112017
Siapa suka melihat hasil seni lukisan,arca dan kraftangan pelukis tempatan boleh singgah di Balai Seni Negara ini.Yang pastinya anda akan jatuh hati melihat hasil seni yang begitu unik dan mempunyai maksud tersirat tersendiri.
Dulu kalau balik sekolah mesti singgah di sini untuk rasa udara nyaman (air-cond).Kadangkala kami naik ke atas meninjau pameran lukisan & arca terbaru.
|
Anda akan berjumpa dengan Istana Budaya sebelum Balai Seni Lukis |
|
Replika ukiran motif Sarawak ini masih teguh walau sudah berbelas tahun |
|
Jangan datang lewat sangat ya,rugi nanti!
|
|
Inilah sekolahku kesayanganku |
|
Mampu lihat dari jauh sahaja
|
|
Longgokan jonkong emas,haaa kau mampu? |
|
Replika ini sudah berbelas tahun ada di sini |
|
Gajah yang tiada lagi tempat tinggal akibat pembangunan |
Is this my future?Soal sang gajah yang hanya mampu masuk ke kebun orang demi mencari makan
|
sejuk mata melihat imej ikan dasar laut |
|
Ayam hutan di simbolikkan sebagai pemodenan masyarakat yang duduk di hutan |
|
kayu bentuk abstrak |
|
hutan semakin tenat akibat penebangan |
Ini adalah al-Quran tulisan khat beserta terjemahannya.Al Quran juga menjadi penyembuh dan dibuat bermacam kaedah rawatan dengan tulisan al Quran
|
Jala ikan yang diperbuat daripada dawai besi
|
Ada setengah lukisan/karya boleh saya terjemahkan maksudnya tetapi bukan kesemuanya kerana nilai sudut pandang pelukis mungkin berbeza. Kadangkala warna juga mempunyai makna tersendiri
|
tin biskut ini mewakili 3 bangsa di negara kita yang hidup bersatu padu |
Sempena bulan Merdeka,Balai Seni banyak hasilkan karya berunsurkan semangat patriotik,perpaduan dan keharmonian.Cantik sungguh bendera yang disusun menggunakan kayu reja ini.
|
wau berterbangan ini maksudnya perpaduan kesepakatan |
|
gambaran sami buddha yang dekat dengan Tuhan |
|
pepatung berwarna-warni simbol kebebasan mutlak milik kita |
|
terpenjara di sebalik kerusi,pemikiran yg masih terbelenggu |
Ini hanya sebahagian pameran yang sempat di rakam.Sebenarnya NO CAMERA ALLOWED di sini.Maklumlah hak cipta terpelihara bagi pemilik karya.
Niat aku cuma mahu menunjukkan betapa kreatifnya hasil seni mereka.Tiap pameran ada maksud tersirat tersendiri.
|
Ada 4 tingkat.Teruskan mendaki/gunakan lif
|
Ada setengah lukisan memang tidak diganti,ia kekal di sini selama berbelas-belas tahun.Contohnya lukisan pendekar bersilat.Dihasilkan daripada cat minyak.Ingat lagi tahun 2003,pernah ada pameran kebaya nyonya allayarham Datin Sri Hendon (isteri Tun Abdullah bekas PM).Beratus helai koleksi kebaya tau.Menarik wei! Ada juga pameran pemandangan indah negara Jepun yang diabadikan dalam gambar karya Daisaku Ikeda.Kami siap dapat gambar penanda buku percuma 6 keping.Ada gambar ikan koi,gambar bukit,matahari terbenam...banyak lagi hasil kreatif yang tak dapat aku ceritakan kesemuanya kerana sudah lupa.Maklumlah balik sekolah singgah sini ambil feel.
Kerap jumpa artis shooting sekitar Istana Budaya,Balai Seni Negara.Hahaha zaman tu zaman kamera filem Kodak.Ingat lagi pesan Amer Ruffedge ketika jumpa di Balai Seni "ingatlah korang,zaman sekolahlah yang paling best tau.Bila dah habis sekolah pasti korang teringat nak sekolah balik"
|
Amer Ruffedge.Zaman 2003 zaman kegemilangan Ruffedge tau! |
Datanglah beramai-ramai ke sini,anda akan dapat semangat kenegaraan dan patriotik setelah menilai hasil seni para pelukis di sini.
Dengan suasana tenang,muzik latar yang sungguh mengasyikkan anda tak akan rugi datang ke sini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.