Iman di dada sering turun naik
Hari ini tawaduk sekali
Esoknya munafik
Keras sekali hati
Basuhlah kembali jiwamu
dengan mendengar zikir
Moga lembut dan tenang hatimu
Hari itu solatmu khusyuk sekali
Hari ini solatmu
seperti melepas batuk di tangga
Hatimu penuh dengan duniawi
Ingatanmu dikuasai amarah
sehingga lupa kau di rakaat mana
Dulu dalam solatmu
kau menangis meminta Yang Kuasa
agar mengabulkan segala hajatmu
Kini kau tak lagi bersedih
kerna gundahmu telah berlalu
Ibadahmu tidak enak seperti kelmarin lagi
Wahai Pemilik Langit dan Bumi
Janganlah Kau palingkan lagi hati kami
Setelah Kau beri petunjuk
Kami hanya makhluk yang lemah
Tidak berdaya meskipun dengan mengelipkan mata
Jika tanpa izinMU
Baikilah seluruh hidup kami
Kami ingin pulang kepadaMU
Membawa hati nan suci
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak salah pun rindu kenangan lama yang manis di fikiran dan hati. Aku terjumpa gambar bersama kawan-kawan di Genting Highlands tahun 2010 ...
-
Teluk Dalam Resort secara rasminya telah terbengkalai dan ditutup pada tahun 2015 kerana masalah pengurusan dan kewangan.Jadi blog saya ak...
-
Siapa di sini suka baca novel seram?Tentu anda antara berani dengan tidak.Baca siang hari bolehlah kalau malam buta dikala semua penghuni ru...
-
Lagu yang paling tenang, menyentuh hati,tidak jemu ulang berulang kali dan dapat menjadi ubat hati di kala hati ini sakit dengan perkara du...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.