Tuesday, 8 January 2019

Jadilah pendengar setia

Aku suka bercerita berkongsi kisah
Luahan perasaan,
rasa terpuruk tidak puas hati,
kejengkelan dan rasa gembira seperti burung terbang bebas.

Aku bisa menjadi pendengar setia
Segala apa jua kisah
Aku rekod dalam ingatan
Kerana kita harus menghargai orang
Apa sebab orang pilih kita untuk bercerita?
Kerana dia tahu kita layak mendengar kisahnya

Aku jadi hairan
Tiba giliran aku bercakap
Balasan ringkas sahaja sahutan
Seolah malas membahas
Mereka tidak selami perasaan aku
Jawapan bersahaja
Seperti melepas batuk di tangga

Bila aku jadi hipokrit
Maka ada hati yang terhiris
Aku tak bisa berlakon kejam
Itu bukan sifatku

Sekali aku rasa tidak nyaman
Aku pergi membawa diri
Tanpa jejak dan tapak
Barulah orang mencari
Di kala itu hati ini telah keras
Tidak lagi peduli apa mahumu

Jadilah pendengar setia
Maka kau akan lebih disayangi
Kehilanganmu dirasai
Pergimu dicari-cari

Sepi...
Aku akan menyepi
Kau pula mencari
Aku tak lagi peduli

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Konsert Simple plan tak jadi

 Awal bulan May keluar di fyp tik tok pasal Simple Plan band akan kembali buat konsert di Malaysia pada 21 November 2026. Aku punyalah teruj...