus.Tapi yang ni tak ada botol pam.Kena tuang di telapak tangan.
So far Fruiser ni banyak juga jenis sabun mandiannya.Antaranya yang aku pernah cuba ialah susu kambing.Bau wangi juga,selesa dan nyaman.Banyak kali juga aku ulang beli jenama ni.Murah dan selesa digunakan.
Dah lama tak singgah ke Mydin maka dah tak ada peluang beli sabun Fruiser ni..sedih...
FRUITALE
Baunya segar epal hijau.Kaya dengan buih.Selesa dan segar selepas mandi.2x juga aku ulang beli sabun fruitale ni.Harga boleh tahan rasanya RM 8-9
SABUN SUSU KAMBING
Beli di Mydin juga,harga RM 3 agaknya.Pakai di muka jadi gelupas maka habiskan sabun ni di badan sahaja.Best juga bau susu.Rasa bersih kulit.
SABUN TAWAS
Pakai di muka untuk efek putih cepat.Rasa cekang muka.Sambung pakai di badan.Memang daki hitam cepat keluar.Rasa kulit bersih sebersih-bersihnya berbanding guna sabun lain.
SABUN BETIK
Pakai di muka pada asalnya untuk kesan putih segera tapi rasa kulit makin menipis.Perit apabila terkena pancaran matahari.Kulit gelupas halus.Sambung pakai di badan,wow best.Tonyoh-tonyoh cepat daki keluar tapi masalahnya kulit badan juga sama menggelupas.Pada aku asid sabun betik ni agak kuat menghakis kulit.
SABUN GERVENNE
Sabun ini juga aku beli di Mydin.Mydin kan macam-macam ada,dari jenama biasa hinggalah yang top masuk tv.Itu yang best.Ia mesra pengguna.Dari harga murah hinggalah mahal.Bau sabun ni seperti segar bunga.Lembapkan kulit dengan adunan sarang burung.Entah ya ke tidak ada letak extrak sarang burung tu...huhuhu.
SHOKUBUTSU LULUR BALINESE ESCAPE
Tak pernah aku rasakan seperti mandi di sebuah spa.Sabun inilah yang bawa aku ke alam mandian ala-ala spa.Baunya seperti aroma tradisional lulur.Siapa pernah masuk spa dan terhidu bau aromaterapinya pasti sukakannya.
Daki senang luntur dengan sabun ni.Kaya buih pula tu.Rasa bersih sangat lepas mandi dan tidak tinggalkan lekitan sabun.Tuang sikit sahaja dah cukup satu badan sebab sabunnya likat dan buihnya banyak.Jimat sekali.Aku beli botol kecil ni tahan 2 bulan,habis botol aku beli pek refill,sampai sekarang masih belum habis.
PALMOLIVE AROMATHERAPY LAVENDER GEL
Kebelakangan ini aku memerlukan suatu bau yang boleh buatkan aku berasa nyaman dan rileks.Maka aku cuba beli sabun ini.Terkini memang ini yang aku gunakan.
Aku cuba botol kecil 70ml.Harga dalam RM 7.50.Ok la tu...baunya wangi lavender dan ditambah minyak terapi serta bunga ylang-ylang.Lembut sangat kulit lepas cuci tapi kesan lekitan susah hilang.Cuci banyak kali juga masih melekit.Mungkin sengaja dibuat begitu untuk kekalkan aroma harumannya di kulit.Buihnya tak banyak.Rasa rilek dan mudah tidur.Jenis mandian gel ni cepat habis.Tahan sebulan lebih sahaja aku fikir.
SABUN ASAM JAWA
Sabun ni asalnya aku pakai di muka tapi rasa cekang kulit maka aku sabun di badan.Wow tersangatlah lembut kulit badan.Cuma kerana asidnya tinggi jadi kulit aku gelupas halus...sayang sekali...cerahnya juga cepat.Baunya bukanlah 100% asam jawa kerana sudah jadi sabun.Kalau nak sabun celah ketiak dan kangkang sesuai kut.